Bab 10 - Kahwin ?!

197 9 2
                                    

"Malam nanti, kumpul dekat the H, kita ada misi. Betrayer should be prepared to face the effect of their betrayal action."

"Alright prince !"

•••

Pagi itu Hana seperti biasa telah turun ke bawah setelah selesai menunaikan amanahnya kepada Allah SWT. Sesampainya dia dapur, dapat dilihat beberapa perbezaan. Yang paling ketara sekali adalah semua orang telah bangun ! Iya ! Semua ! Termasuk yang paling sukar sekali dibangunkan ! Dahinya sedikit berkerut dan dia terkaku di tempat dia berdiri.

"Ada apa apa ke harini ? Atau aku ada terlepas apa apa info ? Atau sebenarnya aku tersalah tengok jam ?"

Hana menyoal diri sendiri. Melihat Hana yang tidak berganjak itu, Tuan Zayne mengambil inisiatif untuk memanggil Hana.

"Hana, ouh Hana. Sampai bila kamu nak berdiri kat situ. Mari sini sarapan sekali dengan kami."

Hana yang baru tersedar daripada lamunannya itu terus bergerak ke meja makan.

"Aduh malunya aku. Sempat pula ya kau nak mengelamun Hana. Lagipun eloklah mereka dah bangun sendiri ish."

Dia memarahi diri sendiri. Nak bangun awal ke nak bangun lambat ke itu hak merekalah. Dia siapa nak tentukan. Lagipun ini rumah mereka. Lantak pi la mereka nak buat apa pun.

"Hana."

Tangan kecil milik Hana digenggam oleh Puan Zara. Hana berpaling menatap raut wajah Puan Zara dan Tuan Zayne. Selepas sarapan tadi Puan Zara telah mengajak Hana untuk pergi ke halaman belakang penthouse. Tertanya tanya juga Hana apa tujuannya.

"Mama dengan papa nak cakap sesuatu ni. Mama harap Hana dapat terima dengan hati yang terbuka. Tapi kalau Hana menolak kami faham. Kami bukan sesiapa yang berhak untuk atur hidup kamu."

"Apa dia tu mama ? Insha Allah selagi Hana mampu Hana akan cuba."

"Kami nak Hana kahwin dengan Nuh."

Tuan Zayne memberitahu hajat mereka yang satu itu. Sudah terang lagi bersuluh dapat dilihat bertapa terkejutnya Hana. Hampir sahaja dia terjatuh dari buaian yang didudukinya. Kalau mereka menjadi Hana pun mereka akan terkejut. Baru kenal tiba tiba suruh kahwin.

"Kenapa Hana kene kahwin dengan dia ? Dia setuju ke ? Hana berborak dengan Nuh pun tak pernah mama papa. Takda orang lain ke ? Kalau tentang keselamatan, tak apa Hana boleh jaga diri sendiri."

"Kami perlu kahwinkan Hana dengan salah satu anak kami sebab kami perlu pergi ke London pada minggu hadapan atas urusan kerja. Kami tak nak lah tinggalkan Hana tanpa seorang mahram di sisi. Nuh dah setuju dan kami tunggu keputusan Hana sahaja. Majlis tidak akan diadakan, hanya akad nikah sahaja. Boleh ke Hana ?"

Hana berjeda seketika selepas mendengar jawapan daripada mulut Puan Zara sendiri. Berita itu sangat mengejutkan dan diluar pemikirannya. Dia tak marah tapi terkedu sahaja. Tak logiklah baru kenal suruh kahwin pula.

"Dia ? Kahwin ? Dengan orang yang tak dikenali ? Dah lah tinggal dengan orang yang tak dikenali dan sekarang dia perlu pula menikah dengan orang yang dia tak kenali lagi hati budinya. Mampukah dia ? Apa sahaja lah takdir hidup kau ni Lydia Hana. Lepas satu satu dugaan kau."

Hati Hana berbisik sendiri. Kadang oenat juga jadi diri sendiri. Kalau boleh diberi pilihan mungkin dia mahu jadi batu sahaja. Raut wajah kedua dua orang di sisinya itu dilihat. Perlahan Hana menganggukkan kepala. Seorang Lydia Hana mana pernah berani membantah. Lagipun ada baiknya cadangan itu.

"Kalau begitu hujung minggu ni kita keluar beli barang dan hujung minggu hadapan Hana dan Nuh akan disatukan ya. Maaf kalau nampak macam terdesak tapi kami kena cepat. Hana jangan risau kalau suatu hari nanti Hana nak buat majlis besar besaran mama dengan papa akan buatkan."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now