List yang dibuatnya dia tenung satu persatu. Kemudian bait bait kata yang dia tulis sendiri dibaca teliti memastikan tiada sebarang kesilapan. Hayden termenung sendiri, macam tak percaya yang dia tengah buat list semata mata sebab nak minta maaf. Penat dia google semua maklumat ini. Satu yang dia tahu, susah nak pujuk perempuan !
"Ini semua salah Nuh tak pernah ajar aku minta maaf. Dahlah dia tak nak keluar. Cuba dia keluar takdalah aku kena buat benda ni."
Hayden mengeluh perlahan memarahi tuan badan yang dia tengah gunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan membayangkan dia tengah sepak Nuh. Walaupun dia tahu itu salah dia, dia tetap nak Nuh yang bertanggungjawab. Alah, macam Nuh buat dia tanggung lawan orang yang Nuh tak suka sebab Nuh takut.
List itu sekali lagi di baca. Langkah dia bawa memasuki satu kedai bunga yang bernama Little Lily. Masuk sahaja dia terus bersin tak henti henti. Hayden hampir lupa dia allergic bunga. Dia tekup mulut dan hidungnya menggunakan sapu tangan. Menghalang sebanyak mungkin debunga daripada memasuki rongga hidungnya.
"I want a bouquet of tulips flowers. White one. Make it gorgeous. Thank you."
Arahan dia berikan kepada si penjaga kaunter yang memakai tag nama Alia itu.
"Under what name ?"
"My name. Hayden."
"For whom ?"
"Just write her name. Lydia."
Hayden berkomunikasi seketika dengan Alia. Lima keping note RM 100 dikeluarkan dan dia tinggalkan di atas kaunter. Dia berlalu pergi menunggu di luar pintu kedai.
"I'm waiting outside."
"Your bouquet Mr. Hayden."
Huluran daripada Alia dia terima sebelum dia berlalu pergi. Menoleh pun tidak. Bunga itu dia pegang jauh daripadanya. Kalau boleh sejauh yang mungkin. Semasa dalam perjalanan dia bersin tak henti henti. Naik sakit kepala dia. Kereta dipandu laju. Dia perlu sampai ke rumah Hana dengan segera.
•••
"Lydia."
Nasib menyebelahi dia. Hana sedang berada di luar hendak membuang sampah. Sejurus sahaja gadis itu selamat membuang plastik hitam yang dibawa bersama. Hayden terus menolak bouquet bunga itu kepada Hana. Hana yang tak bersedia terundur ke belakang. Bukan perlahan tolakkan Hayden, kuat juga.
Selepas bunga itu berada di dalam pegangan Hana, Hayden mencipta jarak. Jarak antara dia dengan Hana kini kira kira 5 kaki.
"Kenapa awak suka panggil saya Lydia ha ? Itu untuk family je tahu ?"
"Alah, nama kau juga, apa susah aku jadikan jelah kau family aku. Family kecil aku, yang ada kau, aku dan anak anak kita."
Hana ingin berlalu pergi. Malas mahu melayan lawak tak kelakar yang baru disampaikan oleh Hayden.
"Aku minta maaf."
"Hah ?"
Langkah Hana terhenti. Cuba menghadam situasi. Rasanya dia macam dengar Hayden minta maaf ke dia salah dengar ? Wajah lelaki di hadapannya dia tatap. Macam selalu je, cuma hidung Hayden merah macam badut dan sedikit berair. Mata lelaki itu juga sedikit kuyu dan berair. Rambutnya sedikit kusut dan terjuntai ke hadapan.
"Awak okay ke Hayden ?"
Hana mendekati Hayden. Makin dia dekat makin Hayden jauh. Sehinggalah Hayden terjatuh kerana kehilangan kawalan badan. Terduduk teruk jejaka itu. Dia asyik bersin bersin je. Perasan dengan keadaan Hayden, Hana meninggalkan bunga itu jauh daripada dia dan Hayden. Dia melangkah semula ke arah Hayden. Kesian dia tengok keadaan jejaka ini.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romans| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...