Tangan Hana yang kecil bersulam cantik bersama tangan Nuh. Pintu kereta tempat penumpang dibahagian sebelah pemandu dibuka sebelum dia mengarahkan Hana untuk masuk.
"Did you just confess your feeling towards me ?"
Hana menyoal sebaik sahaja kereta Nuh menyusuri jalan raya. Wajah jejaka itu ditenung, tidak seperti tadi, wajah Nuh kelihatan sedikit kesal dan ada tanda kemarahan di wajah itu. Hana terkedu dan dia terus mengambil inisiatif untuk melihat keluar tingkap. Nuh yang perasan akan keadaan itu berbicara sedikit.
"Just shut up. Duduk elok elok."
Muka Nuh yang tadi nampak macam marah sekarang jadi memerah mengeletek hati Hana. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada tawanya pecah. Nuh malu ! Dalam hanya beberapa minit mereka tiba di rumah. Belum sempat kaki Hana menjejak tanah tubuhnya seakan akan melayang. Dia terbang ke ?
"Too slow."
Nuh berkata sambil mengangkat Hana gaya bridal. Rontaan Hana seakan akan tidak memberi apa apa kesan kepada Nuh.
Sejurus sahaja tiba di biliknya, tubuh kecil itu terus dilempar ke atas katil dan dia naik menindih tubuh Hana, tangan Nuh gunakan sebagai penghasil jarak daripada dia menindih tubuh Hana sepenuhnya. Dia tidak mahu menyakiti Hana.
Hana terkedu dan terpesona. Sepasang mata milik Nuh tanpa contact lenses membunuhnya. Nafas Nuh yang tidak teratur membuatkan tubuh Hana sedikit menggigil.
"Awak, kenapa ? Jangan macam ni. Kita bincang elok elok ya ?"
Hana cuba memujuk Nuh. Hana merasakan sesuatu yang hangat menyentuh permukaan dahinya. Bibir Nuh mendarat di atas dahinya. Mata lelaki itu ditatap berani. Dalam hanya beberapa saat mata yang asalnya penuh dengan api kemarahan tiba tiba bertukar menjadi mata yang penuh dengan luka, kesedihan dan ketakutan.
"Astagfirullah, did I broke my husband heart ?"
Hati Hana beristighfar dan berbicara sendirian. Dia mengigit sedikit hujung bibirnya. Nuh yang melihat perilaku Hana itu sedikit terganggu.
"Are you seducing me Lydia Hana ? If the answer is no. Please, stop bitting your lip or I'm afraid that you will lose your crown by right now."
Mendengar kata kata Nuh itu, Hana terus berhenti daripada menggigit bibirnya. Dia bukannya sengaja menggigit bibir tetapi memang dah jadi habitnya kalau dia gelabah. Dah banyak kali juga mummynya tegur tentang perangai dia yang satu itu. Tapi dah nak buat macam mana kalau sudah menjadi kebiasaan memang susah nak tinggal.
"Where did you go ?"
"Saya cari barang lepastu sakit perut. Duduk dalam tandas lama. Itu yang lambat."
Laju sahaja Hana menipu. Dia tidak mahu Nuh tahu tentang kewujudan bodyguards nya. Dia bukan tak percaya keluarga Nuh, tetapi dia mengambil langkah selamat. Itu sahaja.
"Don't lie to me. I hate liars."
Hana menggelengkan kepalanya tanda dia tidak menipu. Nuh menatap dalam dalam mata milik Hana mencari kejujuran. Setelah dia tidak mendapati sebarang kecurigaan dia bangkit daripada menindih tubuh Hana.
"I think I'm under your spells."
Nuh berkata. Sempat dia menghadiahkan ciuman di dahi Hana sebelum dia bergerak meninggalkan Hana sendirian di dalam bilik itu. Gelojak hati lelakinya perlu dihalang. Dia tidak mahu menyakiti gadis yang mula bertakhta di hatinya itu.
•••
Harris mundar mandir di dalam mall sendirian. Jam dilihat, waktu untuk mall itu ditutup juga semakin dekat. Dia sudah mula berserabut. Satu persatu lampu di dalam mall itu dudah ditutup pasti dalam beberapa minit sahaja lagi mall itu akan gelap sepenuhnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...