" Aku nak korang ekori dia lepas majlis ini tamat. Pastikan dia tak syak apa apa."
Dia memerintahkan beberapa orang suruhannya. By hook or by crook dia tetap nak dapatkannya. Apa sahaja kemahuannya perlu dipenuhkan atau bala akan menimpa sesiapa yang ingkar.
•••
"Cantiknya adik abang ! Congrats Dia ! Dia berjaya atasi fobia Dia ! Abang bangga sangat sangat."
Karl berkata sambil memeluk adiknya. Hana adalah satu satu adiknya. Meskipun mereka tiada ikatan pertalian darah hanya sekadar ikatan adik abang susuan, Karl tetap menyayangi Hana. Karl sanggup pertaruhkan nyawa dia untuk lindungi adik dan mummynya. Mereka lah harta paling berharga di dunia dan di akhirat buatnya.
"Terima kasih abangkuuuu. Semua sebab abang. Kalau abang takda mesti Dia tak mampu."
"Tapikan bang, abang perasan tak siapa yang ...."
Kata katanya putus di situ apabila seseorang memotong bicaranya. Hana berpusing ke belakang untuk memandang wajah yang berani memotong percakapannya.
"Hye Karl ! Siapa ni ? Yang main piano tadi kan ?"
"Masters, ya dia la. Kenalkan Lydia Hana, adik kesayangan saya."
Hana tersipu sipu malu. Tidak jadi dia hendak memaki orang tersebut. Mana taknya, takda angin takda ribut tiba tiba dia dikelilingi putera putera kayangan. Mana mungkin dia hendak tunjuk perangai tak semenggahnya itu.
"Uish hensem betul semuanya. Alamak Hana jangan lah keluar perangai gatal kau. Wahai si sel gatal tolong lenyap. Nauzubillahiminzalik !"
Bisik otak Hana turun ke hatinya dan ke anggota badannya. Hana cuba beriaksi biasa walaupun hati dan fikirannya macam tak mahu bagi kerjasama je.
"Hye, Hana, saya Cavin boleh panggil Vin kalau nak senang panggil baby pun boleh."
"Paleotak kau. Baby ke babi Vin ?"
Harris terus menunjal kepala Cavin. Geli geleman dia mendengar bicara Cavin. Dengan suara lembutnya. Geli.
"Hye! Nama aku Harris, boleh panggil Ris. Ini semua abang abang aku. Yang muka sama tu the triplets otak pun sama tu. Eh kejap ada ke otak korang ni ?"
1...2...3....
Buk !
"Sakitlah Hud !"
Harris memegang kepalanya yang baru sahaja diketuk Hud. Diurut perlahan. Sakit tau penangan tangan Hud. Bukan besye besye silap haribulan benjol kepalanya.
"Kosong je bunyinya. Kaulah yang takda otak. Aku dah check dah. Waktu aku ketuk tadi bunyi dia kosong je macam tin kosong."
Yang lain hanya mampu gelak je. Dah kalau Hud yang buat diorang boleh buat apa je. Harris menyambung bicaranya.
"Hah triplets tu Nuh, Hud dengan Luth. Lepastu yang ini pulak selain Vin yang perasan hensem tu, Isaac or Is, Adam and Mark diorang tiga ni kadang bisu kadang gila. Yang paling pasti aku benci kesemuanya."
Semua lapan lapan beradik itu menunduk sedikit.
Hana tergelak kecil mendengarnya. Cara memperkenalkan diri yang sangat unik dan menghiburkan ya.
"Selamat berkenalan semua. Saya Lydia Hana. Boleh panggil Hana."
"Sedap suara kau and pandai kau main piano. Kau ambil bidang muzik ke ?"
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...