Bab 38 - Mimpi

132 5 0
                                    

Bunyi deruman enjin kereta mematikan lamunan Hana. Pantas tubuhnya yang tadi kekal melekat di sofa kembali bangkit. Beg tangan dicapai dan terus disangkutkan ke bahu. Sempat dia intai melalui celahan langsir untuk memastikan pemandu kenderaan itu. Dari celahan itu dapat dia lihat seorang lelaki sedang bersandar di pintu kereta. Setelah memerhati buat beberapa ketika dan dia yakin itu adalah Jack, Hana terus melangkah keluar dari rumah.

"Hi, Hayden's. How are you ?"

Jack mengajukan sapaan buat isteri sahabat baik merangkap bosnya itu. Cermin mata hitamnya dia sempat betulkan sedikit. Tangan pula pantas membuka pintu belakang memberi laluan untuk 'permaisuri' bosnya itu duduk. Tanpa ragu, Hana terus meloloskan dirinya ke dalam.

"I'm fine. Thank you and how about you ?"

Giliran Hana pula mengajukan pertanyaan khabar. Gaya mereka memang nampak sangat janggal ya. Bertanya khabar seperti ini juga sudah cukup abnormal untuk seseorang yang sememangnya tidak rapat.

"Still breathing."

Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Jack. Dapat Hana lihat Jack tersenyum sedikit sinis ala ala 'smirking' ketika berkata sebegitu. Lama juga Hana menatap sisi muka milik Jack. Bukan terpegun atau apa ya, tetapi dia hanya teringat kisah hidup Jack yang disampaikan oleh Hayden. Entah berapa banyak luka agaknya disimpan dan dipendam oleh seseorang yang bernama Jack.

"Jack, berhenti sekejap."

Sunyinya perjalan mereka dimatikan dengan arahan yang diberikan oleh Hana. Jack pula secara automatik menghentikan kenderaannya di hadapan sebuah kedai seperti yang di arahkan oleh Hana. Tanpa sebarang bicara Hana laju sahaja turun dari kereta. Jack apalagi gelabahlah dibuatnya, terhempas pintu kereta mahalnya dek hendak mengikut sama langkah milik Hana.

"Nak pergi mana ?"

Jack yang berjaya mengejar langkah Hana terus sahaja mengajukan soalan. Boleh buat sakit jantunglah isteri bos dia ni. Ikut suka hati je jalan sorang sorang.

"Tandas."

Mendengar jawapan itu Jack terus berhenti daripada mengikut langkah Hana. Yela, tak akan pula dia nak ikut Hana sampai dalam tandas kot. Kang tak memasal dia digelar pervert atau stalker.

"Jack awak pergi dululah, saya pergi rumah mama dengan kawan saya."

Hana yang keluar dari tandas dipandang pelik oleh Jack. Tiba tiba je keluar bawa kawan. Naik berkerut dahi Jack dibuatnya.

"Tak boleh Hana, nanti Hayden marah."

Kata putus diberikan oleh Jack. Mana mungkin dia mahu tinggalkan Hana dengan entah siapa siapa. Buatnya hilang ke apa, susah hidup dia nanti.

"Sekejap saya call Hayden bagitahu dia."

Pantas Hana tekapkan telefon ke telinganya sebelum berbicara meminta keizinan daripada Nuh. Kepalanya terangguk angguk sebelum perbualan itu berakhir dan senyuman Hana lemparkan kepada Jack.

"He said yes."

Hana terus berbicara kepada Jack. Walaupun masih ada sekelumit perasaan ragu ragu tetapi akhirnya Jack akur memandangkan 'green light' sudah diberikan oleh orang atasannya.

"Okaylah, hati hati."

Itulah pesanan terakhir yang diberikan oleh Jack buat Hana sebelum keretanya laju meluncur meninggalkan Hana sendirian.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now