Bab 55 - Epilog

171 7 1
                                    

Pelamin yang berdiri gah itu dipandang tanpa rasa. Yang ada cuma rasa tak percaya. Biar betul atau dia sebenarnya sedang bermimpi ? Maklumlah waktu kecil dulu selalu berangan untuk berkahwin dengan putera raja. Tetapi yang bakal dia kahwini sekarang bukanlah putera raja. Hanya jejaka biasa yang kaya raya mungkin ? Dia tertawa dengan kenyataan sendiri. Lawak juga ya aku ni.

"Cantiknya Ara !"

Belaian lembut menyapa kepalanya. Dia berpaling untuk melihat gerangan yang baru sahaja memuji dia. Sebaris senyuman terus terukir apabila kornea matanya menyapa wajah bakal ibu mertua.

"Mama nampak lagi cantik ! Macam mama je yang nak kahwin semula dengan papa. Macam ni habislah Ara dengan Luth."

Ada tawa halus di hujung bicaranya. Tidak dia nafikan bakal ibu mertuanya iaitu Puan Zara nampak cantik sekali. Macam orang orang muda dalam sepersalinan baju kurung berwarna biru cair yang bercorak bunga bunga kecil.

"Memandai je Ara ni ya, suka mengusik mama. Tak sabar mama nak Ara jadi menantu betul mama."

Ditepuk lembut sisi bahu bakal menantunya itu. Pandai sungguh Ara mengayat dan mengambil hatinya. Dia juga tidak sangka Ara dan Luth bakal memilih penikahan sebagai titik noktah hubungan mereka.

Flashback

Taman rekriasi menjadi tempat mereka bersantai ketika ini. Pandangan dibuang jauh ke tasik yang terbentang luas yang betul betul duduknya di hadapan mereka. Berselang seli bunyi keluhan antara mereka. Entah masalah apa yang membelengu kedua duanya.

"Ara. Kita kahwin nak ?"

Tanpa sebarang ayat manis atau selok belok, Luth terus memasukkan benang ke dalam jarum. Ara pula ? Dia sudah tergamam dengan pandangan tidak percaya dia berikan pada Luth.

"Awak tengah lamar saya ke ?"

Jari telunjuk di bawa ke dada sendiri. Dahinya sudah dipenuhi kerutan. Rasa macam tak percaya. Mana pergi lamaran romantik milik dia ni ?!

"Twins dah besar Ara. Haira dengan Hamin dah setahun lebih. Aku kesian dengan mereka berdua."

Mendengar sahaja kenyataan itu. Kedua duanya mengeluh serentak. Nayla Haira dan Nady Hamin hanya dua permata yang ditinggalkan buat mereka semua. Comel kedua duanya. Sungguh gen milik Hana dan Nuh sangat berjaya. Kan bagus kalau selain Haira dan Hamin, mereka dapat beri generasi yang lain lagi. Tapi mustahilkan ?

"Kita kahwin semata mata kerana mereka ke ?"

Polos Ara bertanya. Matanya berkerdip kerdip melihat ke arah Luth. Cuba membaca apa yang berlegar legar dalam fikiran jejaka itu. Ada diakah di dalam sana ?

"Tak sayang. Mestilah sebab saya cintakan Ara saya ni. Nak cubit tapi haram lagi."

Sebaris gigi putih bersih milik Luth jelas tertayang. Jangan ditanya bagaimana kisah cinta mereka bermula. Tetapi perkahwinan ini sesungguhnya atas dasar rasa kasih sayang dan cinta terhadap satu sama lain. Tiada kahwin paksa !

End flashback

Langkah diatur penuh berhati hati ketika menuruni tangga. Sebaik sahaja wajah tetamu menyapa matanya, Ara rasa dia seperti mahu lari naik ke atas semula. Segan ! Senyuman yang tertera di wajah Luth yang sedang duduk di hadapan tok kadi pula laju membuatkan dia mencair.

"Pengantin pun nampak macam dah tak sabar. Eloklah kita mulakan sekarang ya."

Serentak dengan kata kata tok kadi itu, maka pecahlah tawa tetamu yang berada di ruang tamu rumah. Menyerbu terus darah merah ke wajah Ara dan Luth. Malu !

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now