Angin yang muncul secara tiba tiba meniup dan menampar lembut tubuh Nuh. Rambutnya berkibar kibar bak bendera sewaktu angin itu melintasinya. Tindakkan Nuh terhenti sendiri dan dia terus memerhati sekelilingnya yang jelas sahaja kosong. Mata pen yang hanya seinci menjejak ke ruangan tanda tangan itu kekal statik di situ. Tidak beranjak ke mana mana. Tersangkut di pertengahan jalan. Nuh mahu menyambung tugasnya tetapi untuk sekali lagi tindakkannya dihalang oleh seseorang yang terus menahan pergerakkan tangannya.
"Hana dah bangun."
Mendapat berita itu dunia Nuh yang tadinya gelap tiba tiba dipenuhi semula dengan cahaya. Pantas sahaja dia meminta Doktor Amar untuk mendorong kerusi rodanya ke arah bilik yang dihuni Hana.
•••
2 months later...
Pagi yang dingin dengan cahaya matahari yang malu malu menembus masuk melalui tingkap jendela terasa damai dan tenteram. Namun, susana itu langsung tidak menggambarkan ribut yang berlaku di dalam ruangan bilik milik dua merpati ini.
"Kehadiran saya selalu buat awak terseksa. Awak tak rasa ke saya ni beban awak Nuh ? Ceraikan saya."
Tiada angin tiada ribut ungkapan cerai tiba tiba meniti dari bibir gadis itu. Melayan kerenah Hana sudah menjadi rutin harian buat Nuh. Kadang kadang hampir sahaja dia kehilangan sabar namun cepat cepat dia sedarkan diri sendiri semula.
"Ceraikan kau ? Jadi kau memang betul betul tak nak hidup dengan aku ? Kalau alasan untuk kebahagiaan aku yang kau nak gunakan. Jangan pernah ungkap perkataan tu sebab bahagia aku adalah kau."
Hari ini, kesabaran Nuh sekali lagi diduga ke tahap maksima. Nuh pandang dalam dalam wajah Hana. Mencari niat sebenar yang cuba disampaikan oleh isterinya ini. Tiba tiba je minta dia ceraikan Hana, memang peliklah cerita dia ! Hilang sudah segala gelaran yang biasa mereka gunakan disebabkan situasi tegang sebegini.
"Saya yakin."
Tanpa sebarang keraguan Hana mengungkap kata kata itu. Penuh membuta tuli bak babi hutan yang berlari merempuh segalanya !
"Then, why the hell you choose to marry me ?!"
Nuh masih lagi bertegas mahu melawan. Dia masih ingin membaca isi hati Hana yang sebenarnya benarnya. Dia tahu Hana bukan begini.
"Saja."
Itu sahaja yang yang keluar dari bibir kecil gadis itu yang mahu sahaja Nuh jentik. Sesuka hati je dia kata kahwin sebab saja saja. Eh panas je la hati kita ha.
"Okay. As you wish. Lydia Hana binti Hans Lewis aku ce..."
Mata Hana pejam rapat andai inilah pengakhiran kisahnya bersama Nuh. Biarlah ianya berlaku. Dia pasrah. Laluan dia dan Nuh terlalu perit, luka tak pernah penat singgah di tubuh jejaka itu sejak Hana muncul dalam hidupnya. Hana tak mahu lagi orang yang dia sayang terluka.
"Centakan kau hingga hujung nyawa !"
Mata Hana terbuka. Wajah Nuh menyapa pandangan matanya. Nuh hanya tersenyum dengan riak muka tak bersalah. Dahi Hana, Nuh jentik. Ini memang perkara yang paling Nuh suka buat. Jentik dahi Hana sebab budak kecil ni kuat berangan !
"Awak ni budak. I'm 5 years older than you, wifey. Abang boleh nampak mulut tu je bising suruh abang tinggalkan Hana, tapi, hati tu rela ke lepaskan abang pergi ?"
Soalan perangkap sengaja Nuh hadiahkan buat Hana. Bukan dia tak kenal budak kecil milik dia yang seorang ni. Sejak mengandung ni emosi sangat.
"Jangan berani sebut lagi pasal ni. Kalau pun hidup ini berulang lagi dan saya ditakdirkan tak ditemukan semula dengan seseorang yang bernama Lydia Hana. Saya, Nuh Hayden akan tetap pilih untuk cari, nikahi, lindungi dan selamatkan Hana sampai saya mati. Kalau pun tuhan bagi saya pilihan untuk mengubah kehidupan saya, saya tidak akan pernah mengubahnya. Your existence is worth every suffering I need to face. So, please stop saying about this."
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...