"Saya minta maaf."
Habis sahaja merawat luka Hayden pernyataan itu terus terbit dari bibir Hana. Dia masih duduk bersimpuh di bawah dan matanya kekal menekur lantai umpama persalah.
"Kenapa kau cuba bunuh diri ?"
Lain yang Hana harapkan lain pula yang muncul dari bibir Hayden. Persoalan yang dilempiaskan oleh Hayden langsung tiada jawapan dalam kotak fikirannya.
"Bunuh diri ? Mana ada saya nak bunuh diri."
Hana sumpah terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hayden. Sungguhlah teruk macam mana pun masalahnya, tidak pernah dia terfikir untuk mengambil jalan singkat dengan meragut nyawa sendiri. Tertawa Hayden tiba tiba bergema menyebabkan Hana terus mendongak memandang jejaka itu.
"Tak bunuh diri ? Berdiri tengah tengah laut waktu gelap, waktu orang tak nampak itu bukan rancangan nak bunuh diri ? Kau ingat aku bodoh ke Lydia ?"
Penuh sinis Hayden berkata. Tersenyum senget dibuatnya apabila mendengar kenyataan yang baru terpancul dari bibir Hana dan terus menyapa gegendang telingannya.
"Saya tak anggap awak bodoh dan tak pernah pun anggap awak macam tu. Cumanya memang kenyataan saya tiada langsung niat nak bunuh diri. Saya cuma nak tenangkan fikiran dan tahu tahu awak datang selamatkan saya. Saya masih waras dan tak pernah terfikir untuk ambil nyawa sendiri."
Hana berkata panjang lebar. Tidak dihiraukan setiap kata kata sinis yang dilemparkan oleh Hayden meskipun hatinya sedikit tercarik.
"Saya minta maaf."
Entah untuk kali ke berapa, kenyataan itu sekali lagi meluncur keluar dari bibir Hana. Mata Hayden berkedip kedip memandangnya. Melihat keikhlasan Hana sedikit sebanyak melegakan hati Hayden. Sekurang kurangnya Hana tidak pernah ingin mengambil nyawanya sendiri.
"Bukan salah kau tapi salah aku sebab jadi jahat."
Hayden tersenyum sedikit sesuai berkata begitu. Memang betul apa, semua ini berlaku dari awal berpunca daripadanya. Senyuman Hayden tampak sangat pahit di mata Hana.
"Tapi... walaupun ini bukan salah aku. Aku tetap nak kau bertanggungjawab sebab buat aku yang macho ni terpaksa redah laut sampai luka luka kaki aku."
Tidak betah dalam mood syahdu begini, Hayden terus melemparkan kata kata. Senyuman pahitnya tadi pula sudah berubah kepada senyuman penuh makna.
"Saya kena buat apa ?"
Hana bertanya perlahan. Mohon sahajalah yang Hayden ni waras dan tidak meminta dia untuk melakukan perkara yang bukan bukan. Mahu gatal kepala Hana nanti.
"Masak untuk aku."
"Masak ?"
Hana bertanya semula apabila mendengar arahan daripada Hayden. Biar betul hanya memasak ? Dia ingat Hayden nak suruh dia lari keliling pulau ni 100 kali atau buat tekan tubi 50 kali ke apa ke dan rupanya yang dimahukan Hayden hanya untuk dia memasak je ?
"Dah lama orang tak masakkan untuk aku. Biasanya tukang masak restoran je yang masakkan makanan untuk aku. Aku teringin nak rasa makanan rumah. Boleh tak kau masak untuk aku ?"
Ada nada sedih menyinggah di tiap tutur kata yang diluahkan Hayden. Hati Hana juga digamit perasaan duka. Kasihannya Hayden nampak terlalu sunyi.
"Boleh ! Awak nak makan apa ?"
Dalam nada ceria Hana berkata. Sesekali membahagiakan Hayden apa salahnya. Wajah Hayden pula terus berubah ceria. Ada cahaya cahaya kebahagian terpancar dari wajahnya.
"Aku nak makan, nasi putih, udang buttermilk, sambal belacan, kek tiramisu dan coconut shake !"
Macam mana orang order dekat kedai makan macam tu jugalah cara Hayden order makanan pada Hana. Hayden nampak seperti kanak kanak yang penuh dengan keterujaan.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...