Hana menatang dulang berisi makanan, air dan beberapa ubat ke atas. Pintu bilik dia kuak perlahan. Nuh yang sedang bersandar di kepala katil menatapnya lembut.
Hana tidak berbicara. Rasanya lebih baik begitu bukannya Nuh dengar pun. Bubur yang panas di aduk perlahan untuk mengurangkan kepanasannya. Typical makanan orang sakit. Sudu yang berisi bubur suam suam suku disua ke mulut Nuh. Nuh hanya menerima sahaja tanpa berkata apa apa. Wajah Hana dia tatap sepuasnya.
Setelah bubur itu habis. Hana beralih pula untuk mencuci luka luka di tubuh Nuh. Dapat dia lihat banyak tinggallan parut lama di tubuh suaminya itu.
"You know what ? You look handsome even with those messy outfit and unwashed face."
"I'm glad you can't hear actually. Kurang sikit malu saya."
Hana hanya melihat wajah Nuh yang terkebil kebil tidak memahami apa yang dia katakan. Hana tersenyum sedikit. Ubat dia suakan kepada Nuh. Bekas makanan dan minuman yang telah kosong di susun semula di atas dulang dan diangkat untuk dibawa turun ke bawah semula.
Belum sempat dia berjalan jauh, pinggang Hana tiba tiba disauk oleh Nuh. Selamatlah Hana mendarat di pangkuan Nuh dan dulang tadi juga selamat mendarat bertaburan di atas lantai.
"Who said I can't hear you, wifey ?"
Masa seakan berhenti. Oksigen juga seakan akan tidak lagi wujud buat seorang gadis bernama Lydia Hana. Dia sesak.
"Awak ... dah boleh ... dengar... ke ?
Gagap gagap Hana menutur bicara. Habis merah mukanya menahan malu. Dia menekur ke arah lantai. Kakinya yang terapung tidak menjejak lantai itu dimainkan antara satu sama lain.
"I can hear you very clearly, wifey."
"Saya nak turun. Please ? Tolong lepaskan saya."
"Tak boleh sayang, you can't go anywhere."
"Kenapa awak tipu yang awak tak boleh mendengar ?"
Setitis demi setitis air mata Hana jatuh menyembah bumi. Entah buat kali ke berapa air matanya tumpah buat seorang Nuh Hayden. Dia sedikit terluka dan dikhianati selepas mengetahui yang Nuh sudah boleh mendengar.
"Hey, why are you crying ? Aku tak tipu kau. Aku memang tak boleh mendengar. Kau lupa ke ? Dr. Adam bagitahu yang pendengaran aku hilang sementara je bukannya selama lamanya. Aku baru sedar aku dah boleh mendengar bila kau bercakap tadi. Kau tak suka ke aku boleh mendengar ? Nak aku terus pekak je ?"
"Bukan macam tu."
Dalam sedu sedan Hana berkata.
"Then, why baby ?"
"Saya lupa dan saya malulah awak dengar semuanya."
Tawa Nuh pecah. Ada ke patut sebab tu rupanya Hana menangis. Ingat Hana benci dia sebab dia dah boleh mendengar. Perut Nuh Hana siku perlahan.
"Ish. Lepaslah. Nanti awak sakit."
"Habis bersepah semua ni. Dah orang kena kutip semua balik. Awaklah ni. Tiba tiba tarik."
Hana membebel bebel sambil mengutip mangkuk dan cawan yang jatuh tadi. Nasib jatuh atas carpet takda lah pecah.
"Jangan bagitahu yang lain tau ! This is secret between us."
Sempat Nuh kenyitkan matanya sebelum Hana hilang di sebalik pintu.
"Buat malu aku betullah dia ni."
"Siapa yang buat kau malu ?"

YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Storie d'amore| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...