Bab 27 - No more us

143 5 0
                                    

"Lady, are you sure ? Tak nak patah balik ? Kita tak jauh lagi ni. Kami okay je kalau perlu patah balik."

Mateen menyoal perlahan. Melalui cermin pandang belakang dia boleh nampak yang Hana menunduk mengesat air mata. Sepanjang perjalanan gadis itu tidak berhenti menangis. Gadis itu sangat sangat tidak okay.

"We can go back if you want to. You won't cry like this if you really wanted to let him go."

Eydan pula menyambung. Kotak tisu dia hulurkan kepada Hana. Ini bukan kotak tisu pertama tetapi sudah kotak tisu yang ketiga. Gadis itu masih menangis. Sedih dia melihat keadaan Hana. Seboleh bolehnya dia tak nak Hana terseksa dengan keputusan yang dia sendiri buat. Menyesal kemudian tiada berguna.

"No. Teruskan. He didn't come for me. Maknanya dia dah buang saya. Awak tahu buang ? Dia dah tak nak saya !"

Makin deras air mata menuruni lekuk pipi Hana. Kenyataan yang dia baru ungkapkan itu meranapkan hatinya. Untuk kali ke berapa dia halang hatinya daripada terus berharap. Untuk kali ke berapa dia nafikan yang dia nak kembali semula. Untuk ke berapa kali dia biar dirinya terseksa dengan keputusan yang dia tidak inginkan.

"Ego won't never let you win. It will keep betraying you. Think wisely my lady. Times won't go back, it will keep moving on."

Zack pula menjatuhkan nasihat. Dia yang paling hampir sekarang ini dengan Hana. Dia yang berada di sebelah Hana. Dia boleh nampak apa kemahuan sebenar gadis ini. Hana tak boleh macam tu. Hana patutnya baiki hubungannya. Itulah pandangan Zack.

"Just go ! Tolonglah ! Korang jangan pura pura kenal saya ! Saya tahu diri saya ! Saya nak kita teruskan perjalanan ni !"

Hana melenting. Dia penat. Dia tak suka bodyguardsnya asyik menyoal dia. Dia dah bagi jawapan maknanya that's enough. Tak perlulah paksa dia lagi. Hana sebenarnya bukan tak suka dipaksa tetapi dia takut kata kata daripada mulut bodyguardsnya meruntuhkan tembok yang dia baru bina.

"We don't pretend my lady. We know you too well. Terimalah nasihat kami sebagai seorang abang yang sayangkan adiknya. Kami tak nak lady terluka."

Mateen sekali lagi memberi nasihat. Kereta dia sudah hentikan di bahu jalan. Sekarang dia hanya menunggu arahan Hana sama ada mereka perlu membuat U-turn atau mereka akan terus dengan jalan ini.

"Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. But since he already give you his permission I think it's okay. Tapi, lady perlu sentiasa ingat yang tempat isteri sentiasa di sebelah suaminya. Tidak kira dalam keadaan susah atau senang, tempat isteri masih kekal di sisi suaminya. Berbincang adalah kunci untuk kekalkan hubungan. Tak nak berbincang secara baik dulu ?"

Eydan kini sudah berubah jadi ustaz tak berbayar. Ini semua sebab Hana. Dia perlu sedarkan gadis itu sebelum keadaan semakin memburuk.

"My answer is still no. Full stop. Awak sendiri dah dengar kami berbincang Eydan."

"As you wish. We considered it done."

Mateen meneruskan perjalanan. Hana adalah keutamaan. Segala kemahuan gadis itu mereka akan turuti. Tiada kurang tiada lebih. Biarlah gadis itu sedar sendiri. Mereka sudah cuba membantu namun nampaknya hati Hana sudah beku. Hana dah tak mahu terima pandangan dan nasihat orang lain. Jadi, biarlah nanti bila realiti datang menegurnya, Hana akan sedar sendiri.

•••

"Berapa lama dah dia tak makan ?"

"Its been a week."

"Kau tak risau ke ?"

"Gila tak risau. Aku dah rasa nak rempuh je bilik tu but aku tak nak langgar privacy."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now