Bab 32 - Luka

140 5 0
                                    

"Menung apa tu, my bride ?

Suara husky milik Hayden menarik Hana keluar daripada ingatan lamanya.

"I'm missing home."

"Kau tahu aku tak akan lepaskan kau kan ?"

Hayden lempar pandangannya jauh. Dia tak mahu kehilangan Hana dan dia tak nak hilang daripada hidup Nuh.

"Kenapa tidak Hayden ?"

"Kau pegang sesuatu yang tak sepatutnya kau pegang. Jadi jangan pernah mimpi aku akan lepaskan kau macam tu sahaja, Lydia."

"Cakaplah Hayden. Apa yang saya pegang sampai buat awak tak nak lepaskan saya ? Hati awak ?"

"You're so lame, Lydia. Aku bukan Nuh yang akan manjakan kau dengan ayat ayat manis jiwang karat. You're no one to me but you're someone for Nuh. Macam yang aku pernah kata aku akan gunakan kau untuk sakitkan dia."

Hana tersentak. Ya. Hayden bukan Nuh. Dia hampir lupa dengan kenyataan itu. Mereka mungkin nampak sama tetapi berbeza.

"Nuh tak pernah manjakan saya dengan ayat ayat manis pun. Dia dengan awak tiada beza cuma dia lagi baik, itu je. Awak kata awak akan sakiti dia tapi awak tak pernah pun sakitkan saya. Awak tahukan cara untuk sakiti Nuh adalah dengan sakiti saya."

"Jangan samakan aku dengan dia ! Dia tu pengecut. Semua benda takut nak hadap ! Sebab tu aku wujud, Lydia. Kali ini aku nak dia rasa sakit sendiri macam mana aku rasa sakit bila aku jadi alat dia untuk lepaskan kemarahan pada orang lain walaupun kadang kadang aku tak nak buat macam tu. Aku nak dia rasa sakit itu dan rasa sakit yang aku bagi dia bukan dengan cara menyakiti kau tapi dengan cara membuatkan kau jatuh cinta dengan aku dan lupakan dia."

Hayden berlalu pergi. Nampak wajah tegang jelas terpapar di wajahnya. Lelaki itu sedang marah. Macam tulah selalunya kalau Hana bangkitkan soal Nuh, Hayden mesti melenting. Macam Nuh itu musuh abadi Hayden.

Hana mula bangkit juga mengejar langkah Hayden. Dia tak nak Hayden tinggalkan dia dalam keadaan marah. Puas Hana mengejar akhirnya lengan jejaka itu dapat dia capai.

"I'm sorry okay ? Ya, awak dengan Nuh lain. Dia pengecut. Dia tinggalkan saya sedangkan awak kekal ada dengan saya. Saya minta maaf ya ? Lagipun sebenarnya awak tak perlu sakiti dia sebab saya dah sakiti dia terlebih dahulu."

Pergerakan Hayden terhenti. Dia ingin berkata namun panggilan telefon itu lebih menarik perhatiannya. Pegangan Hana dia rungkaikan.

"I need to answer this call. Aku balik lewat. Jangan tunggu aku."

Sempat Hayden melabuhkan satu ciuman pada dahi Hana sebelum dia terus berlalu pergi.  Hana ditinggalkan sendirian di tepi pantai. Angin laut sesekali menyapa tubuh Hana. Tudungnya beralun mengikut pergerakan angin.

"Awak dah berjaya dah pun Hayden. Cuma saya tak pernah buang Nuh. Saya jatuh lagi pada orang yang sama."

Hana berbisik sendiri. Dia hanya mampu menghantar Hayden pergi dengan pandangan matanya, tiada niat mahu menghalang.

•••

Hayden betul betul lewat balik. Pukul 2 pagi baru wajah lelaki itu muncul. Yang memeranjatkan Hana adalah Hayden pulang dalam keadaan berlumuran darah. Pantas kaki Hana bawa ke arah Hayden.

"Awak cedera ke ?"

Seluruh tubuh Hayden Hana belek. Tiada luka pun. Ada calar je. Tak akanlah calar mampu menyebabkan darah sebanyak itu.

"Tak. Aku okay."

Suara tak berperasaan. Hanya mendatar. Tiada sebarang riak. Kosong sahaja.

"Dah tu kenapa awak berdarah ?"

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now