Hana berlari ke dalam hutan. Air matanya tak henti henti menuruni pipi. Suara abangnya terngiang ngiang di telinga.
"Run Lydia run ! Jangan pandang ! Lari terus ke hadapan ! Jangan sesekali toleh ! Ingat pesan abang ! Abang akan cari Dia."
Mereka berpelukan sebelum Hana turun dari kereta dan terus berlari sepantas yang boleh. Satu sahaja Hana gagal lakukan, dia tetap memandang ke belakang. Disebabkan tindakan itu, dia dapat lihat Karl dikelilingi sekumpul lelaki asing. Terlalu ramai. Lelaki lelaki itu bertindak memukul dan menikam abangnya. Dia ingin berpatah balik tetapi Karl memandangnya dengan pandangan memberi isyarat...
"Lari Lydia lari."
Hana yang berlari tanpa arah tuju tanpa sengaja tersadung dan tangannya jatuh tepat di atas satu batu besar. Pokok disekelilingnya mula bergoyang seperti ada angin taufan yang melanda. Tanah turut bergegar.
"Gempa bumi ke ? Selamatkanlah aku ya Allah."
Itulah fikiran Hana yang terakhir sebelum dia pengsan.
•••
"Hello prince ! Someone just open the gate !"
"What ?!"
Perkhabaran daripada Jack bodyguard yang mengawal pintu bangunan rahsia milik mereka mengejutkan the Masters. Siapa je yang boleh buka pagar tu ? Hanya mereka, the Masters. Sekarang pula mereka berlapan semuanya masih di hospital. Jadi, siapa yang berjaya tu ?
Persoalan persoalan itu menyesakkan fikiran mereka. Tiada siapa yang pernah berjaya menceroboh masuk. Lagi menguatkan fakta itu adalah tempat itu juga bukan tempat yang diketahui orang awam.
"Papa kami harini tak dapat masuk kerja ada urusan yang perlu diuruskan di bangunan The H."
"Ada musuh ke Nuh ?"
"Takde papa, cuma kami ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Papa jangan risau semuanya baik baik sahaja. Kami hanya nak memantau keadaan."
Nuh tak mahu membimbangkan hati papanya. Risau sekiranya papanya kembali semula ke katil hospital akibat serangan jantung seperti kes yang pernah berlaku sebelum ni. Kes di mana Cavin ditembak ketika menjalankan misi. Memori itu sudah cukup memberi pengajaran buat mereka semua. Dia tidak bersedia untuk berdiri sendiri tanpa papa di sisi.
"Jack mana dia ?"
"Ada Masters. Kami kurung dia ditingkat bawah tanah. Tadi saya dah hantarkan Mira untuk turun ke bawah merawat dan memberi makan. Tapi Mira naik semula dan dia bagitahu saya perempuan tu masih tak sedarkan diri."
Jack mengiringi the Masters ke tingkat bawah tanah. Satu persatu anak tangga dipijak berhati hati sehinggalah tiba di satu pintu lif. Lif itu pula dinaiki untuk turun ke bilik bawah tanah. Kunci bilik itu dibuka dengan imbasan ibu jarinya. Sebaik sahaja pintu terbuka the Masters terundur sedikit kebelakang. Jack sedikit terkejut.
"Itu Hana kan ?"
Soal Adam kepada adik beradiknya. Mereka mengambil langkah mendekati susuk tubuh yang terlena di atas katil itu. Tepat sekali itu Hana. Tapi kenapa Hana ? Badan Hana digoncang perlahan oleh Harris.
"Hana bangun."
Harris berkata. Hana yang sedikit terganggu dengan sentuhan itu pantas bergerak laju ke bawah katil.
"Hey, kenapa ni ?"
Nuh meninjau ke bawah katil cuba memanggil Hana keluar.
"Berambus la ! Jangan kacau aku ! Siapa lagi hah korang nak bunuh ! Tak puas lagi ke kacau hidup aku !"
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romantizm| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...