"Mummy ouh mummy. Mummyku sayang ~"
Langkah kecilnya diatur menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur. Bau nasi lemak air tangan Puan Linda menyapa rongga hidung Hana. Dari jauh Hana dapat melihat mummynya itu sedang sibuk memotong timun. Perlahan dan senyap langkah diatur dan......
"Mummy !"
Hana memeluk Puan Linda dari belakang. Terangkat sedikit bahu wanita tua itu. Mungkin effect sergahan tanpa salam yang dilakukan oleh si anak.
"Ya Allah, kamu ni Dia, nasib baik mummy tak terpotong jari tahu tak ? Kalau terpotong tadi kamulah yang kena masak."
Hana hanya mampu tersenyum dan mencantumkan kedua dua belah tapak tangannya.
"Sorry mummy Dia excited sangat hehehe."
"Ha iya la iya la, dah pergi naik atas panggil Abang Karl turun makan sekali. Dari tadi mummy tunggu korang tak bangun bangun."
"Aite aite captain !"
Tabik hormat dilakukan sebelum Hana melangkah laju ke atas. Puan Linda yang melihat anak daranya itu hanya mampu menggelengkan kepala. Nasib seorang saja anak perempuannya. Kalau sampai sepuluh dan semuanya macam Hana gamaknya sakitlah kepala dia.
Tok tok tok....
"Abang Karl ouh abang Karl."
"Aikk tak bangun lagi ke..."
Bisik hati Hana...
Pintu bilik diketuk lagi sekali diselangi dengan suaranya cuba mengejut abangnya. Fikir nak terjah masuk je tadi tapi bila fikir logik kotlah abangnya yang sorang ni tidur berbogel ke... apa ke .... tak ke macam apa je dia, free free cuci mata di pagi yang indah ini.
Setelah ketukan yang ke sejuta kali mungkin ? Eh over betul kau ni Hana. Abangnya akhirnya membuka pintu. Dengan muka puppy eye Hana berkata...
"Abang, mummy ajak turun makan. Mummy kata dia dah lama tunggu kita. Jom sarapan jom."
"Hm okay... Kejap lagi abang turun. Lydia geraklah dulu."
"Turun tau ! Jangan sambung tidur !"
"Baiklah, adikku yang pendek dan montel si Lydia Hana."
"Amboi mulut ! Tak pernah lagi kena cili kan wahai abangku yang satu satunya si Karl Haziq !"
Sarapan berakhir dengan habisnya segala jenis hidangan di atas meja makan. Tiada sedikit pun tertinggal. Licin semuanya.
"Alhamdulillah. Kenyang."
Kata syukur terbit di bibir masing masing. Perut yang membuncit sedikit akibat terisi dengan makanan diusap perlahan. Rezeki hari ini. Bukan semua orang bertuah seperti mereka. Bangun pagi sarapan disediakan. Haruslah bersyukur sentiasa untuk itu.
"Hm mummy Dia gerak dulu ya. Takut lambat."
Kasut jenama Vans di sarung ke kakinya. Ditepuk tepuk sedikit tangan sebelum tangan itu dihulurkan kepada wanita tua yang telah menjaganya sejak dari kecil. Dicium lembut tangan itu. Terdapat banyak parut kesan minyak panas yang mungkin terpercik ketika dia memasak. Tangan itu juga sudah penuh dengan kedutan menandakan bahawa usianya sudah semakin lanjut.
"Hah! Eydan bawak kereta elok elok jangan sampai lady kau ni tercedera ke apa pulak. Aku tahu dia cedera, aku tanam korang semua hidup hidup."
Amaran diberikan oleh Karl kepada Eydan yang memainkan watak driver untuk Hana hari ini.
"Baik boss. Jangan risau la adik boss ni selamat bawah jagaan kami."
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Lãng mạn| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...