Bab 13 - Pindah

176 10 2
                                    

Si Dolly di dalam pelukannya diletakkan ke tepi. Hana melihat sekilas tubuh suaminya yang masih tidur membelakangkan dia. Perlahan Hana bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Setelah selesai mandi dan menunaikan solat subuh dia berlalu turun ke bawah. Hana sudah cuba membangunkan Nuh untuk solat subuh tetapi seperti malam tadi hanya kemarahan Nuh sahaja yang dia dapat.

"Good morning, bibik Yati. Harini nak buat sarapan apa ? Macam sedap je."

Hana terus menyoal sebaik sahaja dia sampai ke dapur. Ada bau yang menarik minatnya. Perutnya juga dari tadi asyik berbunyi bunyi minta di isi.

"Good morning, Puan Hana. Hari ini saya ingat saya nak buat nasi lemak dengan roti bakar."

"Jangan panggil saya Puan lah bibik. Terasa tua. Panggil je macam biasa, okay ? Lagipun saya bukan sesiapa dalam rumah ni."

"Iya la Hana. Apa pun yang kamu mahu bibir cuba."

Bibik Yati hanya bersetuju sahaja dengan Hana yang sekarang merupakan isteri kepada salah seorang anak bossnya. Dia sudah tahu Hana akan melarangnya. Dia pun sudah selesa dengan Hana. Jadi tak mengapalah.

"Ada apa apa yang boleh saya tolong ?"

Hana menawarkan bantuan. Daripada dia berdiri macam tunggul baik dia tolong bibik Yati.

"Eh tak payah la, Hana. Tinggal sikit lagi je ni. Bik bole buat sendiri."

Bibik Yati melarang. Memang Hana biasa menolongnya di dapur tetapi dulu Hana bukan sesiapa jadi dia tak kesah lah. Tapi sekarang Hana merupakan menantu majikannya, takkan lah dia nak mengarah Hana membuat kerja. Walaupun Hana sendiri menafikan status itu.

"Alah takpe lah bibik, saya buat roti bakar okay ! Nampak macam tak berusik lagi roti tu. Bibir fokus je dekat nasi lemak."

Belum pun bibik Yati memberi kata putus, sebungkus roti berjenama Gardenia dan beberapa bekas jem telah di capai Hana. Hana menyusun dari jem beperisa strawberry, kaya, blueberry, coklat sehingga butter dan gula. Hana fokus membakar roti roti yang telah di isi filling nya. Kesemua roti bakar dipotong separuh menjadi bentuk tiga segi sebelum dia menyusun mereka di atas satu pinggan yang berasingan mengikut perisa.

"Wah ! Wanginya bau ! Bibik masak apa ?"

Adam yang tiba tiba muncul di dapur terus sahaja menyoal. Bau harum daun pandan dan santan sangat mengoda perutnya yang sedia ada kosong.

"Bibik masak nasi lemak dengan sambal sotong kering."

Hana menjawab bagi pihak bibik. Dapat dilihat oleh Hana yang bibik Yati kelihatan sangat sibuk dengan kerja kerjanya.

"Ouhhhh, ha kau ? Mana Nuh ?"

"Ada kat bilik. Tak bangun lagi kot. Ha awak, duduk la. Saya nak tolong bibik."

Hana beransur ke dapur. Hana terus mencapai pisau, landas dan timun. Hana membilas sedikit timun itu sebelum menghirisnya dalam saiz yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

Hana sebenarnya malas untuk berbicara tentang Nuh. Hana stress dengan perangai suaminya itu. Mana tak stress hari pertama menjadi isteri, dia sudah tiga kali kena marah dengan Nuh. Kalau kesalahan itu memang kesalahan dia, bolehlah Hana terima tetapi yang ini bukan kesalahannya ini adalah kesalahan Nuh yang melupakan penciptanya.

•••

"Makhluk apa ni !"

Nuh pantas mencapai penguin bercampur dengan dinosaur yang berwarna warni seperti biru putih dengan kuning dan dia lemparkannya ke hujung penjuru bilik. Terkejut dia dibuatnya. Buka buka mata je dia direnung oleh penguin tersebut. Kesian Dolly tersadailah dia di hujung penjuru bilik.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now