Bab 52 - Memori

99 4 0
                                    

Siling bilik direnung tanpa perasaan. Matanya tertumpu ke situ tetapi mindanya hanyut, hilang tanpa hala tuju. Tangan mula meraba raba ke meja sisi katil mencari sesuatu. Remote yang berjaya dicapai terus sahaja ditekan salah satu butangnya, lantas salah satu permukaan siling mula terbuka meninggalkan bumbung jernih yang menampakkan langit malam dipenuhi bintang.

"Dia dah tak ada ke ?"

Soalan itu mula menyentak tangkai hati Harris. Sungguh dia tak sangka si gadis sudah menghilang tanpa jejak.

Petang tadi.

"Kita nak hantar ke mana ni ?"

Cavin memandang Harris. Fries sudah siap dibungkus dalam bentuk individual packaging dan disusun elok dalam kotak kotak. Zack dan Mateen juga mengalihkan pandangan mereka ke arah Harris.

"Rumah anak yatim impian."

Harris berkata senada. Pandangannya beralih merenung ke arah Cavin. Hanya dia dan Cavin sahaja yang tahu tentang tempat itu. Hanya dia dan Cavin berkongsi memori yang sama.

"Umi mesti rindukan kita. Dah lama kita tak melawat umi dengan adik adikkan."

Cadangan Harris disambut baik oleh Cavin.

"Umi mana pula ni ? Papa curang dengan mama ke ?"

Tanpa sebarang amaran laju sahaja Zack berkata. Sungguh mulut tiada insurans betul manusia seorang ni.

"Ada ke yang berani curang dengan Puan Zara Humairah tu ? Mahu kena ganyang nanti. Kau macam tak tahu pula mama tu garang mengalahkan serigala."

Sempat Harris menjeling Zack sambil membebel.

"Dah tu umi tu siapa ?"

Mateen pula mengambil alih perbualan. Sungguh dia ingin tahu siapa gerangan yang memegang gelaran umi itu. Mana tahu gadis cantik ke kan. Gatallah Mateen ni, kahwinkan kang baru tahu !

"Mak angkat kitorang. Korang balik la dulu. Terima kasih untuk harini."

Sejurus berkata begitu, Harris dan Cavin pantas sahaja memboloskan diri ke dalam kereta. Gear ditukar kepada gear D dan handbrake diturunkan. Kereta mereka pantas bergerak membelah laluan jalan raya.

Rumah Anak Anak Yatim Impian

Papan tanda itu direnung lama dengan seribu satu perasaan yang sukar diungkap. Dari memori pahit, manis, masin, masam, pedas dan segalanya mula terasa di jiwa. Lama mereka berdua termenung melihat kedaan rumah anak yatim itu. Masih sama sedikit tidak berubah.

Meski mereka semua sudah diambil menjadi anak angkat oleh Puan Zara dan Tuan Zayne ketika baru berusia satu tahun tetapi segalanya tidaklah semudah yang dibicarakan. Memang ketika berumur satu tahun mereka sudah diangkat untuk menjadi anak mereka tetapi proses untuk mereka menjadi anak angkat yang sah bukanlah mudah. Makan masa bertahun tahun. Lagi lagi apabila perkahwinan antara Puan Zara dan Tuan Zayne ketika itu baru sahaja berusia dua tahun dan mereka berdua pula sudah memiliki anak kandung.

Enam tahun berlalu, segala usaha Puan Zara dan Tuan Zayne membuahkan hasil apabila dia, Harris Haidar dan Cavin Dylan sah menjadi anak angkat pasangan itu. Pintu rumah Tuan Zayne dan Puan Zara akhirnya ditutup daripada menerima anak angkat. Mereka berdualah anak terakhir yang diangkat oleh pasangan itu, disamping tiga yang lain.

Tok tok tok

Ketukan pada tingkap kereta menyedarkan mereka berdua. Pantas tingkap diturunkan untuk melihat gerangan yang berada di luar kereta. Mereka terkedu. Sunyi menghimpit suasana.

"Anak anak cari siapa ya ?"

Suara itu masih sama. Sedikit tidak berubah. Suara yang pernah menjadi peneman dikala mereka ingin melelapkan mata. Suara yang sentiasa berbisik memberikan kata kata positif setiap kali mereka terpaksa dihantar semula ke rumah anak anak yatim akibat proses mahkamah yang terlalu sulit.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now