Sudah hampir seminggu masa berlalu. Seminggu jugalah Nuh kembali kepadanya. Seminggu juga rumah Hegler's menjadi rumahnya semula. Hana teringat semula hari dia pulang semula ke rumah Hegler's.
Buk...
Satu tumbukkan kuat mengena tepat di wajah suaminya. Boleh tahan kuat sehingga Nuh terjelopok jatuh.
"Kau bawa dia ke mana ? Kau gila ya ?"
Lantang Hud berbicara. Bergegar seisi ruang tamu di sebabkan tengkingannya. Hud bergerak mendekati Nuh dan leher baju Nuh dia cengkam memaksa Nuh untuk bangkit berdiri sama.
"Aku tanya kau jawablah ! Kau bawa dia ke mana Hayden ?"
Soalan sama sekali lagi dilontarkan oleh Hud kepada Nuh. Nuh diam sahaja tidak menjawab. Hana dah tak boleh tahan terus sahaja menolak Hud daripada terus mencengkam leher baju Nuh. Hana takut pula sekiranya Hud melayangkan sekali lagi tumbukkan padu miliknya. Kalau itu terjadi mungkin bengkak teruk muka suami dia.
"Aku suami dia. Suka hati akulah."
Nuh menjawab tanpa memperdulikan wajah bengis milik Hud. Apa dia nak takutkan kan ? Hud adik beradik dia juga bukannya raksaksa atau makhluk asing.
"Suami dia Nuh bukan kau Hayden !"
Sekali lagi suara bervolume tinggi milik Hud memenuhi ruang rumah. Kuat dan nyaring. Tegas juga terselit sama. Wajah Hud tak payah cakap dah macam nak makan orang ! Disebabkan suara itu juga, yang lain mula memunculkan muka.
"Akulah Nuh."
Begitu sahaja Nuh menjawab. Malas agaknya nak memanjangkan cerita. Nanti buatnya betul betul Hud belasah dia, seram juga.
"Hayden dah hilang dah. Kau tak percaya tanyalah Hana."
Bahu Hana ditolak sikit oleh Nuh. Pandangan meminta bantuan Nuh lemparkan ke arah Hana. Kalau Nuh cakap sendiri dia yakin Hud tak akan percaya, jadinya baik dia gunakan Hana.
"Iya dia Nuh. Hayden hilang tiga hari lepas. Balik semula atau tidak tu saya tak pastilah."
Nak tak nak Hana hulurkan bantuan buat Nuh. Dia tidak mahu Hud dan Nuh bergaduh hanya kerana dia. Bergaduh hanya akan membuatkan kita membazir masa dan tenaga. Tiada manfaatnya.
"Betul ni ?"
Soalan Hud, Hana balas dengan anggukan. Menerima jawapan Hana maka bersatulah kedua kembar itu dalam pelukkan. Kemudiannya adik beradik lain juga melakukan perkara yang sama. Aih sungguh bahagia ada keluarga besar dengan adik beradik yang ramai. Iya dok ?
•••
Ting
Bunyi ketuhar pembakar menyentak Hana daripada terus hanyut dalam kenangan. Pasti kek yang dia bakar sudah siap. Bau harum vanilla dan koko juga sudah menusuk rongga hidung. Tanpa dipinta perut mula berkeroncong. Kek itu di bawa keluar dan dihias cantik. Perkataan selamat hari lahir the triplets Hana tulis menggunakan buttercream. Senyuman menghiasi bibirnya. Tak sabar nak sambut hari jadi mereka !
"Hana kek dah siap ke ?"
Tak lain tak bukan suara itu suara Puan Zara, ibu mertua Hana. Puan Zara juga sanggup pulang ke Malaysia untuk sambutan kali ini. Kata adik beradik yang lain jarang sekali mama mereka muncul di sini kecuali atas sebab sebab mustahak. Jadinya, sambutan birthday kali ini bakal menjadi yang paling bermakna. Ouh iya, kehadiran Puan Zara dan Tuan Zayne juga merupakan antara kejutan yang Hana sediakan untuk tiga orang kembar tu.
"Mama tanya ni sayang oi. Menung pula dia."
Bicara Puan Zara menarik Hana daripada lamunan. Senyuman dia tayangkan. Perkataan sayang itu membuatkan hatinya berbunga bunga. Dia rasa sangat disayangi dan dihargai oleh Puan Zara walaupun status dia dalam keluarga ini hanya seorang menantu. Hana ketuk perlahan kepala sendiri. Boleh pula otak dia travel waktu waktu macam ni.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...