Bab 25 - Kisah Dia II

141 4 0
                                    

"Awak tak menjawab lagi soalan saya. Awak siapa ?"

"Ouh nak berkenalan pula ke ? Nak mengurat ke ?"

Hana menjulingkan matanya ke atas. Makin dia kenal Nuh, makin rasa menyampahnya membuak buak. Lepas jejaka ini dapat telinga balik berubah terus perangainya.

"Tak lawak Nuh."

"Okay, I'm sorry. Nama penuh aku Nuh Hayden Hegler bin Zayne Hegler. Umur aku 28 tahun, which is I'm 5 years older than you. I'm the older one from the triplets."

"Again it's not funny, Nuh. Kita bukannya buat sesi perkenalan antara cikgu dengan anak murid."

Tawa Nuh pecah. Bergema ruang makan itu. Wajahnya jelas riak gembira dapat mempermainkan Hana. Laju Hana mencubit tubuh jejaka itu. Makin galak Nuh ketawa.

"Okay. That's enough."

Mood serious sudah diaktifkan. Tiada lagi mahu bergurau. Tiada lagi muka menyakat Nuh. Yang tinggal hanya muka tidak berperasaan lelaki itu.

"Aku sebenarnya mafia."

"Ish. Tadi dah katakan tak nak bergurau. Yang awak main main lagi ni dah kenapa ?"

Tangannya laju memukul lengan Nuh. tadi dah kata serious kan. Penatlah dia nak melayan gurauan Nuh.

"I'm not kidding, Hana. Aku ahli mafia. But I'm not that type of mafia yang bunuh bunuh orang. Aku bukan tuhan. Itu bukan hak aku."

Muka Nuh yang masih kekal tanpa riak itu jelas menunjukkan yang dia tidak bergurau. Air liur seakan akan tidak mahu melalui kerongkong Hana.

"Aku kahwin dengan pembunuh ? Tapi dia kata dia bukan pembunuh."

Hati Hana mula berperang. Betul ke yang dia dah terkahwin dengan ahli mafia. Bukan ke mafia selalunya jahat ?

"I'm not a killer. Percaya cakap aku Hana."

•••

Sejak pulang dari The H kelibat Hana langsung tak kelihatan. Gusar hati Nuh dibuatnya. Ketika perjalanan pulang, Hana menyepi juga. Langsung tiada suara yang keluar dari bibir gadis itu. Hanya bebelan panjang DJ menemani perjalanan mereka. Tidak betah dengan keadaan begitu, pintu bilik yang Hana huni dia ketuk.

"Kenapa ?"

Satu soalan terus Hana lontarkan ke arah orang yang mengetuk biliknya.

"Kau benci aku ke ?"

"Kenapa nak benci pula ?"

"Aku kan mafia."

Dahi Hana tepuk perlahan. Ini dah kenapa pula ni. Main soal perasaan pula. Rasanya dia takda buat apa apa yang buat Nuh rasa yang dia benci Nuh pun.

"Bila masa pula saya cakap saya benci awak ? Mafia ? Kan awak cakap awak tak membunuh. So, I trust you."

"Then, kenapa kau diam je waktu perjalanan balik tadi ? Ni pun kau asyik berkurung dalam bilik."

"Masya Allah, encik suami sejak bila pula kita banyak bercakap ? Bukan kalau naik kereta berdua kita memang senyap je ke ? Kalau di rumah pun bukannya kita selalu duduk sama sama. Betul tak ?"

Nuh termenung seketika. Betul juga cakap Hana. Bila masa mereka mesra. Ni semua mesti sebab segala andaian buruk dia. Sebab tu dia tiba tiba terpacak depan bilik Hana.

"Ouh betul eh ?"

"Betul awaknya. Dah tepi saya nak masuk bilik."

Belum sempat Hana menutup pintu, Tangan Nuh menghalang tindakannya. Dahi Hana berkerut seribu. Ini dah kenapa pula ni.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now