"Orang kata diam tanda setuju. Jadi betullah ? Terima kasih sebab bagitahu aku di mana kedudukan aku dalam kehidupan kau."Nuh mula mengangkat kaki ke arah pintu bilik. Membawa bersama hatinya yang walang. Hatinya bagai ditoreh toreh, rabak sekali, tidak mungkin dapat dibaiki dengan sebarang jahitan.
"Aku tak boleh menipu. Jujur aku katakan aku memang berharap yang kau akan menghalang dan menjelaskan keadaan. Tetapi benarlah, harapan itu mampu melukakan hati seseorang dan kini aku tahu bagaimana rasanya."
Langkah Nuh terhenti apabila seseorang mendakapnya dari belakang. Tangan halus yang melingkar di pinggangnya cuba dileraikan. Tetapi balutan di tangan itu lebih menarik perhatiannya.
"Jangan pernah memberi harapan jika akhirnya kau hanya ingin mempermainkan. Lepaskan aku Hana, jangan terus buat aku terjerat dengan kau sedangkan kau tak ingin bersama aku."
"Tak Nuh, awak salah faham."
Akhirnya, di situ. Suara Hana sudah kembali. Dia kini sedar dia perlu membela diri. Rumah tangga yang baru setahun jagung ini perlu diselamatkan. Lagi lagi kasihnya sudah mula bersemi buat suaminya. Jika rumah tangga ini runtuh bukan sahaja Nuh akan terluka, dia juga sama.
"Apa yang aku salah faham Hana ? Cara kau jelas menunjukkan segalanya. Tell me ? Di mana salah itu ?"
"Saya minta maaf sebab keluar tanpa izin awak."
"Bukan kemaafan yang aku pinta. Jauh sekali meminta hati kau. Aku tak minta lebih pun Hana. Sekurang kurangnya bagitahu di mana kau berada supaya aku tak risau."
Nada suara Nuh semakin kendur. Ada nada kecewa berbalut duka dari suara itu. Nada suara yang menghambat diri Hana dalam perasaan bersalah.
"Saya tak pernah berangapan awak tak penting. Awak selamatkan saya. Awak sangat penting Nuh. Sehingga hati saya sudah berpindah kepada awak. Jatung saya kini berdegup hanya untuk awak. Mungkin jika nadanya dari bunyi dup dap dup dap sekarang iyanya telah menjadi nama Nuh Hayden."
Tubuh Nuh, dia lepaskan dari pelukan. Badan jejaka itu dipaksa untuk melihatnya. Perbalahan hari ini perlu diselesaikan hari ini. Bukannya esok, lusa atau pun tulat. Ianya mesti hari ini. Salah faham yang berpanjangan akan lebih memburukan keadaan.
"Pandang saya Nuh, dan dengar sini baik baik. Jangan pernah sesekali awak anggap yang diri awak tu tak penting bagi saya. Jangan sesekali. Sekali lagi awak fikir macam tu, saya akan betul betul anggap yang awak tak penting dalam hidup saya dan saya akan lupakan semua kisah kita, saya akan buang awak jauh jauh dan anggap awak tak pernah wujud. Saya keluar tak minta izin awak bukan saja saja. Saya ingatkan awak akan marah saya dan lupakan. Tapi melihat awak yang macam ni, saya tahu saya kena jelaskan. Saya keluar untuk buat surprise kepada awak. Saya beli bahan kek kegemaran adik beradik awak. Saya nak belajar buatnya dengan mama. Saya nak raikan awak. Tapi nampaknya elok saja saya batalkan semuanya. Saya bodoh sebab menyakiti hati awak. Saya minta maaf awak. Maafkan saya ya ?"
"Jangan kata diri kau bodoh wifey. Kau tak bodoh, aku yang menghukum tanpa menunggu penjelasan kau. Aku yang terlupa sedang aku melempiaskan marah, aku sebenarnya tak beri kau ruang pun untuk berbicara."
Jari jemari Hana dibawa ke bibir dan dia ciumnya lembut.
"Maafkan aku ya ?"
Seakan akan teringatkan sesuatu. Nuh tiba tiba menghalang Hana daripada meneruskan bicara. Jarinya diletakkan di mulut Hana.
"Kejap. Jangan maafkan aku dulu sebab aku nak sambung marah. Dah kenapa tangan kau macam ni ? Kau kata kau keluar beli barang. Beli barang apa kalau tangan jadi macam ni ? Betul ke kau keluar beli barang atau kau sebenarnya pergi belasah orang ?"
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...