Bab 7 - Game Started

159 9 0
                                    

"Eh Hana, awalnya kamu bangun. Sarapan pun tak siap lagi ni."

"Dah terbiasa la aunty, biasa kat rumah pun selalu tolong mummy. Nak sambung tidur pun tak boleh. Dah jadi rutin."

"Hm tiba tiba rindu mummy apa khabar agaknya mummy."

Bisik hati Hana sebelum dia mengalihkan perhatian semula kepada Puan Zara.

"Ada apa apa yang boleh Hana tolong ?"

Tak salah rasanya menawarkan bantuan. Manalah tahu sedikit huluran ringan perkataan tolong boleh meringankan bebean seseorang.

"Hm kejap."

Puan Zara mengetuk dagunya mengunakan jari jemarinya. Gayanya seperti memikirkan satu masalah dunia yang paling besar. Lima minit berfikir. Akhirnya idea yang bernas menerjah otaknya.

"Hana kejutkan budak budak ni boleh ? Ouh by the way don't call me aunty. It's mama. You're my family. Papa tak perlu kejut yang itu mama yang akan uruskan. Bilik budak budak ni kalau Hana naik lif tekan tingkat 4 bilik diorang tersusun je satu baris. Bilik mama yang pintu colour gold. Yang itu jangan ketuk ya."

"Alright aunty. Eh I mean mama."

Hana tersenyum sedikit kepada Puan Zara sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam lif. Awakward sungguh rasanya untuk memiliki seorang lagi ibu. Orang yang asalnya terlalu stranger untuknya.

"Tadi tingkat 4 kan ? Butang mana satu nak tekan ek supaya pintu ni tertutup. Eh tak yah tekan la Hana, diakan boleh tertutup sendiri. Haih teruk betul la kau ni. Nampak sangat selalu kena kurung dalam rumah."

Hana berbicara sendirian. Dahinya juga sempat ditepuk perlahan. Berangan apalah, rasanya dia hanya pengsan bukannya koma sampai otaknya tak boleh berfungsi dengan betul. Langkahnya mati sebaik sahaja tiba di tingkat itu.

"Ni hotel ke rumah ? Siap ada air pancut bagai. Cantiknya klasik gitu dengan cat dinding warna putih dan gold. Semuanya antik di tingkat ini. Lampu chandelier yang tergantung cantik. Almari hitam berkilat yang isinya penuh dengan pelbagai pingat dan lencana. Setiap pintu bilik pun klasik ! Warna hitam dengan tombol pintu yang berukir cantik."

Hana sangat terpegun. Lebih kurang 5 minit jugalah dia berdiri sahaja di depan pintu lif. Dia macam terpesona dengan keindahan sajian dunia pagi ini. Hana berada dalam dunianya. Sampai Adam yang berdiri di sebelah dia pun dia tak perasan.

"Woi ! Jauh menung. Kau buat apa naik atas ni ? Sesat ke ?"

"Eh awak. Saya em apani. Alamak lupa pula. Ouh ni, mama suruh saya kejut semua untuk turun sarapan. Alang alang awak dah bangun boleh tak tolong saya sekali ?"

"Ewah ewah budak ni sukati dia je mengarahkan aku. Orang lain pun tak pernah suka suka arahkan aku. Berani ya perempuan ni."

Bisik hati Adam. Dia memandang dengan muka yang tidak berpuas hati kepada Hana.

"Tak boleh ke ? Tak pe la saya gerak kejut diorang. Nanti kesian mama tunggu."

Melihat perubahan air muka Adam, Hana sendiri sudah faham jawapan lelaki itu. Hana beransur pergi satu persatu pintu bilik diketuk. Lenguh kakinya sebab dekat 10 kali juga la dia ulang alik dari bilik pertama hingga bilik ke tujuh. Adam berdiri sambil bersandar di dinding, tangannya dimasukkan ke dalam pocket seluar dan kaki kirinya diletakkan di dinding. Dia memerhati Hana.

"Adoi budak ni la. Ingat dengan ketuk pintu malaun semua ni akan bangun ke ? Nampak sangat tak berpengalaman ni. Dah lah orang rumah ni automatik jadi pekak bila bab bangun tidur. Kalau setakat ketuk macam tu alamatnya memang takdalah yang nak bangun."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now