Bab 51 - Mengidam

116 6 0
                                    

Selepas menyambut huluran tangan daripada Nuh. Hana terus memanjangkan lehernya seperti mencari sesuatu.

"Hey, your husband is here. What are you looking at ?"

Nuh tekup kedua dua belah pipi Hana memaksa Hana untuk memandang wajahnya. Dari tadi dia perasan yang Hana tidak melihat ke arah wajahnya. Sambut huluran salamnya pun ala kadar sahaja.

"Hana cari apa ni ? Suami segak segak macam ni sikit pun Hana tak nak pandang. Sampai hati."

Nuh berura ura untuk merajuk. Kedua dua belah pipi Hana dia lepaskan perlahan. Tangannya naik berpeluk tubuh.

"Fries saya mana abang ?"

Hana langsung tidak memperdulikan suaminya itu. Yang lebih penting sekarang ini fries KFC miliknya. Pagi tadi sebelum Nuh berangkat ke luar, Hana sempat titipkan pesanan supaya Nuh membelikannya fries dari kedai terkenal itu.

Glup...

Liur Nuh telan payah. Tangannya yang tadi berpeluk tubuh kini jatuh ke sisi. Peluh dingin tanpa dipinta mula muncul di dahinya. Kedua dua tangan Hana Nuh capai dan digenggam erat.

"Wifey, abang minta maaf. Abang...."

"Lupa lagilah tu. Tak apalah. Hana dengan babies kan tak penting. Bila nak keluar abang tak bagi tapi semua Hana pesan abang asyik lupa je."

Genggaman tangan Nuh Hana cuba rungkaikan. Sudah lebih lapan jam dia menunggu Nuh pulang. Sudah lebih lapan jam dia menahan nafsu keinginannya itu dan kini setelah lebih lapan jam menunggu, hanya kekecewaan sahaja menyambut dirinya.

"Dengarlah dulu abang cakap ni. Kalau lepas ni abang terpaksa terbang ke Texas untuk fries Hana tu pun abang sanggup. Hana suruh teroka setiap KFC dalam dunia ni untuk fries tu sahaja pun abang akan buat. Tapi dengarlah dulu."

Nuh masih cuba memujuk. Tangannya naik memegang bahu milik Hana. Dia mahu Hana dengar penjelasannya.

"Tak payahlah. Hana dah tak selera."

Hana tepis perlahan tangan Nuh sebelum dia terus bergerak meninggalkan Nuh. Dia sudah terlajak makan hati. Melihat Hana yang berlalu pergi itu, membuatkan Nuh kusut sendiri. Pintu rumah kembali dia buka sebelum dia memandu pergi meninggalkan kawasan rumah.

•••

Deringan telefon menyentakkan lenanya. Tangannya bergerak meraba raba meja sisi katil mencari telefon bimbitnya itu. Ikon hijau digeserkan ke atas sebelum ditekupkan pada telinga.

"Hello."

Sapaan dilakukan terlebih dahulu olehnya.

"Eydan. KFC kat sana ada fries tak ?"

Tanpa membalas sapaan itu, Eydan terus sahaja diterjah dengan soalan cepumas. Dia lihat semula skrin telefon untuk memastikan nama si pemanggil.

"Mana ada Nuh. Macam kau tak tahu pula, kan KFC tengah ada masalah dengan stock fries diorang."

Dalam mengantuk Eydan membalas. Kepalanya digaru kasar. Lenanya Nuh ganggu semata mata mahu bertanya pasal fries. Sudahlah dia baru dapat berehat setelah hampir 48 jam berkerja tanpa tidur.

"Mana tahu Indonesia lain. Aku ingatkan stock tak ada kat Malaysia je. Sorrylah kacau waktu rehat kau. Hana mengidam nak fries tu sampai merajuk ha, sikit tak nak dengar apa aku nak kata."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now