Hana berusaha merenggangkan sedikit badannya. Alarm telefon yang menjerit jerit itu perlu dia matikan segera. Sudah bengit telinganya mendengar telefon itu tidak berhenti henti menyanyi daripada tadi.
"Aduh berat betullah dia ni. Berat macam gajah. Susah betul aku nak gerak jadinya."
Tiga kali cubaan akhirnya Hana terlepas dari pelukan Nuh. Namun entah mana silapnya dia berakhir dengan mencium permukaan lantai bilik.
"Auch. Sakitnya."
Hana terjerit akibat terkejut. Dahinya yang sakit diusap perlahan. Ini tanda tanda hari malangnya bakal bermula ke ?
"Kenapa tak hati hati ? Nampak dah benjol dahi tu. Eyy dia ni, tak sayang diri sendiri ke ? Sakit tak tu ?"
Nuh yang terjaga akibat jeritan Hana membebel perlahan. Hana diam sahaja. Bukannya dia sengaja pun kalau Nuh tak peluk dia kuat kuat tak adalah dia terjatuh dan tercium lantai tu. Semua salah Nuh.
"Kalau teringin sangat nak kiss mintaklah aku. Jangan pergi kiss lantai. Bukannya sedap pun kiss lantai tu."
Nuh menyambung bebelannya lagi sambil itu dia mengangkat Hana naik untuk duduk ke katil dan dia turun ke bawah. Dia berdiri mengunakan lutut untuk memudahkan penyapuan ubat di kepala Hana. Tangannya perlahan menyapu minyak angin pada benjolan yang bersaiz kira kira saiz sebiji bola ping pong di dahi isterinya itu.
"Hailah isteri. Nasib sayang kalau tak dah lama aku balun. Clumsy sangat."
Nuh menyambung bebelan di dalam hati. Wajah Hana dipandang, sepasang mata milik Hana sedikit pun tidak bergerak menantapnya, masih kekal menekur lantai bilik.
"Siap !"
Melihat Hana yang masih termenung itu, otak Nuh tiba tiba mencanang idea nakal. Nuh menekan sedikit benjolan itu. Sengaja nak buat Hana memandangnya.
"Auch ! Sakitlah Nuh !"
Satu jelingan dihadiahkan untuk Nuh sebelum Hana menekup muka sendiri menahan senyum. Mana taknya, Nuh buat muka comel. Dengan kepala didongakkan dan disengetkan sedikit memandang Hana. Satu senyuman manis dihadiahkan oleh Nuh yang menayangkan gigi colgatenya yang cantik tersusun rapi bersama sepasang gigi taring yang cantik terbentuk.
"Damn ! He is so cute ! Like a little kitten. Eh apa kau mengarut ni Hana. Jangan lembut sangat please."
Hati Hana berbicara. Dapat dia rasakan jantungnnya seakan akan jantung orang sedang bersenam. Senaman apa pula ? Senaman bertentang mata dengan Nuh ke ?
"Ha ! Kenapa tu ?"
Nuh berusaha mengalihkan tangan Hana daripada terus menghalang pandangan matanya untuk menatap wajah cantik itu.
"Aku tahu aku comel. Dah dah ! Cepat, jom solat subuh mrs dimples !"
Nuh berlalu pergi meninggalkan Hana yang masih diserang rama rama itu.
"Eh wait, solat subuh ? Awak nak solat subuh ?"
Sempat Hana menghalang pergerakan suaminya itu. Nama panggilan yang digunakan suaminya dia abaikan. Isu hangat sekarang ini adalah ajakkannya itu. Bukan dia hendak memandang rendah cuma dia tak sangka pula Nuh nak ajak dia solat.
"Iyalah sayang. Solat subuhlah. Sekarangkan waktu subuh. Aku nak jadi imam kau. Tapi kau kenalah jadi makmum aku untuk sempurnakan impian itu. Tapi jangan berharap sangat tau. Aku tak pandai. Nanti kau tegurlah aku kalau ada yang salah. Bolehkan my dear ?"
"Boleh !"
Semangat Hana menjawab. Terus dia terjun dari katil untuk ke bilik air. Happynya ada orang nak imamkan solat !
![](https://img.wattpad.com/cover/285651523-288-k954760.jpg)
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...