Bab 50 - Kawan Baru

94 4 0
                                    

Hana renung wajah yang masih lena itu lama. Tangannya naik menyentuh alis si empunya yang masih tiada tanda tanda akan terjaga. Cantik ! Macam sleeping beauty. Tak berkelip Hana memandang wajah itu, sesekali senyuman terukir di bibirnya.

"Sampai bila kau nak memperkosa muka dia dengan pandangan kau tu ? Risau pula aku lama lama tembus muka dia tu."

Hana berpaling ke arah si empunya suara. Luth yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu bilik itu dijelingnya tajam.

"Jangan nak jeling jeling sangat budak kecik ! Aku korek mata kau tahulah !"

Luth naik mengugut Hana. Tangannya mengacah acah ingin mengorek keluar mata milik gadis itu.

"Suka hatilah ! Sehari tak ada orang yang menyakitkan hati tak sah ! Cakap macam berani buat je ! Bagitahu Nuh tahulah !"

Balasan diberikan. Sedikit tidak gentar dengan ancaman yang diberikan Luth. Hana bangkit ingin berjalan keluar meninggalkan ruangan itu. Semak ! Menganggu ketenteraman betullah Luth ni.

"Tepilah orang nak lalu badak sumbu !"

"Badak sumbu ?! Kau ni kan !"

Belum sempat Luth bertindak, Hana sudah meloloskan dirinya. Terkedek kedek mak buyung itu melarikan diri. Serupa penguin !

"Awak ! Jangan tengok anak dara orang lama lama ! Tak elok ! Orang tua tua kata kalau tengok lama lama nanti jatuh hati !"

Sempat Hana berkata sebelum dia menghilang di sebalik dinding dapur. Luth pula sudah menggelengkan kepala sendiri. Nasib dirilah, ada kakak ipar tapi lagi muda, perangai macam budak budak. Pintu yang menempatkan gadis tadi dia tutup rapat sebelum langkah diambil ke arah dapur.

•••

Mata digosok gosok buat seketika. Perit terasa apabila kornea mata terpaksa menerima sumber cahaya secara tiba tiba. Mata dikelipkan beberapa kali untuk memfokuskan semula pandangannya.

"Aku dekat mana ni ?"

Soalan itu serta merta terbit di bibirnya. Tempat ini terlalu asing. Dalam keadaan gelabah, pantas tangannya menarik selimut yang melindungi tubuhnya. Mata meliar melihat keadaan diri sendiri. Pakaian dia. Dah lain. Air mata mula bertakung menunggu masa untuk jatuh.

"Aku dah tak suci ?"

Dia menyoal diri sendiri. Tidak tahu mahu berbuat apa atau menyalahkan sesiapa. Tangannya mengeletar hebat. 25 tahun dia jaga kesucian dirinya dan kini semuanya lenyap tanpa kerelaannya.

Perlahan lahan segala kudrat yang tersisa dia kumpulkan. Dia perlu bangkit. Dia perlu lari. Kalau dia lemah sebegini tidak akan dapat membantunya untuk mengubah apa apa.

"Kau kuat Ara. Bangun Ara."

Dia. Ara Raina. Tiada istilah mengalah dalam hidupnya. Dugaan menimpa ibarat hujan sedikit tidak meruntuhkan dirinya. Tetapi harini, dia sedar dia manusia biasa. Kesucian diri yang diragut tanpa dia rela membuatkan sedikit sebanyak kekuatan dalam dirinya merudum jatuh.

"Bangunlah Ara."

Dia cuba bangkit sekali lagi. Memberi semangat kepada diri sendiri. Satu langkah diambil dan dia jatuh terduduk. Tangan yang masih terketar ketar menjadi tongkat untuk menolak tubuhnya kembali berdiri. Ara jatuh lagi. Perlahan lahan tanpa dia sedar jernih air mula mengalir keluar dari tubir matanya.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now