Bab 39 - Tak Akan Sendiri

118 5 0
                                    

Fakta tentang Karl adalah penculiknya masih gagal untuk Hana cerna. Segalanya terlalu tidak logik dalam akal fikirannya. Hana dapat lihat ada sedikit cahaya yang menerobos masuk ke ruang kurungannya. Cahaya mungkin bermakna ada sinar bahagia buat semua orang tetapi tidak buat Hana. Cahaya ini menandakan waktu dia bakal didera semakin dekat.

Bunyi ensel pintu tidak lagi menarik perhatian Hana. Segalanya sudah menjadi kebiasaan. Derap langkah sesorang mendekati menyebabkan Hana mendongak untuk melihat. Derapan langkah yang hanya satu itu menyebabkan dia tertarik. Ini bukan kebiasaan. Biasanya ada tiga atau empat langkah kaki yang berbeza akan masuk sama tapi tidak kali ini hanya satu langkah milik seseorang. Karl.

"Abang ?"

Hana tatap wajah abangnya, berharap agak ada sedikit simpati atau rasa sayang terpancar di wajah milik abangnya itu. Namun, Hana hampa. Wajah Karl tegak sahaja. Di tangan Karl ada sebuah komputer riba.

"Aku nak kau tengok ni. Hadam ! Ingat ! Bawa benda ni sampai kau mati !"

Komputer riba itu diletakkan di hadapan Hana. Sebuah video Karl mainkan. Hana yang cuba berpaling terus disekat tindakkannya oleh Karl. Kepala Hana Karl pegang kuat dan dekatkan ke arah skrin.

"Inilah apa yang kau lupa ! Kesengsaraan orang lain disebabkan kau !"

Hana lihat teliti video yang dimainkan. Nampak seperti pita rakaman cctv lama. Video berdurasi hampir 30 minit yang cukup menyeksa Hana. Video tentang memorinya yang telah lama menghilang. Jeritan ibu, jeritan ayah, jeritan abah dan jeritan semua orang yang berada di situ. Darah memercik di mana mana. Orang orang asing berpakaian gelap menyerang keluarganya dan di sisi lain Hana dapat lihat dirinya yang dahulu. Penakut. Menyorok dan melarikan diri meninggalkan semua orang dan menyebabkan semua orang terkorban.

"It's your fault Hans and Aisyah. You guys shouldn't hide her. It's a rule. Daughters must died and only sons can stay alive."

Itulah kata kata yang dapat Hana tangkap keluar dari bibir seorang wanita bertubuh sedikit gempal dalam pakaian dress merah terang. Perkara terakhir yang Hana dapat lihat dari pita rakaman itu adalah tubuh ibu dan ayahnya yang rebah menyembah bumi dan darah pekat likat keduanya yang mengalir mencemari jubin putih bersih rumah lamanya.

"Kalau sahaja kau dilahirkan sebagai lelaki pasti semua ini tak terjadi ! Kalau sahaja kau lahir setelah queen mati pasti semua orang masih hidup lagi termasuk abah dan mummy aku !"

Karl berkata seiring dengan tangannya laju menghempas gelas kaca di dalam bilik itu. Berselerak serpihan kaca memenuhi lantai ruangan bilik kurungan Hana. Pantas sahaja selepas itu Karl mengambil langkah berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh ke belakang untuk melihat seseorang yang dia pernah gelar sebagai 'adik' pada suatu ketika dahulu. Itulah rule the red queen. Sama seperti kehidupan lebah, hanya seorang ratu layak untuk hidup. Selagi ratu yang satu tidak mati, ratu lain tidak mempunyai hak untuk hidup dan memerintah.

"Salah ke kalau aku pilih jalan untuk bahagia ? Nama aku Hana membawa maksud kebahagiaan, tapi kenapa bahagia tak pernah ada untuk aku ?"

Hati Hana berbisik duka. Tubuhnya perlahan lahan melorot jatuh. Serpihan memorinya yang hilang kian bercantum. Kini segalanya menjadi logik. Patut sahaja Karl benci akan dirinya. Hana renung tajam salah satu serpihan kaca sebelum dia capai dan genggam erat. Hana cantumkan kepala lutut dengan kepalanya, air mata berterusan mengalir deras.

"Maybe, it should end like this ?"

Hana soal hati sendiri. Dia tak kuat. Dia lemah. Kepalanya sakit menerima segala fakta yang telah lama dia lenyapkan. Air matanya juga memberikan kerjasama untuk menunjukkan bertapa lemahnya seorang Lydia Hana.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now