Ruangan yang pada asalnya padat dengan sofa dan meja kini mula lapang. Belon bercampur warna merah dan biru gelap mengisi ruangan kosong itu. Jangan ditanya mengapa bukan biru cair serta merah jambu yang digunakan, puas sudah bergaduh hanya angkara pemilihan warna.
"Muffin dah sampai ke ?"
Pergerakkan semua yang berada di situ terhenti seketika. Kepala masing masing kini fokus ke arah Puan Zara yang baru sahaja melemparkan pertanyaan sebentar tadi.
"Belum mama, kejap lagi agaknya."
Hana yang sedang duduk memerhati keadaan menjawab pertanyaan. Puan Zara angguk sikit kepala tanda penerimaan ke atas jawapan itu.
"Kenapa tak buat belon yang meletop letop tu Ma ? Barulah gempak !"
Cavin mencari topik perbualan baru. Belon yang menghampiri kakinya dia sepak jauh. Dari tadi dia usaha untuk mengikat belon itu namun belon itu langsung tidak mahu memberikan kerjasama. Kesudahannya dia lempar sahaja semua belon menyerahkan yang lain untuk menyelesaikan saki baki tugasannya.
"Kamu ni Cavin, cuba belajar jimat sikit. Buat macam tu tak ada manfaat pun tahu ?"
Cavin tayang muka tidak berpuas hati. Dia sudah berangan macam macam dah tadi, tetapi segala angan angan itu terus lenyap apabila Puan Zara dan Hana hanya memilih muffin sebagai 'gender reveal' mereka.
"Murah ke mahal ke, gempak ke biasa biasa je ke, yang korang nak sangat tahu jantina anak aku je kan ? Jadi yang lain tu ke tepikan je la. Kau ingat muffin tu murah ke ? Sebiji kecil tu RM 5 kau tau ? Sedap pun sedap untuk makan."
Nuh yang sedang menggantung banner berwarna hitam yang tertulis boys or girls dalam tulisan gold itu berkata. Pada dia logik juga pemilihan yang dibuat oleh ibu dan isterinya. Pembaziran kurang berlaku. Lagipun ini antara mereka sekeluarga sahaja.
"Muffin dah sampai !"
Terkedek kedek Isaac dan Adam membawa 4 kotak yang dipenuhi muffins itu. Hana tinjau sedikit melihat hasil rupa kek mini itu. Nafas lega dia lepaskan, nasib baik cantik. Ada icing bewarna seperti pelangi di atas setiap kek mini itu. Kepala Hana angkat pula melihat sekeliling.
"Tak cantik la !"
Hana cemberut sedikit. Kurang berpuas hati dengan hasil 'kanak kanak riang' yang lebih tua daripadanya. Sungguh dia tidak suka !
"Kenapa ni sayang ? Kan dah siap dah ni ? Cantik je abang tengok."
Nuh merapati isterinya. Dia berdiri bersebelahan dengan Hana. Tangan disilangkan sambil mata menatap sekeliling melihat hasil tangan dia dan adik beradik.
"Tak cantik ! Dah serupa warna bendera negeri Johor awak tahu !"
Semakin memanjang muncung Hana. Sikit lagi dia mahu menangis. Dia sudah kata dah warna ni tidak sesuai. Tetapi mana mungkin dia seorang mahu melawan sekumpulan lelaki yang keras kepala.
"Jangan macam ni wifey. Kan dah siap ni. Kesian semua orang penat."
Nuh berusaha memujuk lagi. Dia rangkul bahu Hana mendekatinya. Tak dinafikan yang tona warna yang mereka pilih kurang menyenangkan mata tetapi masih boleh diterima mata. Kan ? Hana perhati sekeliling, melihat masing masing tersandar kepenatan dengan peluh membasahi tubuh masing masing akhirnya dia sendiri redha.
"Tukarlah baju korang ! Kejap lagi kita ambil gambar sama sama dengan makan muffins ! We will see who's the lucky person !"
Sekelip mata semua orang menghilang dan kembali dengan pakaian baru yang kemas. Beberapa keping gambar diambil menggunakan timer pada kamera dslr berjenama Canon itu. Pelbagai gaya dilakukan dan gaya terakhir adalah semua memandang ke arah Hana selaku watak utama pada hari ini. Memori yang tidak akan mampu diulang dan dibeli.
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romance| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...