Bab 34 - Nuh

142 5 0
                                    

"Kenapa awak lambat ?"

Dalam esakkan Hana berkata. Dia cuba sedaya upaya menahan diri daripada nampak lemah di hadapan Nuh. Sekarang ini dia nak merajuk bukan nak menangis. Air mata dia tahan seratus peratus daripada jatuh ke bumi.

"Rindu ke ?"

Nuh membalas soalan Hana dengan soalan yang baru. Gadis ini kini berada dalam dakapannya. Berdiri melihat pemandangan pantai yang menenangkan bersamanya. Sungguh dia rindu sangat pada Hana. Cuma dia sengaja seksa jiwa sendiri membiarkan Hayden terus mengawalnya.

Hana diam sahaja. Mempermainkan hati mereka berdua. Dia tidak mahu menjawab soalan Nuh itu. Sebenarnya jawapannya memang sudah pasti iaitu dia sangat sangat rindukan Nuh. Kalau benar dia tidak rindu, tiadalah dia menangis tiap malam ketika ingin tidur hanya kerana mahu Nuh berada di sisi dan memeluknya ke alam mimpi.

"Kau tahu tak aku rindu kau sangat sangat, wifey."

Nuh berbisik di telinga Hana pelukkan dia makin eratkan. Tidak mahu melepaskan Hana pergi untuk sekali lagi. Tidak lagi. Cukuplah sekali saja dia biarkan gadis itu melangkah keluar dari hidupnya.

Ombak terus terusan menampar pasir pantai. Bunyi deruan ombak sangat menenangkan. Buih buih yang terhasil daripada tamparan ombak kelihatan cantik dan bersih. Angin bertiup ke arah merpati dua sejoli.

"Waktu kau pergi aku macam hilang segalanya. Aku kejar kau tapi kau tak kembali kepada aku."

Bicara dimonopoli oleh Nuh. Nada suaranya semakin lama semakin tenggelam. Hana terus terusan diam menghayati pelukkan hangat Nuh. Pelukkan yang sangat dia perlukan dan sangat dia inginkan. Hana dapat rasakan bahunya semakin basah. Dia mendongak memandang langit, tiada awan gelap selain langit yang gelap bertemankan cahaya bulan dan bintang dan tiada tanda tanda hujan bakal membanjiri bumi. Jadi air apakah yang membasahkan bahunya ? Seketika dia terdengar esakkan perlahan seseorang. Hana cuba berpaling tetapi Nuh lebih pantas mengambil tindakan.

"Jangan pandang aku malu."

Dalam esak tangis, suaminya ini masih cuba mempertahankan kedudukan si ego. Hana keraskan badan dan berpaling menghadap Nuh. Tubuh lelaki itu ditarik ke dalam dakapannya. Hana labuhkan kepalanya di dada bidang Nuh. Terdengar irama jantung yang menandakan suaminya ini masih diberikan nikmat kehidupan.

"Saya rindu awak juga. Rindu sangat sangat."

Akhirnya Hana meluahkan rasa. Sungguh rindu itu hanya milik Nuh seorang saja. Rindu itu membunuh bunuh dan mencincang lumat dirinya. Mungkin mulai hari ini rindunya akan terbahagi kepada dua, rindu terhadap Nuh dan rindu terhadap Hayden. Tetapi tahap rindu itu akan kekal sama cuma menjadi dua kali ganda.

"Saya pernah terfikir yang awak dah tak nak saya. Awak betul betul dan buang saya dan awak sungguh sudah benci terhadap saya sebab itu awak tak kejar saya. Rupanya buruk sangka saya terhadap awak semuanya salah. Awak kejar saya sehingga hampir kehilangan nyawa sendiri."

Air mata yang dia tahan dari tadi akhirnya merembes keluar, membasahi keseluruhan baju bahagian dada Nuh. Tangan Nuh naik mengusap lembut kepala Hana yang berbalut tudung belakang tubuh gadis itu ditepuk perlahan cuba memujuk gadis kecilnya daripada terus terusan menangis.

"Shhh... Berhenti menangis wifey. Kan aku dah balik ni ? Nanti aku tukar tempat dengan Hayden lagi kalau kau tak berhenti menangis."

Dalam memujuk sempat Nuh selitkan ugutan. Hana yang mendengar perkara itu terus mendongak memandang Nuh. Air mata dia kesat semuanya. Dia menolak sedikit tubuh Nuh agar menjauhinya.

"Awak boleh pulangkan Hayden semula ke ?"

Hana bertanya tanpa ada riak bersalah. Dia betul betul ingin tahu jawapannya. Betul ke Hayden dan Nuh boleh tukar tukar tempat sesuka hati mereka ?

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now