Bab 40 - Kita

132 5 0
                                    

Seragam hitam legam di sarung ke tubuh masing masing. Topi diperbetulkan sedikit. Earpiece disangkut pada telinga. Sarung tangan dipakai rapi. Semua sudah bersedia untuk memulakan operasi black shadow yang dianggotai oleh the masters, bodyguards dan juga Qayyum bersama anggota Hidden Blue iaitu sebuah skuad rahsia di dalam sang saka biru. Mereka semua sudah bersedia. Bangunan lama yang usang dan berlumut itu dipandang tajam. Benci.

"We go first and Qayyum, you can take the rest. Do wait for my instructions."

Sejurus menjatuhkan arahan. Masing masing mula beralih ke tempat yang ditetapkan. Hud mula melangkah pergi ke arah salah satu bangunan berhampiran dan Luth pula sudah berada di atas salah satu pokok tinggi menyelaraskan sniper ke arah bangunan di hadapannya. Isaac dan Harris juga berada dalam bangunan yang sama dengan Hud, mereka mula memasang segala jenis peralatan yang digunakan seorang hacker. Adam, Mark, Cavin dan Nuh melangkah bersama memilih serangan secara berhadapan. Jeremy, Mateen, Zack dan Eydan pula memilih jalan belakang. Mereka semua mengepung bangunan itu.

"So relax, I like."

Harris berkata seraya bibirnya membentuk satu senyuman sinis. Dari kejauhan dapat dilihat beberapa orang suruh the red queen sedang bersantai dengan rokok terselit di antara dua jari. Asap berkepul kepul juga dapat dilihat dikeluarkan dari bibir dan hidung masing masing. Santai tanpa sedar ada badai yang bakal sampai.

"Don't joke around."

Mark pantas menegur Harris. Bukan boleh dibiar Harris ni nanti mulalah yang bukan bukan dia buat.

"Kau ambil yang kanan, aku ambil yang kiri."

"Tapi aku nak yang kanan. Besar lagi dari yang kiri. Barulah nampak aku ni kuat."

Ruangan earpiece sekali lagi dipenuhi dengan suara dua orang manusia. Kali ini perbualan antara Adam dan Cavin bergaduh memilih musuh yang bakal mereka lawan pula. Adam mahu salah seorang musuh yang berbadan tegap dengan kulit hitam manis tetapi Cavin pula tidak mahu mengalah, mahu bertarung dengan orang yang sama.

"Stop guys. One more stupid fight, I'm going to kill you all."

Suara tegas milik seseorang menyentakkan hati mereka. Suara yang dijangka tidak mungkin akan kembali. Suara yang mereka fikir telah hilang dibawa pergi.

"Prince ?"

Serentak masing masing berbicara. Peluh sejuk mula mengalir di dahi masing masing dan semua menjadi gerun. Lebih gerun daripada menghadapi musuh.

•••

Hempasan pintu melenyapkan lena Hana. Matanya cuba difokuskan untuk melihat gerangan yang menganggu lenanya. Matanya kini tertacap jelas ke arah dua orang lelaki bertubuh tegap yang sedang berdiri tegak di muka pintu seakan akan memberi laluan kepada seseorang.

"After you our queen."

Bicara itu datang daripada bibir kedua duanya. Perkataan 'queen' itu menarik perhatian Hana. Kini matanya pula difokuskan ke arah laluan kosong yang bakal menjadi laluan masuk seseorang.

"Hi, how are you ?"

Ya. Soalan bodoh. Soalan yang dilemparkan oleh seorang wanita tua yang kelihatan serupa dengan yang berada di dalam pita rakaman yang diberikan oleh Karl tetapi wanita ini kelihatan jauh lebih tua dimamah usia.

"Karl really did a good job and he did keep his promise. Bravo !"

Tanpa pamitan kedua dua pipi Hana wanita itu cengkam. Pantas sahaja tangan Hana menepis tindakkan wanita tua itu. Akibatnya, kedua dua belah pipinya menerima tamparan keras.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now