Bab 6 - Meet

182 13 0
                                    

"Macam mana kamu boleh kenal dengan budak perempuan tu ? Papa tak rasa kamu semua ni ada kawan perempuan."

Satu persatu wajah anak lelakinya ditatap. Yela tertanya tanya juga hati kecil Tuan Zayne. Tak pernah pernah dia dengar gosip atau melihat mana mana anaknya ada keluar dengan gadis. Ni tiba tiba bawak balik je, hairan juga dia. Mana dikutip agaknya. Haihlah anak.

"Sebenarnya..."

Bermula la kisah dari awal sampai akhir. Cavin juga tak lupa berkata mengenai fakta yang Hana mampu membuka pintu The H dan bapa mereka...

"WHATTTT ?!"

Terkejut beruk Tuan Zayne mendengar perkara itu. Hampir tergolek dia dari kerusi akibat terkejut setelah mendengar cerita anak anaknya. Ini bukan perkara normal. Ini juga bukan suatu berita yang boleh dia raikan.

"Boleh saya tahu nama penuh awak siapa ?"

"Nama saya Lydia Hana binti Hans Lewis."

Tersentak seketika hati Puan Zara mendengar nama penuh Hana.

"Hanim, Hans, aku dah jumpa anak korang. Tak sangka selepas 15 tahun kes itu, akhirnya dia dah kembali."

Bicara hati Puan Zara. Air mata mula bertakung di tubir mata. Tak disangka olehnya setelah bertahun tahun sejarah hitam itu berlaku, harini dia telah temui satu satu amanah yang ditinggalkan sahabat baik mereka. Amanah yang paling berat dalam hidupnya.

"Boleh aunty peluk Hana ?"

Laju sahaja Puan Zara menarik Hana ke dalam dakapannya tanpa menunggu persetujuan daripada Hana. Hana sedikit terkedu dan tertanya tanya apa yang sedang berlaku. Hana dapat merasakan bahunya basah dan badan Puan Zara terhinjut.

"Puan... Kenapa puan menangis ni ? Ada apa apa yang menyedihkan hati puan ke ? Atau ada kata kata saya yang menggurid hati puan ?"

Hana mengusap perlahan belakang tubuh Puan Zara. Mana tahu dengan cara ini dapat membantu meredakan tangisan wanita itu.

"Bapa awak Hans Lewis, ibu awak Aisyah Hanim kan ?"

Hana tersentak macam mana Puan Zara boleh tahu. Perlahan Hana mengangguk. Walaupun diulit rasa curiga tetapi untuk apa dia berbohong. Kalau itu dah memang kenyataan yang dia anak kepada kedua dua nama yang disebut itu. Dua manusia yang hanya tinggal nama tiada lagi wujud di dunia. Hatinya sebak memikirkan hal itu.

"Macam mana Puan tahu ? Puan kenal ke ibu dan ayah saya ?"

"Alhamdulillah jadi betul lah, ya Allah terima kasih. Hans dan Hanim sahabat baik kami. Lepas kejadian dulu, kami cuba jejaki Hana tapi gagal. Tak sangka takdir menemukan kita begini. Jangan panggil saya Puan, panggil saya mama. Mulai harini Hana anak mama."

Tiada apa yang mampu dia gambarkan ketika ini. Bagilah dia kertas dan pensel pun belum tentu dia dapat gambarkan bertapa gembiranya dia. Gadis yang sudah ditunggu lama kepulangannya akhirnya tiba.

"Siapa keluarga Lewis tu papa, mama ?"

"Apa kepentingan mereka ?"

"Kenapa Hana tu penting ?"

"Kenapa papa dengan mama terkejut sangat bila jumpa Hana ?"

"Kenapa mama sampai menangis bila tahu yang Hana tu dari keluarga Lewis ?"

"Wahai anak anak kesayangan yang tak berapa nak disayangi. Satu satu la. Stop stop. Lewis tu sahabat baik keluarga Hegler. Tapi salasilah keluarga Lewis dikatakan tamat selepas ibu bapa Hana dan juga Hana meninggal dunia. It's not a normal case. They had been murdered and until now the case still unsolved. Pembunuh tu masih gagal dijejaki."

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now