"Awak nak bawa saya ke mana ni Hayden ?"
Pagi tadi, Hana menerima satu mesej daripada Hayden menyatakan yang dia akan menjemput Hana selepas subuh. Kalau Hana berdegil dia gegar rumah Hana. Tahu ugutan Hayden memang akan dia buat Hana mengalah.
"Aku tengah culik kau, macam yang aku kata."
Belum sempat Hana membebel. Kepalanya rasa berpinar. Dia urut perlahan pelipis kepalanya. Makin lama makin sakit. Mengingatkan air yang diberikan Hayden membuatkan Hana rasa nak maki diri sendiri.
"Sleep tight Lydia."
Itulah kata kata terakhir yang Hana dengar sebelum matanya terpejam rapat. Dunianya gelap, kalau boleh biarlah gelap selamanya. Tak perlulah dia hadap Hayden lagi.
"Hayden ! Awak dah gila ke ? Lepaskan sayalah !"
Hana meronta ronta di atas kerusi yang menjadi tempat Hayden mengikatnya. Dia tak pernah jangka lelaki ini akan jadi segila ini. Takda angin takda ribut dia tiba tiba kena culik.
"No way baby girl. Kau terlalu jual mahal dengan aku. Paksa atau rela I will make you mine !"
"Gila ! I won't be yours. Never !"
Yakin ya Hana berbicara. Padahal dia dah memang milik Nuh pun. Tapi betul juga apa yang dia kata dia milik Nuh bukan milik Hayden.
"Yes, you will, my bride ! Or should I say you're my wife ? Nuh's precious wife ?"
Terkejut dengan kenyataan yang baru diungkapkan Hayden. Tetapi dia tak boleh cepat melatah. Kalau salah cakap mungkin Hayden akan mengamuk.
"Kenapa awak culik saya Hayden ?"
Hana menyoal perlahan. Mengabaikan kata kata yang baru dilontarkan Hayden.
"Because no one will never let you be mine. So, instead asking them politely, I choose to kidnap you !"
Jari telunjuk Hayden arah tepat ke wajah Hana. Wajah Hayden tidak menunjukkan sebarang riak. Hanya ada ketegasan sahaja.
"Tapi awak tahukan dengan cara memaksa tak akan buat saya jatuh cinta dengan awak ! Jadi, tolong lepaskan saya ! Saya bukan patung yang boleh awak kurung dan gunakan sesuka hati !"
Suara Hana naik satu oktaf. Dia yakin kini pergelangan kaki dan tangannya sudah berbirat sebab dia tak duduk diam dari tadi. Dia dapat rasa kesakitan di bahagian ikatan ikatan yang Hayden buat.
"Aku tak nak sakitkan kau, Lydia ! Just stay still ! As soon as you become my wife, I will let you go."
Kenyataannya walaupun selepas Hana jadi isteri dia, Hayden tetap tak akan lepaskan Hana. Dia perasan bertapa rapatnya Hana dengan adik beradik lelakinya yang lain. Gadis ini aura dia berbeza. Jadi, Hayden nak simpan dia hanya untuk dia seorang je. Biar dia kurung Hana sampai bila bila.
"I won't Hayden ! Never ! Awak tak takut ke adik beradik awak marah ?!"
"Untuk memiliki kau, I will do everything. Termasuk sakitkan hati adik beradik aku ! Alang alang kau tu isteri Nuh. Apa salahnya aku gunakan kau untuk sakiti dia. Selagi Nuh tak rasa apa yang aku rasa, kau jangan pernah mimpi aku akan lepaskan kau !"
Hana pandang Hayden lama. Soket matanya mula menakung air. Terkejut dengan jerkahan yang dilakukan Hayden.
"Nuh tak pernah sakitkan saya, dia lebih baik daripada..."
Belum sempat Hana habiskan bicaranya, sesuatu yang lembut dan hangat hinggap di atas bibirnya. Dia terkaku, terkelu dan terkedu.
"Your lips are too dry."
YOU ARE READING
Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️
Romantizm| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama antara mereka berdua kecuali hidup dikelilingi musuh. Sesuatu dari masa lampau juga telah mengikat m...