Bab 14 - Rumah 'aku'

180 12 3
                                    

Selepas melalui jalan jalan yang hanya ada pokok getah disekelilingnya, akhirnya, mereka tiba di hadapan sebuah pintu gerbang besar berwarna hitam dan emas. Pintu itu  automatic terbukak sebaik sahaja kereta Nuh berhenti dihadapan pintu gerbang itu. Kereta Nuh menyusur masuk ke tempat parking.

"Cantiknya."

Sepatah perkataan keluar dari mulut Hana. Nuh memandang sekilas ke arah isterinya.

"Mestilah rumah aku kot."

"Mana satu yang awak punya ?"

Hana melihat sekeliling tanah luas itu. Dari tempat parking lot itu, Hana dapat melihat beberapa buah rumah. Besar besar semuanya, cuma tak sebesar rumah Tuan Zayne dan Puan Zara. Setiap rumah memiliki dua tingkat dan di atasnya dapat dilihat seakan akan terdapat loteng. Rumah rumah ini tidak sesuai dikategorikan dalam kumpulan rumah tetapi kesemuanya layak digelar sebagai mansion !

"Itu aku punya. Yang lain tu adik beradik aku punya."

Jari Nuh lurus menunjuk ke arah sebuah rumah yang berada ditengah tengah. Rumah itu bewarna biru pekat. Sangat cantik. Tapi sedikit menakutkan. Look like a haunted house. Dari bawah Hana dapat melihat terdapat kolam renang di bahagian balkoni rumah itu.

"Jom masuk."

Nuh mengajak Hana mengikutinya ke dalam rumah. Nampak isterinya itu seakan akan pegun selepas melihat rumahnya itu. Perlahan Hana mengekori Nuh. Dia dapat melihat Nuh melekapkan tangannya di atas sebuah plate kaca yang terlekat pada pintu separuh besi dan kayu itu. Perlahan pintu itu mula terbuka.

"Rumah ni tak boleh diakses orang lain selain aku. Jadi, nanti aku akan tambah maklumat kau supaya kau boleh keluar masuk rumah ni tanpa bantuan aku."

Hana hanya menanggukkan kepala atas penjelasan Nuh itu. Dia sedikit kagum dengan teknologi teknologi di rumah itu.

"Atas tu semuanya bilik. Bilik aku yang dihujung sekali. Kau pilihlah mana mana bilik tapi bukan bilik disebelah bilik aku tu. Aku tak benarkan kau masuk ke situ. Faham ?"

Hana memandang ke tingkat dua yang tersusun beberapa buah bilik. Kemudian matanya beralih ke arah bilik Nuh yang berada dihujung bahagian kanan dan bilik di sebelahnya.

"Faham. Tapi kenapa ?"

Hana menyoal perlahan. Pelik pelik sahaja permintaan suaminya ini.

"Kau tak perlu tahu dan kau tak layak tahu. Barang barang kau semua dah ada kat atas. Nanti pandai pandai sendiri la bawak masuk bilik yang kau nak."

Itu sahaja kata kata yang ditinggalkan Nuh sebelum dia lenyap dari pandangan mata Hana. Bilik di hujung sekali bahagian kiri dituju.

"Kalau tak boleh duduk dekat, aku duduk jauh teruslah. Aku pun bukanya teringin sangat duduk dekat dekat dengan dia."

Hana berkata sambil menyeret bagasi bagasinya itu ke arah pintu bilik yang bakal dihuninya. Bilik dia dan Nuh dipisahkan oleh tiga buah bilik yang lain. Jadinya, total bilik di tingkat ini adalah lima buah bilik.

Makanan yang siap dimasak dihidangkan. Nasib baik rumah Nuh penuh je barang basah dan barang kering. Kalau takda semua tu jenuh juga Hana nak kene fikir macam mana nak ajak Nuh keluar. Takut kena marah. Dari kejauhan Hana dapat melihat Nuh yang sedang menuruni tangga.

"Aik duduk rumah pun pakai baju berkolar ke ? Bukan main smart lagi."

Hana menyoal diri sendiri. Sempat dia pandang pakaian sendiri. Hanya t-shirt bewar soft purple dan tracksuit tersarung di tubuhnya. Nuh yang telah sampai ke anak tangga terakhir terus berlalu ke arah pintu rumah.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now