Bab 49 - Dia

86 6 0
                                    

Malam itu, hujan membasahi bumi setelah hampir seminggu berdiam diri. Langit gelap tanpa hiasan bulan dan bintang. Gelap yang pada asalnya hanya untuk langit kini berpindah kepada dirinya.

"Tolong... Ya Allah kalau Kau ada, tolong aku."

Air matanya kini bersatu bersama titisan hujan yang semakin deras. Tubuh yang sakit akibat laju titisan hujan menghempas tubuhnya tidak sesakit situasi yang dia perlu hadap ketika ini.

"I got you ! Hye baby !"

Bagai mahu luruh jantungnya apabila mata itu bersambung dengan matanya. Dunia dia, hilang, lenyap. Satu persoalan mula muncul di hatinya. Kenapa tuhan tak tolong aku ?

"Lepaslah setan !"

Pergelangan tangannya ditarik kasar oleh manusia bertopengkan syaitan itu atau lebih baik dipanggil syaitan bertopengkan manusia. He's not human. He's satan.

"Makanan terhidang tak akan aku tak nak makan. Sikit je sayang. Tak rugi apa pun."

Tubuhnya mula ditindih tanpa belas kasihan. Rontaan demi rontaan dia lakukan. Syaitan itu semakin galak, dia mula melepaskan setiap ciuman jijiknya di serata tubuh si gadis. She's hopeless.

"Tepilah !"

Dengan kudrat yang tertisa, heels yang tersadai di tepi dia capai dan dia layangkan sekuat hati ke kepala pemangsanya.

"Bodoh !"

Kepala yang diketuk mula mengalirkan darah. Mata tajamnya menikam semula si gadis di bawah taklukannya. Tanpa menunggu lama si gadis bertindak melayangkan satu sepakkan kuat seperti Christiano Ronaldo tepat ke celah kangkang milik syaitan itu.

"Kau... Tak guna..."

Si syaitan mula kesakitan. Semoga sahaja keturunan kau terus putus selepas ini ! Manusia seperti kau tak layak punya keturunan. Langkah dia hala tanpa tujuan. Laju dan semakin laju tanpa menoleh ke mana mana.

Bukkk...

Tubuhnya yang sedia ada lemah terus rebah ke bumi. Dia cuba berundur. Dipaksa tubuhnya bergerak. Sakit jalan tar yang mencabik cabik isi pehanya dia abaikan.

"Are you lost little lady ?"

Lelaki itu mula bertindak mencapai tangannya dan dia pula bertindak menepis kasar. Semakin dia mencipta jarak semakin lenyap jarak itu. Si lelaki semakin mendekat dan mendekat sehinga mata mereka terus bersambung. He's not him. Mata itu dingin seperti musim salju. Tanpa menunggu sesaat, dunianya terus gelap.

"Kau bunuh dia ke gila ? Aku baru tinggal kau berapa saat, kau dah bunuh orang ya."

Harris yang muncul entah dari mana terus menyapa. Dia kekalkan jaraknya di kawasan yang berbumbung. Tidak mahu titisan air hujan membasahi diri. Aiskrim pudina yang mula mencair di tangan dia jilat pantas. Pada dia hujan hujan sedap makan aiskrim.

"Don't ask stupid question Harris Haidar. Kalau tak kau yang aku bunuh dekat sini. Pergi masuk kereta cari kain tuala."

Jelingan tajam si mata biru hadiahkan. Luth Rayden Hegler, kembar ketiga Nuh dan Hud. He can hear and laugh at your silly joke. He can play around and teasing people but never ever looking down or underestimate him. Once you touch his beloved ones, he can be the most cruel and rude person you ever met in your life. His eyes kills people.

"Nah."

Harris masih kekal berdiri di bawah bumbung. Tangannya sahaja yang dipanjangkan menghulurkan kain tuala kepada Luth.

"Kau betul nak mati malam ni ke Harris Haidar ? Bagi tu dekat sikitlah ! Kau ingat tangan aku panjang macam galah ke ?"

Luth tenung tajam si adik. Harris masih kekal berdiri dengan satu tangan menghulurkan tuala dan satu tangan lagi sibuk menguruskan aiskrimnya.

Rewrite||The Lady's Protectors|| ✔️Where stories live. Discover now