CHAP 1

301 6 0
                                    

Haider menyalam tangan Tok Puan. Mereka akan berangkat ke Malaysia untuk meninjau syarikat induk milik keluarga Haider di sana. Haider akan ditemani oleh Elaine, pembantunya.

"Please take care, Tok Puan" kata Haider.

"You also my grandson. Jangan lupa kalau balik nanti, bawa balik terus isteri dari Malaysia" gurau Tok Puan.

Haider hanya menggangukkan kepalanya.

"Anything, just call me.. okay?" Kata Haider kepada Tok Puan.

"I will be good. Don't worry" kata Tok Puan.

Sophie hanya melihat Haider. Dia membesar dengan Haider. Menipu jika dia tidak menyimpan perasaan kepada abang angkatnya ini.

"Make sure jaga Tok Puan. Sophie" kata Haider.

Sophie memeluk Haider. Dia tidak sanggup berpisah.

"I love you Haider" bisik Sophie di telinga abang angkatnya.

Haider membalas bisik ke telinga Sophie.

"It's not gonna happen Sophie. Whenever it is, i'm your brother" kata Haider, tidak mahu Sophie terus hanyut dibuai perasaan  yang hanua berpihak kepadanya.

Sophie menangis. Sakitnya ditolak cintanya.

"Why are you crying Sophie?" Kata Tok Puan.

"No... I just gonna miss Abang Haider" kata Sophie, menipu.

"Come here" kata Tok Puan.

"Okay, kami nak bertolak dah. Jaga diri semua" kata Haider.

Di kapal terbang milik keluarganya.

"Master. Are you okay?" Kata Elaine.

"Just fine. And can't wait to see that girl" kata Haider dengan senyuman sinisnya.
********

Lia mengikat rambutnya. Hari ni pejabat mereka akan kedatangan bos sebenar syarikat ini.

Syarikat ini mempunyai banyak cabang di seluruh negara khususnya di Asia. Syarikat utama mereka beroperasi di UK. Lia juga salah seorang yang baharu sahaja memulakan kerjanya di syarikat tersebut.

Bagaimana dia tahu mengenai syarikat itu? Sebelum memohon kerja, dia menelaah semua mengenai syarikat ini. Tiada yang tertinggal.

"Lia... Cepatlah" seru Yna dari bawah.

Lia menuruni anak tangga.

"Kau ni lah kan... Sabar sikit boleh tak?" Kata Lia.

Manakan Yna boleh bersabar. Heboh di group wassap akan kedatangan bos besar mereka.
******

Mereka mencari parking.

"Eh.. Lia.. Lia turunkan aku dekat sini. Sakit perut lah. Kau cari parking ye" kata Yna terus keluar dari kereta.

Lia berdecit kegeraman. Terlalu excited untuk berjumpa dengan bos besar mereka.

"Entah-entah tua keropot tak bos kita tu. Hahahha, Yna.. Yna" kata Lia.

Setelah meletakkan kereta. Lia menuju ke bangunan.

Dia menapak ke dalam lif. Sedang ingin tertutup lif itu, lif itu terbuka kembali kerana ada orang ingin masuk.

Lia hanya merenung siapa yang akan masuk.

Terkejut dia apabila ketua bahagian Lia, seorang lelaki tinggi lampai, berkulit sawo matang dan rambut keperangan serta seorang perempuan yang tingginya seperti model masuk ke dalam lif tersebut.

"Aahhhh... Lia.. rezeki awak di awal pagi. Ini saya nak kenalkan inilah bos syarikat kita. Tuan Haider dan pembantunya Elaine." Kata Encik Azim.

Lia hanya menundukkan kepalanya tanda hormat, gugup dia seketika.

"Apa pula tunduk-tunduk kepala ni. Ni bukan negara Jepun. Shake hands, Lia" arah Encik Azim.

Lia menyerahkan tangannya kepada bos syarikat mereka. Hansem juga.

"Saya, Lia Ilysa. Nice to meet you. Tuan Haider" kata Lia.

Elaine sudah terkejut. Haider sudah tersenyum. Elaine terus merenung senyuman di wajah Masternya. Seakan kebetulan apabila gadis yang Master ingin jumpa, sudah di depan matanya.

Haider tersenyum, seakan takdir mempertemukan mereka. Ketika hari pertama berada di sini.

"Lia.. what a nice name. Like my friend name" kata Haider merenung mata Lia.

"Sayang muka cantik, lawa tapi hanya aku yang tahu apa yang kau buat dulu..." bisik hati Haider.

Haider belum melepaskan tangan Lia. Dia suka apabila dia sudah dipertemukan dengan orang yang ingin sekali dia jumpa.

Lia cuba menarik tangannya. Gengaman bosnya ini terlalu kuat. Entah kenapa.

"Tuan... " Panggil Elaine, menyedarkan Tuan Haider.

Haider melepaskan tangannya dan melemparkan senyuman ke arah Lia terus bercerita dengan Encik Azim.

Lia pula hanya diam menundukkan wajah. Kenapa muka ini seperti dikenalnya. Namun, di mana...?

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now