CHAP 34

202 3 0
                                    

Mereka berada di sebuah Pulau yang cantik. Sesampai sahaja Lia di sana, perkara pertama yang dibuat ialah menikmati angin laut. Sangat menyamankan.

"Suka?" Soal Haider, memeluk pinggang Lia. Lia hanya menganggukkan kepalanya.

"Kenapa Master ajak saya pergi sini?" Soal Lia.

"Sebab Abang tahu Lia suka laut. Tengok dulu dekat Bora-Bora. Lia minat laut kan?" Soal Haider.

"A ah.. macam dah lama Lia tak bercuti. Asyik kerja je.." kata Lia.

Haider mencium pipi isterinya.

"Lia... Boleh tak jangan panggil Abang, Master lagi?" Pinta Haider.

"Lia sedang mencuba lah ni... Tapi, entah kenapa panggilan Master juga yabg terkeluar. Hehehhe. Sorry" kata Lia, manja.

"Master tu mengingatkan Abang tentang perangai buruk Abang.. sangat buruk bila difikirkan" kata Haider.

"Lia nak tanya, boleh?" Soal Lia.

Haider menunggu soalan daripada Lia.

"Sejak bila Master... Err... Abang prihatin dengan Lia? Dendam Master.. eh Abang dah lenyap ke?" Soal Lia.

Haider merasakan isterinya comel apabila ingin membahaskan dirinya Abang. Lia sedaya upaya memanggilnya Abang.

"Abang belajar banyak perkara dalam tiga tahun ni. Kehilangan Lia, membuatkan Abang nak jadi gila. Apa lagi bila Tok Puan suruh bagi Lia masa tiga tahun. Nasib baik ada Puan Sally. Daripada Puan Sally lah abang tahu semuanya." Terang Haider.

"Habis... Abang masih berdendam dengan Lia?" Soal Lia.

"Abang tak nak berdendam... tapi,percayalah.. abang akan sedia upaya menjadi suami sebenar untuk Lia. Lia tak nak ada baby ke? Kita bukan muda lagi tau" usik Haider.

Bercakap pasal baby, muka Lia merah.

"Err.. Lia lapar, jom makan.." kata Lia, lebih tepat mengelak daripada berbincang mengenai perkara itu.

"Aikk... Ke malu ni?" Usik Haider.

"Tak, betul.. Lia lapar. Jom cari makan" kata Lia.
*******

Selesai mereka makan, mereka bercerita.. kebanyakkannya mengenai Tok Puan dan Sophie.

"Sebenarnya Abang ada meeting kijap dekat sini. Boleh tak Abang tinggalkan Lia sekijap?" Kata Haider.

Lia sudah muram. Baru sekijap bersama suaminya, dia sudah ditinggalkan.

Haider melihat muka Lia yang suram. Adakah Lia merinduinya.

"Why with the long face, Abang pergi sekijap jelah.. apa monyok-monyok ni. Hehehhe... Mari Abang hantar pergi bilik" kata Haider.

Dalam perjalanan ke bilik, tangan Lia masih mengenggam hujung baju Haider, entah kenapa Lia begitu.. dia pelik dengan dirinya sekarang.

Haider menghantar Lia di depan pintu.

"I know you miss me, right? I promise you that it wont be late.. come, hug Abang.." kata Haider.

Entah apa yang memukau Lia. Dia memeluk suaminya. Haider sempat berbisik di telinga Lia.

"Jangan nakal ye, sayang.." kata Haider. Haider melepaskan pelukan dan mulai meninggalkan Lia. Lia hanya memerhati gerak langkah suaminya.

Jatuh cinta kah dia kembali dengan suaminya? Dia tidak pasti.
*******

Lia sedang melayari internet dan mencipta resepi baharu. Selepas sahaja cuti tiga harinya habis. Dia akan mencuba resepi ini di bakerynya.

"Ting Tong..." Lonceng bilik berbunyi.

Lia membuka pintu dan terkejut melihat gerangan siapakah disebalik pintu.

"Elaine...." Pekik Lia.

"Puan... Sihat?" Soal Elaine?

"Sihat.. jom masuk. Mari" ajak Lia.. dia terkejut dengan kedatangan Elaine ke sini.

"Maaf Puan, ganggu Puan. Tapi, Master arahkan saya ke sini. Dia takut isteri dia bosan.." kata Elaine.

Lia tersenyum.

"Banyak benda saya nak cerita dengan awak, Elaine.." kata Lia.
********
Agak lama Elaine di biliknya... Selama tiga tahun, banyak cerita yang dikongsi oleh Elaine. Lia terkesan dengan kata-kata Elaine.

"Saya tahu Puan akan susah nak terima Master, tapi percayalah.. tiga tahun mengajar dia erti menghargai. Terutama sekali Puan. Tak pernah sekalipun, Master tertinggal untuk menghubungi Puan Sally bertanya mengenai Puan" terang Elaine.

"Saya tak tahu, Elaine. Saya takut... Takut untuk buka hati saya. Saya dah serik.. saya takut Master masih dengan dendamnya" kata Lia.

"Puan.. percayalah. Master cuma nakkan Puan. Lagipun, kalau Master masih dengan dendamnya. Master takkan cari Puan, Master takkan beli perusahaan bakery hanya untuk sokong minat Puan. Master mengotakan janjinya selama tiga tahun untuk tidak mencari Puan, kerana selepas tiga tahun. Janji Master ialah bawa kembali isterinya balik" kata Elaine.

Lia hanya terdiam...

"Tapi, saya tak boleh lupa dengan apa yang dilakukan oleh Master. Saya tak boleh lupa, Elaine" kata Lia.

"Try Puan.. saya pun tahu yang Master pun takkan maafkan dirinya atas kesilapan yang Master dah lakukan dulu." Kata Elaine.

Bunyi lonceng kedengaran di pintu.

"Mungkin Master dah habis meeting, saya minta diri dulu, Puan. Ingat pesan saya, Puan." Kata Elaine memeluk Lia.

Elaine membuka pintu dan melihat Master di hadapan pintu bilik.

"Terima kasih Elaine, temankan isteri saya.." kata Haider.

"Takpe Master... Enjoy your honeymoon" kata Elaine.

Haider menutup pintu dan melihat Lia yang duduk di sofa.

"Lia buat apa je tadi?" Soal Haider menuju ke arah isterinya, dia mengusap rambut pendek isterinya.

"Takde.. Lia tengah fikirkan resepi baharu sebenarnya. Lepas ni ada meeting lagi ke?" Soal Lia.

"Takde daa... Masa sekarang untuk sayang pula" kata Haider terus mencempung badan Lia naik ke katil.

Lia hanya menyembabkan mukanya di dada Haider.

"Let's forget and forgive. Shall we Lia Ilysa?" Soal Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now