CHAP 43

154 1 0
                                    

"Alan, kau sibuk tak ?" Soal Haider lewat telefon.

"Tak. Sebab, hari ni cuti kan. Apasal?" Soal Alan, entah pelik dia kenapa Haider menghubunginya.

"Kalau free, baguslah. Jom kita jumpa dekat kafe. Nanti aku share location. Ada suprise" kata Haider.

"Okay" sejurus itu panggilan dimatikan. Dia pelik kenapa Haider mengajaknya keluar.

Lia ketika itu bersama Sophie dan Elaine di dapur. Maria pula masih belum bangun, walaupun matahari sudah terpancar.

"Eh, abang nak pergi mana?" Soal Lia, melihat pemakaian Haider yang kasual hari ini.

"Abang nak pergi jumpa Alan kijap. Sophie, Elaine jaga Lia tau" arah Haider sambil mengusap rambut Lia.

"Abang ni.. saya bukan budak kecil mereka nak tengokkan. Abang balik lewat ke?" Soal Lia.

"Tak lah. Anyway, masak lebih sikit malam ini tau. Manatau Abang nak ajak Alan datang sini makan malam bersama" kata Haider.

"Okay. Tu... No problem. Abang jangan risau ye" kata Lia.

Haider baru sahaja ingin mengucup bibir isterinya, terhenti apabila deheman Sophie kedengaran.

"Maaf, Abang.. tapi, hormatlah sikit orang dekat sini, tengok tempat kalau nak romantik-romantik tu.." usik Sophie.

Elaine sudah terketawa. Lia pula memerah mukanya.

"Tak perasan lah korang dekat situ. Lain kali, kalau abang nak romantik-romantik dengan isteri Abang, pandang lah tempat lain" kata Haider membalas kata-kata Sophie.

"Dah tu Abang. Pergilah. Nanti Alan lama tunggu" kata Lia. Haider mencium pipi isterinya dan meninggalkan mereka.

"Sorry about the scene.." malu Lia.

"Tak pelah kak. Hahahha, dah jom masak" semangat Sophie.

"Semangat betul Cik Muda ini. Ada apa-apa ke?" Soal Elaine.

Sophie sudah tersipu malu. Lia tahu, Sophie sedang hangat bercinta dengan Alan. Sekarang, mereka sudah rancak berwasap. Lia doakan yang baik-baik untuk mereka berdua kerana dirasakan sungguh serasi apabila berdua.
********

"Ah.. apa suprise kau, Haider? Jangan cakap.. aku kena belanja kau pula?" Soal Alan.

"Eh. Kata nak jadi adik ipar terbaik. Hahahahha" gelak Haider. Dia mengetahui rahsia Sophie dan Alan bercinta melalui isterinya, Lia.

Alan termalu sedikit. Mesti Haider tahu daripada Lia. Datang seorang lelaki ke arah mereka.

"Hai.... Lama tak jumpa, sihat?" Soal lelaki tersebut.

"Weh..... Aaron... Apa khabar ?" Soal Alan, terkejut terus memeluk sahabat mereka.

"Sihat. Korang semua apa khabar, dah lama kita tak jumpa kan?" Soal Aaron.

"So, inilah suprise tu Haider?" Soal Alan.

"A ah.. inilah dia. Hahahha.. maklumlah Aaron ini kan buzy, pilot lah katakan" kata Haider, senyum.

"Lama tak jumpa korang lah. Anyway, tak terlambat aku ucapkan tahniah kepada kau Haider, tahniah dah kahwin dulu" kata Aaron.

"Terima kasih. So, who's next? Alan atau kau?" Soal Haider.

"Saya persilakan Alan lah dulu. Saya masih mencari lagi ini" senyum Aaron.
******

"Okay semua dah siap, tinggal tunggu mereka lagi" kata Lia, menyusun piring dan gelas.

Maria hanya melihat telefon. Satu kerja pun tidak ditolongnya. Sophie pula tidak gemar perangai Maria. Dirasakan Maria mem besar di rumah ini.

"Nasib ini rumah Akak Lia dengan Abang Haider. Kalau rumah saya, kak. Dah lama saya sindir orang macam ni, tau tak?" Bentak Sophie.

"Dah Sophie.. biarkan, it's okay" pujuk Lia, kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah.

"Ah.. tu mesti Abang dah balik. Jom sambut mereka" kata Lia. Sophie, Elaine mengikuti Lia, dan tidak ketinggalan Maria.

"Ahh.. Jom masuk. Sayang, Abang dah balik" laung Haider.

Lia keluar dan terkejut dengan kehadiran seorang lelaki bersama mereka. Dia pelik.

"Sini sayang, ah, Aaron. Ini aku kenalkan.. isteri aku, Lia" kata Haider sambil memeluk Lia. Maria sudah mencebikkan mulutnya. Namun, dia sedikit terkesima dengan ketampanan rupa paras lelaki yang bernama Aaron ini.

"Owh. Hai, jemputlah masuk" kata Lia, ramah.

"Lia.. saya, awak tak jemput ke?" Soal Alan mempamerkan muka merajuknya.

"Kalau Alan, suruh Sophie ajak lah. Hehehehe" usik Lia.

Termerah muka pasangan yang hangat bercinta ini.

"Sophie, ajaklah Abang Alan tu" kata Haider, sengih juga.

"Abang Alan. Jom masuk.. Sophie dah masakkan" kata Sophie, lembut.

"Sophie masak? adui, ni yang bertambah sayang ni.." kata Alan.

Terketawa semua orang di situ, kecuali Maria. Dia masih memandang wajah Aaron.
******

Lia mencendokkan nasi dan lauk kepada Haider, Aaron memerhatikan langkah Lia.

"Untung kau bro, ada bini. Disediakan semuanya.." kata Aaron, senyum kepada Lia.

"Kahwin lah bro.. cari, banyak gadis Malaysia dekat sini" kata Haider.

Maria diam. Bermakna Aaron masih bujang. Namun... masalahnya, hatinya mahukan Haider.

"Yang.. Cendokkan lah abang" manja Alan.

"Hish... Abang Alan ada tangan, cedok lah sendiri. Nanti lepas khawin, baru Sophie cedokkan" kata Sophie.

Alan merajuk. Lia dan Haider hanya tersenyum melihat kelakuan mereka berdua.
*******

"It's pleasure to meet you, Lia" kata Aaron sebelum meninggalkan mereka.

Selepas Alan dan Aaron meninggalkan mereka. Haider dan Lia duduk di ruang tamu.

"Abang nak kopi?" Soal Lia.

"Nope.. Abang nak isteri Abang.." bisik Haider di telinga Lia. Lia sudah ketawa geli kerana itu.

"Abang ni... Nakal" kata Lia.

"Biarlah" kata Haider sambil mengeletek isterinya. Ketawa suka Lia di ruang tamu itu.

Maria yang menyaksikan perkara tersebut dari luar bilik sakit hati. Bagaimana Haider boleh mencintai Lia, si tukang gaji itu.

Dia harus memikirkan strategi untuk memisahkan mereka berdua.
******

"Tok Puan, saya dah nampak orang yang Tok Puan maksudkan" kata lelaki tersebut.

"Bagus.. sekarang, pastikan dia jatuh cinta dengan kau. Okay?" Kata Tok Puan.

"Baik Tok Puan." Kata lelaki di hujung talian.

Tok Puan mematikan talian. Namun, masuk satu panggilan daripada seseorang.

"Apa lagi kamu nak, Ma'arof?" Tanya Tok Puan.

"Tok Puan... Kami nak minta maaf Tok Puan, kami akan pastikan Maria tak ganggu rumah tangga Haider" rayu Ma'arof.

"Macam mana kamu nak pastikan kalau anak kamu dah ada dekat Malaysia, Ma'arof.. Aku dah cakap kan... Jangan ganggu kehidupan cucu aku. Kenapa anak kamu degil." Pesan Tok Puan.

Ma'arof sudah terdiam.

"Saya akan cuba Tok Puan. Saya akan nasihatkan Maria" kata Ma'arof.

"Baik... Pujuk dia atau kau terpaksa ikut cara aku" kata Tok Puan terus menutup panggilannya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now