CHAP 2

248 4 0
                                    

Semua pekerja dikumpulkan. Haider sudah pergi ke arah pekerja satu persatu berkenalan dengan mereka.

Lia merasakan sesuatu, dia seakan mengenali raut wajah lelaki ini. Tapi, di mana? Lia sedaya upaya mengingat wajah bos mereka ini. Dari dalam lif dia cuba mengingati namun gagal.

Haider sudah sampai di hadapan Yna dan Lia. Yna sudah menyalam tangan bosnya. Tersenyum-senyum dia melihat bosnya yang paling hansem, sesuai dengan citarasanya.

"Lia... Lia... Bos tu" kata Yna mengejutkan Lia.

Lia tersentak. Di hadapanya bosnya merenung wajahnya.

"Maaf bos" kata Lia.

"It's okay. Tak payah kenalkan nama, Your name Lia right? Tadi kita satu lif kan?" Soal Haider, baik.

Lia hanya menganggukkan kepalanya.

Haider beralih ke arah pekerja lain.
*******

"Wehh. Kau tak bagitahu pun yang dah jumpa bos kita?" Soal Yna, tidak berpuas hati.

"Alah... Dah satu lif. Takkan tu pun nak cerita kat kau" kata Lia.

"Yalah... Mesti lah" kata Yna.

"Masalahnya, entahlah Yna. Aku macam pernah kenal dengan bos kita ni. Entah lah. Macam kenal, macam tidak. Macam pernah nampak.. " kata Lia

"Eleh kau.... Mentang-mentang lah hansem. Mula lah. Dahlah, buat kerja" kata Yna.

Lia cuba mengingati wajah itu. Yang dirasakan dia pernah nampak.
********

"Master... Anything i can do for you?" Kata Elaine.

Haider merenung gambar kedua ibu bapa angkatnya yabg tergantung di biliknya. Walaupun sudah tiada, namun dia bersyukur dia dibesarkan oleh Tok Puan. Janjinya kepada kedua ibu bapanya untuk menjaga Sophie dan Tok Puan.

"Elaine.... Can't you arrange something?" Kata Haider.

"Apa dia Master?" Soal Elaine.

"Tolong tengok budak tu. Dekat mana dia tinggal, semua pasal dia.. saya nak. Dari dia kecil sampailah dia sekarang" kata Haider.

Elaine diam...

"Maksud Master, Lia Ilysa ke?" Soal Elaine.

Haider memandang muka Elaine dan menganggukkan kepalanya.

"Baik Master. As you wish" kata Elaine.

Haider masih tersenyum.

"You gonna pay for this Lia..... " Itu kata-kata Haider.
*********

"Wehh, Lia. Sorry... kau boleh balik naik bas tak hari ni? Adik aku... Dia...." belum sempat Yna bersuara, dia sudah mulai menangis.

Lia mendekati Yna. Memujuknya..

"Yna... be strong.. Dah, kau pergi lawat adik kau tau. Kalau ada apa-apa bagitahu aku. Okay?" kata Lia. Yna baru sahaja mendapat panggilan daripada pihak hospital atas keadaan adiknya sebentar tadi. Selaku kawan, dia tidak mahu membiarkan Yna sedih.

"Thanks Lia. Aku pergi dulu ye" kata Yna.

Jam sudah menunjukkan pukul 6. Terpaksa Lia mengambil bas. Dia menunggu di stesen bas berdekatan dengan pejabatnya.

Sedang dia menunggu, tidak semena-mena, satu kereta Ferrari hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Terkejut dia. Lagi terkejut melihat gerangan yang keluar dari kereta tersebut.

"Lia... What are you doing here?" Soal Haider.

"Err.. bos, saya tunggu bas.. Bos" kata Lia, automatik berdiri dia melihat bosnya.

Haider merenung jamnya.

"Dah lewat ni, jom saya hantarkan balik. Bahaya ni" kata Haider.

Lia diam.

"Lia.. awak takut ke? Jangan lah takut. Saya ikhlas nak bantu awak ni. Kesian awak saya tengok sorang-sorang, kalau awak ada apa-apa, macam mana?" Kata Haider.

Lia menganggukkan kepalanya, bersetuju apa yang dikatakan oleh bosnya. Haider membuka pintu penumpang untuk Lia.

Setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta. Haider terperasankan sesuatu.

"Lia.. buckle up your seatbelt" arah Haider.

Tersentak dia. Baru sahaja dia mahu menarik, Haider lagi awal menarik tali pinggang, tersentuh tangan mereka. Malu dirasakan oleh Lia.

"Shall we?" Soal Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.
**********

"So, Lia... Awak ada berapa orang adik beradik? Mak dengan ayah ada lagi ke?" Soal Haider.

"Err.. saya anak yatim piatu, Bos. Takda mak dengan ayah, adik-beradik pun takda. Cuma, ada keluarga ambil saya dulu di rumah anak yatim. Mereka yang besarkan saya. Tapi, mereka pun dah meninggal tahun lalu" kata Lia, sedih.

"Sorry..." Kata Haider.

"No, it's okay Bos. Saya okay je.. Hehehe, anyway, Bos.. saya nak tanya sesuatu, boleh?" izin Lia.

"Tanyalah..." kata Haider tenang memandu.

"Muka bos ni saya macam pernah nampak lah. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Soal Lia.

"Awak salah orang kut. Sebab saya membesar dekat luar negara." Kata Haider.

"Owh... mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Maaf bos" kata Lia, malu sedikit dengan pertanyaannya.
*********

Mereka sampai di rumah Lia.

"Awak tinggal sorang ke?" Soal Haider.

"Tak. Saya tinggal dengan Yna" kata Lia.

Lia ingin keluar, sebelum keluar dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Haider.

"Terima kasih bos. Errr... Ni duit minyak" kata Lia, naif.

Haider sudah ketawa..

"It's okay Lia...saya bantu ikhlas" kata Haider dengan senyumannya.

Lia senyum kembali namun entah kenapa senyuman Haider seperti seram dilihatnya. Setelah Lia masuk ke dalam rumah. Haider memecutkan keretanya meninggalkan rumah Lia.

"Let's the show begin. Lia Ilysa" bisik Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now