CHAP 49

148 1 0
                                    

Maria masuk untuk melihat keadaan Lia. Adakah dia sedang tidur atau... dan, peluang keemasannya apabila Lia sedang tidur.

"Dah... kau masuk sana, kau buat apa yang aku suruh tadi, seperti apa aku dah rancang. Kalau tak... kau tahu kan. Dah, pergi " kata Maria. Aaron terpaksa mengikuti rancangan itu kerana dia bimbangkan keadaan ibunya.
*********

"Elaine, awak jaga pejabat ye. Saya nak balik. Lagipun dah habis kan semuanya urusan. Takda yang penting lagi kan?" soal Haider.

"Takda dah Master." terang Elaine.

"Sophie pun nak ikut balik lah. Risau dengan kak Lia" gusar Sophie.

"Kalau macan tu,.jomlah ... " kata Haider terus meninggalkan Elaine di pejabat.

Di dalan kereta yang dipandu oleh Haider,

"Sophie... Tok Puan pesan dekat Abang pagi tadi..." kata Haider sudahpun memulakan bicaranya. Dan raut wajah Sophie dengan secara tiba-tiba menjadi serius.
************

Lia terbangun memegang kepalanya yang sedikit sakit. Namun, bukan itu yang menjadi persoalan. Kenapa, tiba-tiba dirinya tidak memakai seurat benang di badannya.

"Aik.. takkan aku mengigau?" soal Lia. Namun, dia sedikit menyedari ada seseorang di sebelah.

"Abang... dah balik ke?" kata Lia, namun apabila orang itu memusingkan badannya. Terkejut dia melihat kawan suaminya di sini.

"Aaron??!!!" tinggi suara Lia. Dia terkejut.
*******

Haider yang baru sampai terus naik ke atas biliknya. Dia risaukan Lia. Namun,.apabila dia naik ke atas, dia terkejut melihat isterinya dan seorang lelaki.

"What the hell are you doing? Lia... Aaron??" jerit Haider, bergegar rumah itu dengan jeritan Haider. Sophie yang juga terkejut terus mendaki tangga dan lagi terkejut melihat apa yang disaksikan oleh matanya.
**********

Lia masih menangis di sofa, Aaron juga terdiam. Alan dan Sophie hanya melihat Lia dan Aaron, dia tidak menyangka perkara ini terjadi.

Maria hanya berada di hujung sudut, namun di hati kecilnya sangat gembira rancangan yang menjadi.

"Any words? Lia Ilysa??" soal Haider, dan melihat kepada muka Haider.. ini bukan Haider, ni bukan suaminya. Dia bertukar watak menjadi Master.

"I said any words?" soal Haider sambil menarik rambutnya.. Lia sudah menangis. Aaron sudah terdiam.

"Haider... kita dengar dulu penjelasan Lia" kata Alan, memujuknya.

"Nak dengar apa lagi.. Ahh? Selama ni aku sayang kau, Lia. Aku cintakan kau. Aku buat apa yang kau nak. Kau tak puas ke? Sampai kawan aku sendiri kau nak? Perempuan jenis apa kau ni?" soal Haider bertubi-tubi. Lia masih kesakitan akibat ditarik rambutnya oleh Haider.

"Abang.... Dengar.. Lia tak tahu,.Lia tak tahu kenapa Aaron dekat bilik kita, Abang. Lia bangun je dari tidur nampak Aaron dekat sebelah Abang, betul Abang.." tangis Lia.

Sophie sudah menangis di bahu Elaine. Dia tidak sanggup melihat dan tidak percaya apa yang berlaku sekarang.

"Kau dengar sini... Woiii! Kau nak sangat dengan Aaron kan. Kau blah.. Pergi! Elaine, kemas semua baju Puan Lia ni. Dia nak sangat jantan ini kan. Pergi Elaine, kemas semua baju dia.. Aku tak nak tengok dah semua.. " arah Haider. Semua terdiam. Pertama kali Haider dilihat sangat marah..

Lia sudah meraung. Dia tidak faham, dia tidak melakukan ini semua. Haider menuju ke arah Aaron. Sempat memberikan tumbukan di perut Aaron.

"Sial punya kawan. Kau nak sangat Lia kan. Ambil lah.. Korang memang sepadan pun." kata Haider, Aaron sudah terduduk memegang perutnya.

"Elaine !! Mana beg perempuan ni?" laung Haider. Elaine menyerahkan beg kepada Lia. Lia masih meraung.

"Dipersilakan keluar. Keluar !!" jerit Haider. Sophie menangis, Alan tidak sanggup melihat apa yang terjadi. Maria diam dan hatinya suka.

Aaron mengambil beg Lia. Lia diam menangis. Dia menangis lagi, dia tidak buat perkara ini. Dia tidak buat. Namun, siapa yang akan percayanya jikalau dia tiada bukti.

Lia berdiri. Dia usap air matanya di hadapan Haider.

"Seandainya satu hari nanti, saya tidak bersalah. Dan, dari hari itu juga, hati saya tertutup untuk awak, selama-lamanya" kata Lia, dia bukan Lia yang lemah. Dia akan buktikan bahawa dia tidak bersalah.

Dia dan Haider berlawan pandang, dia mengambil beg dari tangan Aaron. Sebelum itu, dia mencabut rantai di lehernya, biarlah sakit dirasakan. Hatinya lebih sakit dengan apa yang berlaku sekarang.

"Ambil balik ni Master, saya tak perlukan ini" kata Lia mencampakkan rantai di depan mata Haider. Tiada lagi panggilan Abang, yang ada hanya panggilan Master.

Lia keluar dan melihat Maria. Sempat dia berkata,

"Gembira? " soal Lia. Entah kenapa dia merasakan semua ini ada kaitan dengan Maria. Kerana, dia.dapat melihat raut wajah Maria yang agak gembira berbanding yang lain.

Lia keluar dari rumah itu, dia tidak lagi melihat Haider, Sophie, dan Alan. Dia membawa dirinya dengan Aaron menjejakkan kaki keluar dari rumah itu.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now