CHAP 41

171 1 0
                                    

Haider mengenggam tangan Lia. Seakan memberinya kekuatan untuk memberitahu perkara ini kepada Lia.

"Abang ni.. dah kenapa? Dari meja makan sampailah naik kereta asyik pegang tangan Lia. Kenapa ni Abang? Ada masalah ke?" Soal Lia.

Haider memgucup lembut tangan Lia. Dia takut isterinya marah.

"Err... Lia.. Abang nak bagitahu sesuatu ni. Tapi, janji dengan Abang.. Jangan marah. Okay?" Soal Haider.

"Apa dia. Abang belum bagitahu, macam mana Lia nak marah?" Seloroh Lia.

"Okay. Maria akan datang sini, esok." Kata Haider, senafas.

"Owh... Maria" kata Lia.

"Wait... Maria, datang sini esok? Kenapa? Buat apa?" Soa Lia berganda-ganda.

"Entah lah Sayang. Abang pun tak tahu kenapa Maria datang sini. Sebab, tengok jadual dia. Dia takda kerja dekat sini sekarang. Tu yang abang risau tu, takut ada apa-apa" kata Haider, meluahkan kebimbangannya.

"Asalkan dia tak tinggal dengan kita. Okay lah tu" kata Lia.

"Dia akan tinggal dengan kita, Lia. Mak dan ayah Maria dah call Abang. Suruh tengokkan anak perempuan mereka tu, Hish... Daripada Abang jaga Maria, lagi baik abang jaga Lia. Ada faedahnya" kata Haider, senyum nakal.

"Dah, yang penting kita jaga-jaga je" kata Lia.

Haider menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba Lia terfikirkan sesuatu.

"That's why Abang suruh Sophie datang sini kan? Untuk tengokkan Cik Maria Abang tu kan?" Soal Lia.

"Apa pula Cik Maria Abang?" Soal Haider.

"Yelah.. hahahha, teringat kisah lalu.. Abang kena suruh oleh Tok Puan pilih antara Lia dan Maria, abang pilih Maria. Yelah, Abang kan masih berdendam dengan Lia waktu tu." Kata Lia, mengingati kenangan lama.

Haider sudah memberhentikan keretanya di simpang jalan.

"Eh.. Abang ni, kenapa berhenti pula?" Soal Lia, pelik.

Haider mendekati Lia dan terus mengucupnya, hangat. Dia tidak mahu isterinya membangkitkan kisah silam.

"Abang... Lia tak bernafas lah. Abang ni kenapa tiba-tiba cium Lia" kata Lia, marah sedikiy.

"Sebab, mulut Lia ni nakal sangat. Suka ingatkan kisah silam.. Percaya lah Lia, walau apapun terjadi, abang tetap akan pilih Lia." Kata Haider.

Lia melihat keikhlasan pada sinar mata Haider. Dia terus mencium bibir Haider.

Setelah habis mengucupnya, Haider berkata.

"Kalau macam ni Lia, baik kita ponteng kerja. Nak?" Tanya Haider.

Lia sudah ketawa...

"Abang, jangan nak mengada. Alan bos Lia tau.. dah jom gerak" kata Lia.
*********
"Elaine, syarikat Abang Haider dekat mana ye?" Soal Sophie.

"Dekat area-area sini juga. Tapi, selalunya .. Master akan hantar Puan ke bakery dulu. Baru dia akan bertolak ke pejabat." Kata Elaine.

"A ah lah. Bercakap pasal bakery. Jom kita ke bakery Kak Lia nak. " Cadang Sophie.

"Boleh juga tu Cik Muda. Lagipun, saya rindu nak makan tiramisu dekat sana. One of the best tiramisu i ever had" kata Elaine.

"Dah.. Jom" kata Sophie.
*******

"Terima kasih, sila datang lagi" kata Lia, dengan senyuman.

Lia sedang beramah mesra dengan pelanggan di sana. Dia bersyukur bakerynya antara yang paling popular di sini.

Bunyi lonceng menandakan ada tetamu masuk.

"Selamat datang ke Sunshine... Eh, Sophie... Elaine, jemput masuk" kata Lia.

"Akak Lia... Hai, wah.. banyak pelanggan Kak Lia hari ini" puji Sophie.

"Alhamdulillah... Dah mari duduk, Lia dengan Elaine nak cuba pastri apa?" Soal Lia.

"Kata Kak Elaine, tiramisu dekat sini paling best. Nak try tu lah. Dengan ice mocha, please.." kata Sophie.

"Lia... Ada barang nak dibeli ke? Alan nak call kilang dah... Eh, Sophie... Bila sampai?" Soal Alan.

Sophie sudah terdiam. Kenapa Alan dirasakan hansem selepas tiga tahun tidak bertemu. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang.

"Errr.. Abang Alan. Baru je semalam. Abang Alan apa kahbar, sihat?" Basa-basi Sophie.

"Sihat Sophie. Err... Dah, Lia duduk di sini. Layan mereka. Biar Alan siapkan menu mereka. They my special customer" kata Alan, meninggalkan mereka.

"Anyway, akak... Akak dah tahu kan, Maria akan datang sini dan akan tinggal dengan kita?" Soal Sophie.

"Tahu.. Abang baru bagitahu tadi" kata Lia, muram.

"Akak jangan risau. Selagi Elaine dengan Sophie ada. Selagi tulah, si minah tiga suku tu takkan dekati Abang Haider" kata Sophie.
*******

"Maria, hati-hati dekat Malaysia ye" pesan ibunya.

"Okay mum..." Kata Maria.

"Kenapa banyak-banyak tempat, Maria nak bercuti di Malaysia?" Soal ayahnya.

"Sebab.. saya nak ambil balik, apa sepatutnya jadi milik saya" kata Maria.

Ibu dan ayah hanya terdiam. Dia faham siapa yang dimaksudkan. Haider.... Tapi, pertunangan mereka sudah pun diputuskan..

"Maria. Lupakan lah Haider tu. Banyak lagi lelaki lain" pujuk ibunya.

"No.... Haider is mine. Not perempuan orang gaji tu" tegas Maria.

"Maria listen.. kalau Haider memang ayah berani.. tapi, masalahnya kita berhadapan dengan Tok Puan, Maria. Ayah tak nak cari pasal dengan Tok Puan" kata Ayahnya, merayu agar Maria melupakan hasratnya.

"Yang mum dengan daddy nak takut orang tua tu kenapa? Setakat Tok Puan je kot" kata Maria.

Ibu dan ayahnya sudah mati kutu. Semua orang tidak mahu berlawan dengan Tok Puan. Buruk akibatnya kelak.

Maria sudah meninggalkan kedua ibu bapanya.

"Macam mana ni Abang.. saya takut. Tok Puan tu bukan orang sembarangan Abang" luah ibu Maria. Dia gusar.

Ayah Maria pula diam.
*******

"Takkan anak perempuan sendiri kamu tak pandai nak pujuk, Ma'rof?" Kata Tok Puan setelah dihubungi.

"Jangan main-main dengan aku, Ma'rof.. Kamu kenalkan aku siapa.. kalau anak perempuan kau dah sampai kacau kebahagiaan cucu aku dengan isterinya. Tahulah padahnya nanti" amaran Tok Puan meletakkan gagang telefon.

"Luthfi... Mak tak nak jadi jahat dah Luthfi. Mak dah tua... " Kata Tok Puan merenung gambar anak lelakinya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now