CHAP 3

218 4 0
                                    

Pagi itu, ketika sarapan. Elaine mendapatkan tuannya.

"Master. Cik Lia Ilysa information" kata Elain.

Haider sudah tersenyum. Dia membuka file tersebut. Dia melemparkan senyumannya.

"So, Master sebenarnya dah lama kenal dengan Cik Lia lah?" Soal Elaine.

"Yes.. long time ago.." kata Haider.

"What you gonna do about Cik Lia Ilysa?" Soal Elaine.

"Make sure she fall in love with me. And then, make her regrets that love is not like she wants" kata Haider, mengenggam gambar mereka di rumah anak yatim.

"So, anything i can do for you?" Soal Elaine.

"Nope... Kalau saya nak, saya akan cakap" kata Haider.
*******

"Weh... Boleh tak minta cuti hari ni erk? Aku nak lawat Yna punya adik lah" kata Lia kepada rakan sekerja yang lain.

"Rasanya boleh kut. Cuba tanya bos. " Kata rakan sekerjanya.

Lia memanjangkan kakinya ke bilik bos. Namun, sementara itu dia berjumpa dengan PA Tuan Haider.

"Maaf, Cik Elaine. Saya nak tanya, bos ada. Boleh tak saya nak jumpa dia?" Soal Lia.

"Owh... Cik Lia. Err, boleh saya tahu atas dasar apa nak jumpa Master.. eh maksud saya Tuan?" Kata Elaine. Terlepas cakap dia membahaskan Haider sebagai Master.

Lia sudah pelik akan gelaran yang digunakan.

"Err... Macam ni, saya nak lawat Yna di hospital. Adik dia..." Kata Lia.

"Wait. I call Tuan for you" kata Elaine. Terus membuat panggilan.

"Err... Cik Lia.. Bos suruh masuk ke bilik dia" arah Elaine.

"Owh.. okay. Thanks" kata Lia dengan senyuman.

Elaine memerhati langkah Lia sehingga masuk ke bilik bosnya. Dia merasakan Lia seorang yang baik namun tidak pada pandangan Masternya.
******

"Yes, Cik Lia. Ada apa yang saya boleh bantu?" Soal Haider melihat Lia di hadapan nya. Dengan pakaian yang sopan dan manis boleh membuatkan hatinya bergetar. Namun, bila mengenangkan masa silamnya, dia marah kembali.

"Err.. bos, saya nak minta cuti setengah hari, boleh? Saya nak lawat Yna. Adik dia masuk hospital" kata Lia, wajahnya sedikit cemas.

Haider menyilangkan jari-jarinya dan berfikir.

Lia menanti jawapan dari bosnya.

Haider bangun untuk pergi ke arah pintu. Lia terkejut, adakah bosnya tidak membenarkannya?

"Awak duduk situ kenapa? Jom lah" Arah Haider.

"Ahhh? Maksud?" Soal Lia, kebingungan.

"Lah. Cakap nak lawat adik Yna. Jom lah saya hantar. Saya pun nak pergi tengok juga." Kata Haider.

Lia sudah bergegas. Nasib bosnya seorang yang prihatin.

Haider memecut laju kereta Ferrari merahnya.

"Terima kasih bos" kata Lia.

"Nope. It's okay... Lagipun, Yna pun pekerja saya juga kan" kata Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.

"Err... Adik Yna sakit apa?" Soal Haider.

"Err.... Saya tak berani nak cakap Bos. Maaf" kata Lia, terus hatinya dipagut sedih. Ini kerana, mereka sahaja yang Lia ada sekarang.

Haider melihat raut wajah Lia yang tiba-tiba muram. Dia mencapai tangan Lia. Lia tersentak.

"Insha Allah, semuanya akan okay" kata Haider terus memandang sekilas wajah Lia.

Lia diam. Entah kenapa dia merasa aman dan selamat apabila berada dekat dengan Haider. Perasaan ini pernah dirasakan dahulu. Tapi, dia tidak tahu..

Dan tangan Lia berada di genggaman Haider lama sehingga sampai ke hospital.
********

Lia mendapatkan Yna.

"Yna... Macam mana adik kau, Yaya?" Soal Lia.

"Lia... Mana aku nak dapat duit ni Lia. Pembedahan itu perlu dilakukan sekarang" kata Yna.

"Berapa kos dia?" Soal Haider.

Terkejut Yna apabila bosnya mengikuti Lia.

"Bos." Tunduk hormat Yna.

"Berapa kos dia Yna, adik awak?" Soal Haider.

"Dalam 15 ribu bos..." Perlahan suara Yna.

Lia hanya diam. Dia pun buntu untuk membantu rakannya. Tiba-tiba Haider bersuara,

"It's okay Yna. Anggap perkara ini dah selesai. Lia, mari kita jumpa doktor sekijap" arah Haider.
********

"Terima kasih doktor, harap pembedahan ni dilakukan secepat yang mungkin" Haider sedang bercakap dengan Doktor.

"Insha Allah.. Encik Haider. " Kata Doktor.

Haider dan Lia keluar dari bilik Doktor berkenaan.

"Bos, terima kasih bos sebab tolong Yna" kata Lia.

"It's okay. Kita kena tolong orang kan? Tapi, jangan sesekali lupa jasa orang. Tak begitu Lia?" Kata Haider, menyindirnya.

Lia tidak memahami apa yang cuba dimaksudkan oleh bosnya.

"Lia... Bos!" Seru Yna.

"Terima kasih bos..." Kata Yna.

"Don't be.... Saya doakan semoga adik awak dipermudahkan urusannya" kata Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.

"Errr. Kalau macam tu, Lia jom balik.. saya cuma dapat bagi pelepasan setengah hari je. " Arah Haider.

"Baik bos. Yna, aku masuk kerja dulu tau. Kalau ada apa-apa, call" kata Lia.
*******

Haider memandu keretanya namun Lia pelik dirasakan kenapa jalan ni tidak seperti ke pejabat.

"Err... Bos, bos salah jalan ke?" Soal Lia.

"Mungkin kutt. Kijap ye" kata Haider melihat GPS nya.

Lia memerhatikan jalan ini. Dia ingat jalan ni. Jalan menuju ke rumah anak yatim.

Dan, dia mempamerkan wajah pucatnya dan melihat lama rumah anak yatim itu. Tempatnya membesar bersama kawan-kawannya.

"Lia... Heyy, are you okay? Muka macam nampak hantu je?" Soal Haider.

"Err... Takda apa-apa bos. Anyway, bos .. bos nak tahu" kata Lia

"Apa?" Kata Haider.

"Rumah anak yatim inilah saya dibesarkan" kata Lia.

"Owh... Mesti awak ramai kawan kan. Tengok awak seorang yang suka menolong." kata Haider.

"Tak adalah bos. Tapi, dulu saya ada kawan lelaki.. err.. hem... Tak payah ungkit" kata Lia.

"Ehh.. kenapa pula? Saya baru nak dengar cerita awak" kata Haider.

Tidak semena-mena Lia menangis kuat. Tersentak Haider. Dengan cepat Haider memarkirkan keretanya di tepi jalan.

"Why??" Soal Haider.

"Kalau lah saya tolong dia..." Nangis Lia lagi.

"Tolong siapa. Saya tak faham.. heyy, stop crying..." Pujuk Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now