CHAP 6

218 5 0
                                    

Lia menangis di bilik mandi. Sakit dirasakan semalam. Dia memberus badannya. Dia jijik dengan dirnya. Dia menangis dan menangis.

Lia keluar dari bilik mandi. Didapati Elaine di luar menunggunya.

"Puan. Baju Puan" kata Elaine. Walau apapun alasannya, dia tetap hormat Lia sebagai isteri majikannya.

"Elaine.. mana dia?" Kata Lia, tidak sanggup dia menyebut nama itu.

"Master pergi kerja. Owh ye, Master pesan supaya Puan pun pergi kerja." Kata Elaine.

Lia menganggukkan kepalanya.

Setiba dia di pejabat, dia pelik dengan pandangan orang kepadanya.

Sampai sahaja di mejanya, dia memberikan senyuman kepada Yna. Namun Yna diam tidak memandangnya.

Encik Azim bergegas ke tempat Lia.

"Lia. Memalukan. Awak perangkap bos semata-mata nak duit?" Soal Encik Azim.

Lia terdiam. Semua pekerja melihat ke arahnya.

"Ee... Tak malu" kata seorang pekerja.

"Ini sangat memalukan, perangai awak memalukan. Bos besar baru datang, awak terus perangkap dia. Sangat memalukan Lia. Saya ingatkan awak orang yang baik. Dengan ini, Lia Ilysa... Awak, saya pecat serta-merta." tegas Encik Azim.

Lia menangis lagi. Dia pergi ke mejanya dan mengemaskan barangnya. Dia tahu kerja siapa ini. Kalau bukan suaminya yang menyebarkan cerita.

Setelah selesai. Dia menuju ke meja Yna.

"Yna.. maafkan aku. Halalkan makan minum aku. Tapi, tolong percaya aku. Aku tak akan buat kerja macam tu Yna" kata Lia sekali lagi.

"Semaklah. Pergilah. Kau jangan lupa ambil baju kau pula. Kita putus kawan" kata Yna, tidak memandang muka Lia.

Lia melangkah dengan hati yang walang. Sekurang-kurangnya dia tidak berhadapan dengan orang yang tidak mempercayainya. Dia menahan teksi dan mengambil pakaiannya.
******

Dia membawa tangan di kotak dan bagasi. Di mana lagi langkahnya?

Satu kereta berhenti di hadapnnya. Keluar Elaine dari kereta tersebut.

"Puan. Master cari awak" kata Elaine.
********
Dia sampai di rumah yang besar. Terpampang gambar Haider di dinding bersama keluarga angkatnya.

Dia bersyukur Haider dibesarkan oleh keluarga yang prihatin.

Rambutnya ditarik dari belakang. Terlihat Haider berdiri di belakang.

"Sakit...." Tangis Lia keluar.

"Kau pergi mana ahh?" Jerkah Haider.

"Saya ambil barang bos" kata Lia, terlepas cakap.

Sekali lagi tamparan di mukanya.

"Bos?" Teriak Haider.

"Master... Maaf Master" kata Lia.

"Elaine..." Laung Haider.

"Ya Master" kata Elaine.

"Siapkan barang aku.. kita balik UK malam ni" arah Haider.

Lia sudah menangis. Apa nasibnya, memang tiada siapa yang akan menolongnya.

"Puan.." kata Elaine.

Lia mengusap air matanya.

"Help me Elaine. Please." Rayu Lia.

"Saya minta maaf Puan. Tapi, saya harap Puan sabarkan hati Puan ye" kata Elaine.

"Elaine... saya tak nak. Saya takut Elaine. Saya..." Lia sudah menangis di bahu Elaine.

Dia tidak tahu apa yang terjadi apa Master dan Puan pada masa dahulu. Tapi, dia yakin semua layak diberi peluang kedua namun dia yakin mimpi buruk yang dialami oleh Masternya datang dari perempuan ini.

Masakan Masternya sering menyebut nama gadis ini dalam mimpinya.

Mereka bertolak malam itu ke UK. Lia masih lagi menangis mengenangkan nasibnya. Dia menangis sehingga dirasakan dadanya mahu pecah.

Elaine kesian melihat isteri majikannya. Sedangkan Master telah tidur.

"Puan..." Elaine mendekati Lia.

Lia menyekat air matanya. "Ye Elaine" kata Lia.

"Puan kena kuat okay? Anggap semua ni ujian untuk menguatkan Puan" kata Elaine.

"Terima kasih Elaine. Terima kasih sebab baik dengan saya. Mungkin ini salah satu cara untuk minta maaf kepada Master" kata Lia.

Elaine diam. Dia cuba untuk mengubah topik.

"Mesti Tok Puan tak sabar nak jumpa Puan" kata Elaine.

"Tok Puan?" Soal Lia.

"Ye... Tok Puan dan Sophie" kata Elaine.
*****

Mereka sampai di rumah yang tersergam indah. Pagarnya diawasi oleh pengawal keselamatan yang banyak. Siapakah keluarga angkat Haider@Hamzah ni?

Mereka sampai. Kelihatan seorang perempuan tua dan seorang anak dara menunggu mereka.

"Why so early you came back, Haider?" Soal wanita tua itu.

"I just miss you. Can i work here? Please Tok Puan?" Rayu Haider.

"Terpulang Haider lah" kata Tok Puan.

Sophie terus memeluk abangnya. Dia rindu...

"Abang... I miss you" kata Sophie.

"I miss you too Sophie" kata Haider.

"So, who is girl?" Soal Sophie.

"She is a maid" kata Haider terus meninggalkan mereka.

Lia tersentak. Dia memperkenalkan dirinya sebagai maid dan bukannya isteri. Dia akur. Lagipun, Haider tidak akan mengiktiraf dirinya sebagai isteri kerana kejadian lampau.
******

Bilik Lia ditempatkan bersama-sama orang gaji yang lain. Dia seorang sahaja berbangsa lain dari yang lain. Semua orang gaji di sini orang asing baginya.

Masuk Elaine, Tok Puan, dan Sophie ke biliknya.

Berdiri Lia kerana terkejut.

"Tok Puan, Cik Sophie" kata Lia, hormat.

"So.... You are Haider's wife, right?" Soal Sophie.

Lia sudah terkejut.

"Jangan risau.. Elaine bagitahu. Semuanya... Walau apapun, awak tetap isteri kepada cucu lelaki saya. Cuma, saya dan Sophie terpaksa rahsiakan lah. Anggap kami tak tahu status kamu berdua ye" kata Tok Puan.

Lia menganggukkan kepalanya.

"Come.... " Kata Tok Puan mendepakan tangannya. Lia meluru memeluk tubuh tua itu. Sophie juga ikut memeluk kakak iparnya. Dia gembira.

Mungkin Haider ada alasan memperkenalkan Lia sebagai maid.

"So, what is your fullname?" Soal Sophie.

"Nama saya Lia Ilysa" kata Lia.

"Your so beautiful, sayang.. except your eyes. Sembab. Sayang kalau dah cantik tapi mata bengkak. Dah, tenang okay" kata Tok Puan.

Lia gembira keluarga suaminya menerima dia. Namun, tidak pada Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now