CHAP 61

140 2 0
                                    

Mereka mula bergerak pergi ke mansion. Seperti terputar kembali zaman Haider membesar. Dan gelaran itu mulai digunakan ketika dia berjumpa dengan Elaine.

Mereka ditempatkan di sebuah bilik khas. Lia sedikit takut dengan semua ini. Selama dia hidup di dunia, dia belum didedahkan dengan sisi lain.

"Abang ingat lagi dulu Lia.. Abang pun pelik. Kenapa Abang kena gelar Master oleh Elaine dan semua sahaja yang bekerja di bawah Tok Puan. Rupanya, abang lah yang bertanggungjawab untuk memberikan waris kepada Tok Puan" kata Haider.

"Abang tak tahu ke pasal ini semua? Siapa Tok Puan sebenarnya. Dan, siapa sebenarnya keluarga angkat Abang?" soal Lia. Haider menggelengkan kepalanya.

"Abang tak tahu satu apa pun Lia. Yang Abang tahu, keluarga angkat abang kaya dan Elaine ialah butler Abang. Tu je" kata Haider.

Lia diam.

"Lia nak sangat anak kita menjalani hidup normal abang. Tapi, apakan daya." muram wajah Lia.

"No worries Lia. Kita kan ibu bapa dia. Kitalah yang mencorakkan dia. Macam mana kita nak anak kita menjalani hidup dia." kata Haider mengusap perut Lia.

"Anyway... Abang nak bagi balik hak Lia." kata Haider mengambil sesuatu di koceknya dan menunjukkannya di hadapan Lia.

"Rantai Lia... Rindunya" kata Lia. Haider sudah memakaikan rantai ini kepada Lia.

"Ada lagi satu" kata Haider terus melutut di hadapan Lia. Haider membuka kotak merah baldu di hadapan Lia. Lia sudah ingin menangis.

"Sudikah awak, Lia Ilysa menjadi ibu kepada anak saya, dan menjadi peneman hidup saya selama-lamanya" kata Haider. Lia sudah menangis sambil menganggukkan kepalanya.

Haider menyarungkan cincin ke jari Lia. Ya, dahulu.. dia mengahwini Lia dengan cara yang tidak baik. Memerangkap dan menjatuhkan maruah Lia serendah-rendahnya.

Haider berjanji... Tidak akan lagi dibiarkan Lia sedih dan kecewa. Itulah janjinya selepas berpisah dengan Lia selama tiga tahun. Tiga tahun yang mengajar dia.. bahawa dendam dan ego akan merugikan dirinya.

"Terima kasih Abang. Lawa cincin ini." kata Lia.

"Sama-sama..." kata Haider.

"Err. Abang,  Lia nak tanya... Kenapa dulu, waktu Abang jadi Master kan.. Hehhe. kalau Abang mengigau selalu sebut nama Lia" kata Lia, lama sudah dia ingin menanyakan perkara ini kepada suaminya.

Haider tersenyum sedikit.

"Lia nak tahu... Abang selalu mimpi buruk selepas abang diambil oleh keluarga angkat Abang. Abang asyik mimpi Lia yang tak nak kawan dengan Abang, ejek Abang, dengan semua orang tak nak kawan dengan Abang..." kata Haider.

Lia rasa bersalah. Memang dialah punca suami yang selalu bermimpi buruk.

"Maafkan Lia, Abang... Errr... Sekarang. Abang tak mimpi lagi kan? Sebab nyenyak je Lia tengok Abang tidur" kata Lia.

Haider bersetuju.

"Dan, siapa sangka.. cara menghentikan mimpi buruk ialah dengan menyayangimu" bisik Haider di telinga Lia.

Faham Lia maksud Haider.
********

"Everything ready?" soal Tok Puan. Semua orangnya dikumpul di sebuah bilik.

"Yes, madam" kata orang suruhannya.

"Are you nervous?" soal Aaron kepada Elaine.

"Nope, i am so ready..." kata Elaine.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now