CHAP 60

178 2 0
                                    

Lia dan Haider menuju ke meja makan untuk bersarapan. Belum puas Haider melepaskan rindu kepada Lia. Tangannya masih dalam gengaman Haider.

"Err... Haider, kamu hari ni nak ke office atau nak temankan Lia dekat rumah, ke kamu ada hal?" soal Tok Puan.

"Setakat ni, takda kut Tok Puan. Saya cuma nak habiskan masa dengan Lia je. Nanti saya ke office" kata Haider sambil membelai rambut Lia. Dia belum puas dengan isterinya ini. Rindu sangat.. Habis sahaja dia mengusap rambut Lia, dan mengusap lagi perut Lia yang semakin membentuk.

"Lia. kalau penat bagitahu ye" kata Haider. Lia sudah ketawa.

"Abang ni lah.. Lia tak penat lah. Lagipun takda kerja pun Lia buat dekat sini. Lain lah kalau Abang nak Lia buat balik kerja lama Lia" kata Lia. Haider sudah membuat muka pelik.

"Kerja lama?" soal Haider..

"Yalah.. Kerja orang gaji tu. Dah lama rasanya tak pakai baju tu, rindu pula" usik Lia. Tok Puan sudah tersenyum. Haider masam mencuka.  Haider berbisik di telinga Lia.

"Nasib Lia mengandung... Kalau tak, Abang kerjakan Lia macam dekat hotel dulu" bisik Haider. Terus terdiam Lia akibat amaran Haider.

"Alah Abang ni.. orang cuma rindu nak panggil Abang Master.. tu pun nak ugut orang" bisik Lia kembali.

"Tak boleh.. Panggil Abang okay.. Panggil Master tak boleh" bisik Haider.

"Kenapa tak boleh panggil Master dah?" soal Lia, dalam keadaan berbisik.

"Master bila Abang bertukar jadi jahat. Ahh, tu boleh panggil Master. Sekarang, abang dah jadi kucing. Miau miau miau" bisik Haider. Terketawa Lia di meja makan.

"Dah.. main bisik-bisik pula dah.. malu sikit dengan Aaron dan Elaine tu" kata Tok Puan.

"Maaf Tok Puan" kata Haider dan Lia serentak.

"Anyway Tok Puan.. Err, Alan nak cakap dengan saya. Dia nak sunting Sophie jadi isteri dia.. err... Tok Puan setuju?" soal Haider.

Tok Puan diam...

"Tok Puan setuju Haider. Lagipun, bagus lah tu Alan dengan Sophie.. Tok Puan memang dah lama nak pasangkan mereka." kata Tok Puan.

"Alhamdulillah... nanti saya bagitahu Alan. Ahh, Aaron kau bila?" soal Haider. Walaupun Aaron merupakan penjaga Lia. Dia tidak kekok untuk bergurau dengan Aaron.

"Err... saya nak kena tanya tuan empunya badan dulu. Kan Elaine?" soal Aaron. Rindu dia dengan pujaan hatinya ini..  Elaine.

"Saya? kenapa pula nak kena tanya saya? Saya kenal ke orang tu Encik Aaron?" soal Elaine.

"Kenal. Sangat kenal. Nama dia Elaine Elyana" kata Aaron, meluahkan hatinya.

"Ah... romantik lah Aaron ni. Apa lagi Elaine, good luck tau.." kata Lia. Elaine sudah tersenyum. Tidak sangka pula dia Aaron menyimpan perasaan kepadanya.

"Lia jangan nak suka sangat.. Abang lagi romantik dari mereka ni tau" sedikit cemburu dia apabila Lia memuji Aaron.

"Ye ke? hurmm.. romantik ke ? tak kut.. hehehe" usik Lia kepada Haider. Haider masam mencuka lagi mukanya. Entah kenapa dia yang terlebih sensitif.
******

"Haider. Tok Puan rasa kamu mesti masih ingat mansion Tok Puan kan?" soal Tok Puan ketika mereka sudah habis bersarapan.

"A ah lah Tok Puan. Saya ingat mansion tu.. Ramai orang pakai kot dan baju hitam dekat sana.. Dah lama sebenarnya saya nak tanya, mansion tu untuk apa?" soal Haider. Teringat dia masa mudanya dia pernah dibawa oleh Tok Puan ke sana.

"Susah Tok Puan nak cerita, tapi... sekarang kamu pun dah ada dekat sini. Tok Puan nak kamu dan Lia kemaskan baju kamu. Kita akan tidur sana. Sebab, kamu kena tahu apa pewaris perlu buat" kata Tok Puan, bernada serius.

Haider mengerti maksud Tok Puan. Persis diceritakan oleh Elaine, "Kesian Tok Puan tu, Master... sepatutnya tua macam ni main dengan cucu.. bukan uruskan organisasi kami. Dan, saya sangat bersyukur... Puan mengandung.." kata Elaine, dahulu.

Dia memang tidak menyangka bahwa keluarga angkatnya ini mempunyai sebuah organisasi yang diuruskan oleh Tok Puan sendiri. Dan, sebenarnya.. organisasi apakah ini?

Lia hanya mengusap perut anaknya. Tahu, anaknya akan memegang tanggungjawab yang sangat berat.

"Abang.... Lia takut" kata Lia meluahkan perasaannya. Haider mengusap perut Lia. Dia faham.. Lia sebagai ibu mahukan anaknya menjalani hidup normal. Namun, apabila Lia sudah berkata begitu. Dia cuba turut berasa perkara yang sama dengan Lia.

"Kami nak buat apa dekat sana Tok Puan?" soal Haider...

"Nanti dekat sana kita akan tahu..." kata Tok Puan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now