CHAP 24

216 3 0
                                    

Lia mengemaskan ikatan rambut. Dia menyemburkan sedikit wangian untuk keyakinan. Hari ini, dia akan belajar buat kek dengan mommy. Jika dulu, dia juga bekerja sebagai pembuat kek dengan keluarga angkatnya. Dia mencapai sesuatu di laci. Dia pakai. Ya, rantai. Rantai pemberian Haider dipakainya. Rasa lain jika tidak memakai rantai ini. Seakan motivasi kepada dirinya.

Adakah dia merindui Haider? Hatinya tidak pasti. Namun, janjinya. Jika dia berjumpa lagi dengan Haider. Orang itu akan menjadi orang asing kepadanya. Biarlah dia hidup dengan cinta Haider di hatinya.

Lia keluar, dia melihat Alan sedang menunggunya di sofa. Alan merenung Lia. Biarpun ringkas, namun.. tidak dapat menutup kecantikan dan kelembutan pada wajah Lia. Dari hari pertama, dia berjumpa Lia. Hatinya sudah terpaut.

"Sorry, Lia lambat ke? Dah lama Alan tunggu?" Soal Lia.

"Tak.. saya sanggup tunggu awak" kata Alan berharap Lia mengerti apa yang ingin disampaikannya.

"Err... Mana mommy?" Soal Lia menutup kegugupannya terhadap Alan.

"Mommy dah jalan dulu. Dah.. Jom." Ajak Alan. Lia mengikuti Alan.
***********
(Bakery)

"Lia dah ready ke?" Soal Puan Sally.

Lia menganggukkan kepalanya. Dia bersemangat. Alan hanya memandang Lia.

"Before that, Alan.. why are you here? You supposed to be at office. Not here" tegur Puan Sally.

"Alah. Mommy. Bosan dekat atas. Bukan buat apa pun.. nak tengok mommy ajar Lia" kata Alan.

"Siapa cakap takda buat apa. Mommy dah senarai barang yang perlu Alan pesan dekat kilang. Kemudian, Alan urus gaji pekerja. Mommy dah sediakan kerja untuk Alan. Go" tegas mommynya.

"Alah.. mommy. Tu Alan buat nantilah. Nak tengok mommy ajar Lia." Rayu Alan. Takkan dia ingin melepaskan hari pertama Lia di sini. Dirasakan moment ini yang harus dia lihat.

"Alan Zulfikar. Don't cross my limit. Go... Atau.... Mommy suruh Lia naik atas, Mommy ajar Alan buat kek. Pilih" kata mommynya. Dia faham Lia perlukan ruang. Lagipun, mungkin Lia kekok jika dilihat oleh anak terunanya ini.

"Hemm... Fine. Suka mengugutlah mommy ni. Tak suka " kata Alan terus meninggalkan mereka.

"Maafkan mommy Lia.. Alan tu memang keras kepala sikit. Tapi, hati dia baik" kata mommynya.

"It's okay mommy." kata Lia.

"Anyway, sebelum kita belajar. You need to know macam mana nak uruskan bakery. Sebab habis belajar ni kan, Tok Puan suruh Lia buka bakery kan?" Soal Puan Sally.

"Ya. Mommy.." kata Lia.

"Baik. Untuk pengetahuan Lia. Kebanyakkan dekat bakery ni, kami buat kek dan pastri. So, kita kena buat semua bahan yang digunakan wajib fresh. Sebab, pelanggan nak kualiti. Best seller dekat sini tiramisu." Terang Puan Sally.

"Owh.. macam tu. Err, pekerja mommy ada berapa semuanya?" Soal Lia.

"Pekerja mommy semua ada lebih kurang sepuluh pekerja, lapan dekat sini, dua lagi akan bekerja dekat pejabat." Kata Puan Sally.

"Owh.. that's why mommy suruh Alan ke atas" kata Lia.

"Ya Lia.. kadang-kadang kami bertukar.. kalau Alan balik Malaysia je, mommy suruh Alan kerja di sini, mommy dekat pejabat" terang Puan Sally.

"Eh.. kijap, maksudnya Alan pun pandai buat kek ke?" Soal Lia, teruja.

"Ye.. jangan tak tahu anak teruna mommy tu. He can bake... Cuma, sahaja lah tak nak tunjukkan bakat. Kepakaran dia, cream puff, canolli, dan red velvet" puji Puan Sally.

"Untung, siapa dapat Alan mommy..." Kata Lia.

Puan Sally tersenyum, "untung... Lia tak nak dengan anak teruna mommy tu" kata Puan Sally.

"Ehh... Mommy ni.. errr, " terdiam Lia.. entah apa yang harus dia jawab. Terkelu lidahnya.

"Dah.. mommy gurau je. Hari ni, kita belajar simple-simple dulu tau. Mommy nak ajar Lia buat kek biasa. Sebab, benda ini asas. So, Lia boleh tambah apa sahaja dan buat resepi sendiri. Okay?" Kata Puan Sally.

"Baik mommy" kata Lia, semangat.
*********

Haider di office. Gambar Lia di atas mejanya dipandang. Ketukan pintu berbunyi.

"Sorry Abang Haider. Boleh Sophie masuk?" Soal Sophie.

"Masuklah Sophie" kata Haider, sayu suaranya.

"Abang.. are you okay?" Soal Sophie.

"No.. I not okay. I want my wife back, Sophie" kata Haider, menitis air matanya.

Sophie diam.

"Sophie tahu abang nak Akak Lia. Tapi, dia sedang buat yang terbaik di Malaysia. Why not, Abang pun buat yang terbaik di sini. Jangan sampai hal peribadi abang campurkan dengan hal kerja. Tengok diri Abang sekarang, tak terurus. Sophie kesian dengan Kak Elaine. Dia yang terpaksa berhempas-pulas siapkan semua kerja office. Abang tak kesian ke? Mana pergi Haider yang dulu" luah Sophie.

Haider diam. Dirasakan benar apa yang dikatakan oleh Sophie. Jika Lia di Malaysia berusaha, dia juga kena berusaha.

"Maafkan Abang, Sophie.." kata Haider.

"It's okay Abang.. Cuma, jangan lah macam ni. Kita banyak syarikat nak tengok lagi. Anyway, minggu depan Sophie pergi China, nak tinjau syarikat dekat sana ye" kata Sophie.

Haider menganggukkan kepalanya. Dia harus bersemangat kembali. Dia tidak boleh dibuai perasaan. Tiga tahun dia akan berjumpa dengan isterinya. Dia harus bersabar...

"Sophie. Biar Abang pergi ye... Jangan risau. Abang dah okay. Abang akan bersemangat" kata Haider.

Sophie gembira.

"Baik Abang..." Kata Sophie.
********

"Ting!" Pemasa oven sudah berhenti. Lia tidak sabar untuk merasa kek pertamanya. Dibiarkan sejuk seketika.

Sementara menunggu, Lia membaringkan kepalanya di meja.

"Ahh Alan, dah siap semua kerja?" Kata Puan Sally di bilik pejabat.

"Dah... Alan nak tengok Lia kijap tau. Mommy tunggu sini" kata Alan.

Puan Sally tersenyum. Anak terunanya sudah jatuh cinta dengan gadis ini.

Alan menjejakkan kakiknya di dapur dan melihat Lia sedang tidur. Dia mendekatkan mukanya untuk melihat Lia tidur. Sungguh cantik. Lama Alan merenungnya.

Sedikit pergerakan oleh Lia. Alan cepat-cepat menyibukkan dirinya. Takut tertangkap perbualannya tadi.

"Alan.. hai... " Kata Lia, masih mamai.

"Hai... Penat ke?" Soal Alan.

Lia menggelengkan kepalanya dan teringat sesuatu.

"Ahh.. Alan, jom rasa kek saya. Sedap ke tak. Cepat" kata Lia.

Lia menyerahkan sudu kepada Alan dan mereka merasa kek tersebut.

"Lia.........." Kata Alan.

"Why? Ada yang kurang ke?" Soal Lia, takut.

"It's so delicious. Tak tipu. Sedap... Pandainya awak" kata Alan.

"Alhamdulillah... " Tutur Lia. Dia senang dengan semua ini.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now