CHAP 52

170 2 0
                                    

Lia bersedia menaiki kapal terbang yang dikhas untuknya. Hatinya tiba-tiba merindukan suaminya.

"Aaron.. awak rasa Haider akan datang balik?" soal Lia. Aaron diam. Dia melihat Lia.

"Saya yakin, Puan. Lagipun... Master kan sayang dan cintai Puan. Anyway, Puan sakit ke Master tarik rambut Puan tadi?" soal Aaron. Dia sebenarnya terkejut dengan perlakuan terhadap Lia tadi.

"Sakit sikit. Tapi, saya faham. Haider nak nampak real. Tak pelah, saya maafkan suami saya tu" kata Lia.

Aaron tersenyum ke arah Lia, "bertuah Master dapat Puan. Saya pun nak cari seorang macam Puan lah" kata Aaron.

Lia hanya tersenyum.
********
Sophie perlahan melangkah masuk ke bilik Haider diikuti dengan Elaine, nasib baik bilik Maria berada di bawah. Jadi, apa sahaja yang dirancangkan tidak akan diketahui oleh Maria.

"Abang... Kak Lia dekat mana daa?" soal Sophie.

"Dia dalam perjalanan ke UK. Sophie, abang rasa bersalah pula tarik rambut Lia tadi." gusar Haider, mengasari Lia bukan kerelaannya namun terpaksa melakukannya.

"Tak pe, Sophie rasa Kak Lia faham juga tu nanti. Anyway, ni Sophie nak tanya.. Pasal Abang Aaron. Dia ni siapa sebenarnya? Kawan abang kan? Kenapa pula dia yang dipertanggungjawabkan untuk semua ni?" soal Sophie.

Haider pun tertanya-tanya. Pandangan nya terus ke arah Elaine.

"Elaine, who's Aaron? I know he not only my friend, right?" soal Haider. Elaine pula hanya tersenyum. Dia sebenarnya sudah lama mengenali Aaron namun, sekali lagi.. dia bukan orang yang tepat untuk menceritakan semuanya.

Biarlah rahsia itu terungkap sedikit demi sedikit.
*********

Lia merindukan suasana UK. Melihat kepada Tok Puan yang sudah menunggunya di luar rumah. Lia tidak sabar untuk bertemu Tok Puan.

"Tok Puan.... Lia rindu" kata Lia.

Tok Puan memeluk isteri cucunya. Dia juga merindukan Lia.

"Dah. banyak kita nak cerita ni. Penerbangan tadi okay?" soal Tok Puan.

"Okay Tok Puan. Tok Puan, mana Erma.. Lia lama tak tengok dia" kata Lia.

"Erma... hemm, dah mari masuk. Kita cerita. Okay?" soal Tok Puan.

"Erma... Disebabkan dia lah, kamu jadi sasaran Maria. Tok Puan dah hantar dia balik Malaysia" kata Tok Puan.

Ketika itu, mereka sedang duduk di sofa dan dihidangkan teh untuk mereka. Aaron yang hanya berdiri melihat mereka.

"Aaron.. pergilah rehat dulu. Terima kasih" kata Tok Puan. Aaron meninggalkan mereka.

"Tok Puan, maaf kalau Lia bertanya. Bukan ke Aaron ni pilot. Abang cakap..." soal Lia. Tok Puan hanya tersenyum melihat Lia.

"Sabar Lia. Satu persatu akan dijawab. Bukan sahaja kamu tertanya-tanya. Cucu Tok Puan dekat Malaysia tu pun mesti tertanya-tanya." kata Tok Puan.

Lia bersetuju.

"Dah.. kamu rehat ye, mesti penat kamu dekat kapal terbang tadi. Pergi tidur dekat bilik Haider" kata Tok Puan.

Lia terus meninggalkan Tok Puan. Ya, dia sangat penat... Apabila masuk ke bilik Haider, dia mulai menangis.. Dia rindukan suaminya.

"Abang.... Lia rindu.." kata Lia sambil menangis lagi.
********
(Malaysia)

"Lia dah sampai ke, Tok Puan?" soal Haider.

"Dah... jangan risau, dia selamat. Sekarang, Tok Puan serahkan kepada kamu macam mana nak urus Maria tu" kata Tok Puan.

"Baik Tok Puan. Saya nak call Lia, boleh. Saya rindukan dia.." kata Haider.

"Sabar... Bagi dia rehat dulu. Esok kamu call dia" kata Tok Puan.

"Baik Tok Puan" sayu suara Haider, dia ingin meminta maaf kepada Lia. Dia berkasar kepada Lia. Namun, misi utamanya sekarang ialah... bermain dalam permainan Maria.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now