CHAP 27

191 3 0
                                    

Sudah setahun bakery mereka beroperasi. Sungguh dia tidak sangka bahawa bakery mereka akan sepopular ini. Alan menjadi ketua dan Lia menjadi ketua di tempat membuat kek.

Sedang Lia melayan tetamu yang bertandang di kafe mereka di bakery. Masuk satu pelanggan. Lia dengan suara yang lembut.

"Selamat datang ke bakery kami" sapa Lia dan terkejut melihat siapa yang disapanya.

"Lia... Lia... Ya Allah, lama tak jumpa kau Lia.." kata Yna, kawan lama Lia.

Lia sudah terkejut melihat Yna. Namun, kejadian lalu masih diingatinya.

"Lia... Aku nak minta maaf dekat kau Lia. Aku kena paksa oleh...." Belum sempat Yna berkata, dia menangis. Alan yang ketika itu baharu sahaja turun untuk menjenguk Lia terkejut melihat gadis itu menangis.

"Lia.. why? Who is she?" Soal Alan.

"Dia Yna, pernah jadi kawan saya dulu. Sebelum saya ke UK. Yna, kalau awak sudi. Mari kita ke sana, tak manis pelanggan saya tengok awak menangis" ajak Lia. Yang lalu, biarkan berlalu. Tiada dendam dia dengan Yna.

Yna disajikan canoli dan sepotong tiramis bersama mocha di meja. Lia dan Alan sedang merenungnya.

"Yna sihat?" Soal Lia.

"Sihat Lia. Alhamdulillah.. Lia pula macam mana?" Soal Yna.

"Saya sihat. Ini Alan, rakan sekerja saya. Kami buka bakery ini. " Kata Lia.

"Lia... Saya nak minta maaf pasal dahulu, sebenarnya Haider yang paksa saya buat macam tu. Sebab dia ungkit dengan saya pasal kos pembedahan itu. Maafkan saya Lia" kata Yna, mendung.

"Dah lah tu. Saya tak ambil kisah dah.. anyway, jemput makan.." kata Lia.

Alan sudah terdiam. Apa yang berlaku di antara Haider dengan Lia dahulu. Dia ingin tahu.

Yna mencicip kudapan itu. Sangat sedap. Patutlah ramai yang sebut-sebut tentang bakery dan kafe ini.

Setelah lama mereka bercerita, Yna pamit ingin pulang.

"Lia., Aku harap takda dendam di antara. Kau masih terima aku sebagai kawan kan?" Kata Yna.

Lia hanya senyum. Ya atau tidak, semua pada Lia.

"Aku faham kau perlukan masa. Aku sekali lagi minta maaf Lia" kata Yna. Dia tahu banyak yang dilalui oleh Lia. Sudah cukup baik Lia ingin berbual dengannya. Yna beransur pulang.
*******
"What happened between you and Haider before this Lia?" Soal Alan. Dia ingin sekali tahu.

"Takda apa lah Alan. Saya dah malas nak ingat kisah silam itu. Biarkanlah." Kata Lia..

"Ahh... Tadi nak jumpa Lia, mesti ada apa-apa kan? Kenapa ?" Soal Lia.

"Owh ye.. ini, ada iklan ini. Pertandingan pastri. Nak join tak?" Soal Alan.

"Boleh juga, sekali gus kita  promosikan produk kita. Bila?" Soal Lia.

"Minggu depan.. kalau Lia pergi, siapa nak jaga bakery?" Soal Alan.

"Kalau macam tu, Alan yang pergilah" kata Lia.

"Apakata Lia pergi. Lagipun, Lia kreatif dengan bahan. Takpe, Alan jaga bakery. Don't worry.. Okay?" Kata Alan.

"Okay.. anyway, anjuran siapa pertandingan ni?" Soal Lia.

"Syarikat HH.. baru beroperasi syarikat ni saya search tadi. Tapi, ini syarikat sampingan mereka. Tu je yang saya dapat search tadi" terang Alan.

Lia hanya mengangguk kepalanya.
*********

"Master, good news. Bakery Puan ada hantar borang. Dan, Lia yang pergi" kata Elaine.

"Finally..... I can't wait to see you, my wife" bisik Haider.

"Errr....ada apa lagi ke Master?" Soal Elaine.

"Syarikat induk kita dekat sini, okay?" Soal Haider.

"Semua berjalan lancar. Ya, sebelum terlupa. Petang ni, Puan Sally nak jumpa Master" kata Elaine.

"Okay... " Balas Haider.

"Lia.... I came back for you..." Bisik Haider.
********
"Mungkin Lia nak buat resepi baharu kut. Untuk pertandingan itu?" Soal Lia.

"Boleh... Alan tunggu" kata Alan.

" Ehh, jangan lah. Lambat Lia balik ni. Alan balik dulu tau. Please" rayu Lia.

"Hish.. okaylah. Tapi, janji esok... Kita keluar ye.." kata Alan.

"Ye, Alan... Byee.. hati-hati tau." Kata Lia.

Hampir dua jam dia di bakery, dia pulang. Jam menunjukkan jam 8 malam. Dia menutup suis lampu, dan mengunci pintu bakerynya.

Entah kenapa dia perasaan bahawa seperti ada orang mengekorinya. Dia mempercepatkan langkah menuju ke kereta. Mengunci pintu dan cepat-cepat membawa kereta.
*********

"I see her, Elaine. She wear tudung now. Kalau lah saya tak dapat kawal diri saya. Dah lama saya culik dia" cerita Haider kepada Elaine.

Ya, dialah orang yang mengekori Lia tadi. Dari Lia menutup suis, mengunci bakery nya dan melihat Lia yang sudah memakai tudung. Dia senang. Dia suka. Dia suka penampilan Lia sekarang.

"Sabar Master... Minggu depan kan Master akan jumpa dia juga" senyum Elaine.

"Entahlah Alan, nasib saya dah dekat kereta tadi." Cerita Lia.

"Kan, saya dah cakap. Jangan sampai malam buat kerja. Okay, kalau esok Lia nak stay, Alan tunggu. Okay?" Soal Alan, risau..

Puan Sally senyum, dia tahu siapa mengekori Lia, siapa lagi kalau bukan Haider.

"Anyway, good luck for competition ye Lia" kata Puan Sally.

"Okay mommy" senyum Lia.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now