CHAP 57

156 2 0
                                    

Maria melihat Haider yang tidur nyenyak kesan daripada ubat tidur yang diletakkan. Kini, dia membuka bajunya untuk menjayakan rancangannya. Sehingga orang dari jabatan agama itu datang.

Dia mulai memanjat katilnya, namun tanpa disangka...
*******

"Puan nak apa-apa?" soal Aaron. Lia sedang berada di kebun milik Tok Puan. Kebun yang pernah diusahakannya dulu sewaktu bergelar orang gaji.

"Nope. Aaron nak dengar cerita tak? Sebelum kahwin dengan Master, saya ialah orang gaji dekat sini. Tiba-tiba saya jadi rindu pula." kata Lia, sedikit emosi.

"Sabar lah Puan. Puan nak makan sesuatu ke? " kata Aaron. Lia diam memikirkan apa yang dia teringin makan.

"Setakat ni, belum ada. Cuma, saya nak suami saya je. Anyway, change topic.. Aaron, awak dengan Elaine tugas awak berdua sama ke ?" soal Lia, cuba menutup rasa rindunya kepada Haider.

"Elaine?" sengih Aaron. Menyebut nama gadis itu, hatinya gembira. Lia pula melihat reaksi perubahan muka Aaron apabila nama gadis itu diseru.

"Elaine. kami kenal daripada kumpulan ni lah. Dah, sudah menjadi tanggungjawab kami menjaga Puan dan Master. Err, Puan.. boleh simpan rahsia tak?" soal Aaron. Lia menanti apakah rahsia yang ingin disampaikan.

"Saya dah lama sukakan Elaine" kata Aaron. Lia sudah terkejut.

"Maksud awak datang rumah saya dulu. Dah memang lama kenal dengan Elaine lah. Pandai korang kan.. Simpan rahsia" kata Lia.

"Terpaksa Puan. Dah rancangan Tok Puan macam tu, terpaksalah saya buat undercover. Menjadi kawan Haider pun salah satu tugas saya. Tapi, Haider dan Alan.. kawan yang baik" kata Aaron.

"So, kerja awak sebagai pilot tu cuma tipu ke?" soal Lia. Teringat sewaktu di awal perkenalan mereka.

"Tipu. Tapi, saya pandai bawa helikopter." kata Aaron. Lia merasakan Aaron bergurau dengannya dan Lia tergelak besar.

"Puan.. betul. Saya pandai" kata Aaron. Lia sudah terdiam.

"Hemm.. yelah. Saya percaya. Lagipun, awak kan bakal penjaga anak saya." kata Lia. Tok Puan menghampiri mereka.

"Lia. Jom masuk, awak tu mengandung. Nanti masuk angin. Jom." ajak Tok Puan. Lia sudah berdiri menghampiri Tok Puan Mereka berjalan ingin masuk ke rumah. Namun, terhenti langkah Lia.

"Ah... saya dah tahu nak makan apa.. Boleh tolong belikan saya kek. Kek apa-apa pun tak pe. Boleh kan?" soal Lia. Aaron menganggukkan kepalanya.
**********

"Cik Maria nak buat apa ni?" soal Elaine, menarik Maria sehingga terjatuh ke lantai. Elaine membaling baju ke arah Maria.

"Pakai balik..." tegas suara Elaine.

"Cis, kau ingat aku takut dengan kau ke Elaine, setakat butler si Haider. Cepat atau lambat.. Haider akan jadi suami aku. Dan, kau akan ada di bawah kaki aku. Kau tahu tak?" soal Maria sambil memakai pakaiannya kembali. Terbantut rancangannya.

"Tu pun kalau Master nak percaya dengan Cik" kata Elaine.

"Sedar diri sikit Elaine, setakat butler je pun. Dan, aku akan pastikan kau akan dibuang oleh Haider. Macam mana Lia kena halau, macam tulah kau akan dihalau keluar" kata Maria.

"Tapi, saya rasa Kak Maria yang perlu keluar daripada sini" kata Sophie terus masuk ke dalam bilik Haider. Maria sudah terkejut. Diingatnya, Sophie sudah keluar tadi.

"Call pejabat agama suruh datang sini? Motif? Hahahha. Nasib baik Sophie bertindak cepat. Boleh tahan juga rancangan Kak Maria ni kan? Tapi, tulah.. Belum lawan hebatnya rancangan Tok Puan lagi kot" kata Sophie, tersenyum sinis.

Dan, muka Maria ketika itu pucat. Adakah selama ini rancangan berhasil ataupun gagal?

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now