CHAP 64

116 1 0
                                    

"Alan... Mommy nak call Tok Puan ye.." kata Puan Sally. Teringat beberapa jam yang lalu.

"Nama budak tu, Lia Ilysa. Ini gambar dia yang terakhir" kata pengetua menunjukkan gambar seorang budak perempuan, dan ya. Dia Lia.

"Tak sangka aku, adik tiri aku si Lia. No wonder lah aku dengan dia tak jadi bercinta.. " kata Alan dalam hati.

"Hello Tok Puan, mana Lia? Sally nak cakap dengan dia. Dia anak saya, Tok Puan. Anak saya yang hilang dulu" kata Puan Sally.

Tok Puan di UK sudah tersenyum.. " aku dah lama tahu sebenarnya, Sally.. kau ingat aku nak bagi kahwin Haider tu macam tu je ke, kalau tak tengok siapa dia. Orang-orang aku dah awal siasat dari orang suami kau tu" kata Tok Puan. Terkejut Puan Sally.

"Tapi, kenapa Tok Puan tak bagitahu saya.." kata Puan Sally.

Tok Puan tersenyum, "kau ingat kenapa aku hantar Lia dekat kau, Sally. Supaya kau tu tangkas berfikir yang bahawa Lia tu anak kau" kata Tok Puan.

Puan Sally diam. Patutlah, Tok Puan berhabis memberitahu mengenai Lia waktu permulaan dia akan ke Malaysia. Ini sebabnya, dan dia harus berterima kasih dengan Tok Puan.

"Tok Puan, terima kasih. Tolong jaga Lia baik-baik dekat sana. Nanti kami akan datang membawa rombongan meminang untuk Sophie. Sampaikan salam rindu dekat Lia" kata Puan Sally.

"Jangan risau, kau tahu aku kan. Aku takkan sembarangan terima orang yang akan jadi isteri Haider. Anyway, kau harus berdoa untuk menantu kau dan anak kau. Mereka dalam misi sekarang" kata Tok Puan.

"Misi? Tok Puan .. maksud Tok Puan misi tu ke? Ya Allah..." Kata Puan Sally. Alan sudah pelik, misi apa yang dimaksudkan.

"Saya sentiasa doakan mereka, Tok Puan. Lepas habis segalanya, kami akan ke sana. " Kata Puan Sally. Panggilan dimatikan.

"Mommy, misi apa?" Soal Alan. Puan Sally sudah terdiam.

"Mommy harap kamu doakan semoga adik kamu tu dapat menjayakan misi tu" kata Puan Sally.

"Mommy, Alan tak faham. Misi apa?" Soal Alan.

"Misi menjadi ibu bapa pewaris, Alan. Mommy pernah dengar tentang ini. Jikalau mereka tidak berjaya, mereka akan dipisahkan secara paksa" kata Puan Sally.

Alan sudah risau.. dia tahu perasaan Haider kepada Lia. Dan, Lia terhadap Haider.

"Ia bukan susah, ia bukan senang. Tapi, buruk padahnya jika tersilap langkah" kata Puan Sally.
********

Elaine sudah berada di sebuah bilik bersama Lia.

"Elaine, abang akan sempat ke? Abang akan jumpa Lia ke?" Soal Lia, bimbang..

Elaine tersenyum, "Puan jangan fikirkan sangat. Saya kenal Master saya tu. Kalau dulu dia boleh cari Puan, saya yakin Master sekarang boleh cari Puan walau di mana Puan berada, bukankah kamu saling mencintai" kata Elaine, meredakan gugup isteri majikannya.

"Please Abang... Semoga Abang dapat jumpa kami" kata Lia mengusap perutnya.

Beberapa jam lalu.

"Kamu berdua akan dipisahkan, Haider ada masa 24 jam untuk mencari Lia di mana. Sepanjang 24 jam ini, kamu akan mengunjungi beberapa tempat dan ada tugasan yang harus kamu lakukan. Ini sebenarnya untuk memberitahu orang dekat kawasan Tok Puan yang kamu adalah ibu bapa waris. Dan, waris sebenarnya bakal lahir. Inilah tugasannya. Ini sebagai tanda kepada orang ramai, supaya organisasi yang lain tak tahu" kata Tok Puan.

Lia sudah menangis, Haider mengenggam tangan isterinya.

"Kalau saya gagal?" Kata Haider.

"Pisah secara paksa" kata Tok Puan.

Lagi kuat tangisan Lia. Beginilah mungkin ibu bapa Tok Puan alami sewaktu dia dalam perut lagi.

"Sayang.. listen. I will come back for you.. and i love you, always." Kata Haider. Dia sudah tidak malu mengucup bibir isterinya di hadapan semua orang.

"I will come back for you, Lia. Trust me. And pray for me.." kata Haider mengusap perut isterinya.

Dan, kini... Lia bersama Elaine. Dan Haider bersama Aaron. Melaksanakan misi sebagai ibu bapa pewaris.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now