CHAP 17

199 4 0
                                    

Rambutnya dipotong, muka yang selalunya pucat tu dicalit sedikit mekap agar berseri. Lia merenung dirinya di hadapan cermin. Jika Haider bermain permainan ni, dia juga akan turut serta. Sudah cukup maruah dipijak selama ini. Bermula dari episod tangkap basah, menjadi isterinya, kawannya menjauhkan dirinya, dia diberhentikan kerja, dan bekerja sebagai orang gaji di sini. Dia rasa sudah cukup sebagai membalas apa yang dia buat kepada Haider dulu. Kini, mereka seri.
*********

"Wehh Lia... Lain macam kau hari ni. Rambut baru lah... " puji Erma. Terkejut juga dia melihat penampilan baharu Lia.

"Saja nak tukar angin... Dah, kita buat kerja" kata Lia.
*******

Lia perasaan akan renungan suaminya terhadap dia. Namun, Lia hanya mempedulikannya.

Haider pula seakan tidak senang duduk melihat Lia sekarang. Jika dulu wajah pucat Lia, kini ada serinya. Adakah dia tidak sabar dengan penceraian ini. Haider merenung Lia tajam. Rambutnya dipotong. Mukanya berseri. Memang Haider tidak senang duduk. Bertambah cantik kalau empunya badan sudah sedia cantik.

"Master... Kenapa? Makanan tak sedap ke?" Soal Elaine yang melihat Masternya belum menjamah makanan.

"Abang tu nak Maria ada sini. Baru makanan tu jadi sedap. Tak gitu, Abang?" bentak Sophie, terus menolak kerusi dan meninggalkan meja makan.

Ya, Sophie sudah melancarkan perang dingin terhadap Haider awal pagi tadi. Apabila Tok Puan memberitahu perihal Haider akan berkhawin dengan Maria dan menceraikan Lia.

Selaku orang tua, Tok Puan tidak boleh masuk campur. Namun, hanya menasihati mana yang baik dan mana yang buruk untuk Haider.

"It's okay, Haider. Nanti Tok Puan pujuk Sophie. Dah makan" kata Tok Puan. Dia melihat ke arah Lia. Dia senang... Melihat penampilan Lia yang sekarang.
*********

Lia diarahkan untuk membersihkan kebun milik Tok Puan. Sedang dia membersihkan kebun, muncul seseorang yang sudah lama dia tidak jumpa.

"Hai, bidadari..." leret suara Alan.

"Owh.. Hai, Encik Alan. Buat apa dekat sini?" Soal Lia, ramah.

"Hehehe. Ada meeting dengan Haider. Tapi, tak salah kan. Saya jumpa awak dulu...Awak buat apa tu?" soal Alan, ramah.

"Takde.. Sebenarnya, saya nak tanam pokok baharu, Encik Alan" kata Lia memaniskan mukanya.

Terpana sedikit Alan. Jika dulu, pertama kali menjumpai Lia, dia tidak senyum dan bercakap dengannya. Namun, apabila Lia bercakap dan senyum kepadanya, hati menjerit suka. Ya, dia sudah jumpa bidadarinya..

"Marilah saya tolong.." kata Alan mendekati Lia.

"Eh... Encik. Kata ada meeting dengan Master." kata Lia.

"Tu boleh tunggu. Ni.... tak boleh. Dah, mana pasu. Jom tanam" ajak Alan.
**********

"Elaine, awak ada nampak Alan ke? " soal Haider kepada Elaine. Kedatangan Alan ke sini, untuk membincangkan laporan syarikat mereka.

"Saya tak tahu Master.. Saya belum nampak dia ke sini" kata Elaine.

"Lia mana? Suruh dia hantar kopi ke bilik saya" kata Haider.. Dia mulai merindukan Lia, ingin dia lihat muka itu sepuas-puasnya.

"Puan di kebun sekarang, Tok Puan suruh tanam pokok baru." kata Elaine. Haider memanjangkan langkahnya ke kebun milik Tok Puan.

Entah kenapa, dia ingin memeluk Lia. Semalam, tidurnya tidak bersama Lia membuatkan mimpi buruk itu datang kembali.

Langkahnya mendekati kebun itu, terdengar suara gelak ketawa. Hatinya panas.. Suara Alan dan isterinya. Haider mempercepatkan langkahnya.
*******

"Dah siap. Terima kasih Encik Alan" ramah Lia. Mereka berjaya menanam tiga pokok hari ini.

"Sama-sama kasih, bidadariku" bicara romantis Alan.

"Hemmm hemmm" kedengaran suara orang mendehem di belakang mereka. Lia terkejut Haider ke sini. Dia meneruskan kerjanya membuatkan seperti Haider tidak wujud di situ.

"Sorry Haider. Aku rindu lah dekat Lia. Tengok . Kami dah tanam tiga pokok. Kan Lia?" kata Alan.

Lia menganggukkan kepalanya sambil tangannya mengemas perkakas yang mereka gunakan. Dia perasaan cerlungan mata tajam Haider sekarang sedang merenung. Namun, dia tidak kisah. Malas ambil tahu.

"Dah... Jom... Aku banyak kerja lagi ni." tu sahaja Haider katakan. Panas dia melihat Alan dan Lia... Sungguh panas.

Sebelum meninggalkan mereka berdua,

"Lia... bawakan kami kopi." arah Haider.

"Baik Master" tu sahaja kata-kata Lia. Alan sempat melambaikan tangannya.

"Bye bidadari. Nanti kita jumpa lagi. Bos besar dah naik angin tu" kata Alan. Lia hanya membalas menggunakan senyuman.
*************
Sedang mereka berbincang, masuk Lia menghantar kopi. Terdiam Haider dan Alan. Mereka berdua hanya merenung setiap perbuatan yang Lia lakukan.

"Kalaulah Lia jadi isteri aku. Alahaiii, bahagianya ..." angan Alan dalam hati.

"Please..  Look at me Lia, i miss you" gumam Haider dalam hatinya.

Lia pula tidak senang apabila direnung oleh mereka berdua. Kekok segala perbuatannya.

"Dah kenapa dua orang ni. Macam tak pernah nampak orang" gumam hati Lia.

"Saya pergi dulu, Master... Encik Alan" pamit Lia.

"Bye... bidadari" kata Alan. Lia menutup pintu itu.

"Kau ni, banyak-banyak perempuan. Lia juga kau nak. Boleh tak kau pilih orang lain.." kata Haider.

"Biarlah.... Aku nak Lia juga" kata Alan, degil.

"Masalahnya tak boleh... Lia not available.." kata Haider.

"Sebab ??? " Soal Alan.

"Hish.. susah lah cakap dengan kau ni. Dah sambung..." bentak Haider. Bagaimana dia harus mengatakan Lia isterinya, jika perkahwinan mereka berbaki dua bulan lagi.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now