CHAP 33

205 2 0
                                    

Selepas Lia menangis. Dia mengelap air matanya.

"I still can't forgive and forget what you had done to me. Jangan Master ingat, saya senang-senang nak lupakan semuanya" kata Lia.

Haider sudah tersenyum..

"Take your time, Lia. But please, don't leave me. Sayang.." kata Haider sambil mengusap pipi Lia.

Lia sudah malu dengan perbuatan Haider. Kenapa Haider boleh berubah sebegini. Menjadi seorang yang romantis.

"Errr... Lia nak keluar, boleh tak? Bosan dekat sini" kata Lia, lebih tepat lagi. Takut dia berdua-duaan dengan Haider. Hati dan akalnya belum boleh mencerna apa yang berlaku. Mana perginya Masternya yang kejam dahulu...

"Okay.. kita pergi shopping.. and then, kita pergi honeymoon sekijap" kata Haider sambil tersenyum melihat Lia.

"Wait... What? Honeymoon? Buat apa? " Soal Lia.

"Yelah, nak mulakan semula hubungan yang tak semenggah dulu. Hehehehe" sengih Haider.

Dan, kenapa sengihan Haider menarik minat Lia untuk lebih memandang suaminya.

"Tapi, saya takda baju.. Err... Master boleh tolong singgah dekat rumah Alan tak?" Soal Lia.

"Soal baju.. tak payah. Jom.." kata Haider menarik tangan Lia. Dia dibawa ke satu bilik.

"Ini bilik Lia. Tengok.. Abang dah suruh Elaine siapkan semuanya" kata Haider, semangat.

Lia melihat baju-baju yang tergantung, dengan tudung. Ketika sedang membelek baju. Haider memeluknya dari arah belakang. Dia masih belum puas melepaskan rindu kepada Lia. Tiga tahun ditunggunya dengan penuh sabar.

"Bila Lia nak tinggal dengan Abang?" Bisik Haider di telinga Lia.

"Kenapa pula?" Soal Lia.

"Yelah.. takkan lah nak tinggal dengan orang lain.. sedangkan suami awak dekat sini?" Soal Haider.

"Tak nak lah. Nanti saya jadi orang gaji awak pula dekat rumah ini. Tak nak saya. Jatuh lah saham saya, pemilik bakery jadi orang gaji" sindir Lia.

Haider sudah terdiam.. Nampaknya Lia masih belum melupakan kejadian tiga tahun lalu. Namun, dia tidak menyalahkan Lia. Ini semuanya silapnya.

"Cantik baju ni. Nak pakai ni lah." Kata Lia sambil menunjukkan pakaian itu kepada Haider.

Haider memegang tangan Lia. Dan terus mengucup bibir Lia, lama.

Dan, Lia pula hanya terdiam. Ya, dia rindukan suaminya. Namun, dia takut...  Takut akan berulang lagi kejadian lampau.
**"********

Yna datang ke bakery itu. Dia ingin berjumpa dengan Lia. Dia rindukan sahabatnya itu.

"Cik, cari siapa?" Kata pekerja berkenaan.

"Err.... Cik Lia ada?" Soal Yna.

"Owh... Cik Lia cuti.." kata pekerja tersebut.

"Sekijap... Awak ni kawan Lia kan?" Soal Alan. Ya, sedang dia menurun tangga, dia ternampak Yna.

"Ya.. saya, sebenarnya saya nak jumpa Lia. Tapi, Lia takda .. Takpe lah. Saya balik dulu"in pamit Yna.

"Ehh.. kijap. Errr, saya nak berborak dengan awak sekijap, boleh?" Kata Alan.

Yna menganggukkan kepalanya.
*********

Selang setengah jam Yna dan Alan berborak, Alan sakit hati. Perangai Haider terhadap Lia tidak dapat dimaafkan.

"Saya memang kawan yang tak berguna. Sedangkan saya tahu, Lia tak bersalah. Encik Haider yang perangkap Lia. Supaya mereka berkahwin" kata Yna.

Alan sudah menggengam tanganya.

"Terima kasih Yna sebab sudi ceritakan kepada saya. " Kata Alan.

"Ye... Hurmm, saya minta diri dulu, Encik Alan" pamit Yna.

Alan masih duduk di situ. Dia harus memiliki Lia... Dan cara untuk memiliki Lia dengan menghasut Lia agar berdendam dengan Haider.
********

"Sayang nak apa?" Kata Haider ketika berada di shopping mall.

Lia berkenan dengan baju yang tersangkut itu, sangat cantik potongannya sesuai dengan Lia yang bertudung. Namun, melihat harganya. Dia tidak mampu.

Lia harus berjimat-cermat. Cepat atau lambat, hutang Haider harus dibayarnya.

"Err.. takdalah Master, jom.." ajak Lia.

"Cik.. saya nak baju ni..." Kata Haider, Lia sudah terdiam. Harga baju tu mahal. Sangat mahal.

"Boleh Encik.. Encik nak belikan untuk Puan ni ke?" Soal pekerja itu.

Haider terus memegang tangan Lia, dan mengusapnya perlahan.

"Ya.. isteri saya..." Kata Haider..

Lia hanya terdiam. Selepas mereka membeli-belah. Lia ingin bertanya, di manakah dia akan pergi?

"Err... Where are we going?" Soal Lia.

"Suprise. Mana boleh Abang bagitahu Sayang..." Kata Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now