CHAP 58

164 2 0
                                    

Maria sudah menangis teresak-esak di sofa. Jika dahulu, dia melihat Lia menangis. Kini, dia yang mengalami semua ini. Haider sudah sedar daripada lenanya. Apabila mengetahui semua helah Maria, dia kini berada di ruang tamu ini. Bersama Elaine dan Sophie.

"Do you think you gonna win my heart again, Maria? No. Because, the moment we break our engagement. My heart will always with Lia. Before I knew you. Because, Lia was the first girl i know" kata Haider, memang kalau diikutkan hatinya, ingin dia menampar muka Maria. Teringat kekasaran yang pernah dilakukan Haider kepada Lia kerana perangkap Maria.

"And, do you think you win? You lose, Maria. Kau fikir kami bergaduh betul. Tak... Dan, Aaron yang kau perangkap tu, ialah orang suruhan Tok Puan" kata Haider lagi.

Maria sudah terkejut sambil tangisannya semakin kuat. Menipu kalau dia tidak terkejut. Dan, Tok Puan yang disangka hanyalah orang tua nyanyuk tahu semua perancangan nya.

"Sophie rasa.. dari Kak Maria decide nak pergi sini lagi kut. Tok Puan dah tahu.. Tak guna punya perempuan, ikut hati Sophie. Nak je Sophie tampar muka Kak Maria tau. So, Abang.. kita nak buat apa dengan perempuan ni?" soal Sophie.

"Kalau ikutkan Abang. Abang boleh je penjarakan dia, biar dia tahu.. Perangkap isteri Abang.. Biar dia meringkuk dekat penjara" kata Haider.

Maria makin kuat menangis. Tersilap semua perancangannya selama ini. Kalau lah dia mengikuti kata ayahnya dulu. Perkara ini tidak akan berlaku. Maria sudah mencapai kaki Haider. Dia merayu.

"Haider... i beg you.. Please.. I promise after this, I tak kacau lagi family you. Please... Maafkan I, Cakap dengan Lia.. I nak minta maaf.. Tolong Haider.. I minta maaf. I tak nak kena penjara" rayu Maria dengan tangisan yang kuat.

Sophie sudah tersenyum, kalau diikutkan, perkataan maaf itu belum cukup. Namun, siapalah dia ingin bermusuh dengan orang lain.

"Now, i give your a half hour to pack up all your belongings. Go back to your parents. And, I don't want to see you again. Do you hear me? Now!" jerkah Haider.

Terkocoh-kocoh Maria pergi ke biliknya. Disangka selama ini, rancangannya berjaya namun semuanya salah. Setelah habis dia mengemaskan barangnya, dia menuju sekali lagi ke tempat Haider.

"I am so sorry Haider, Sophie, and Elaine. Sampaikan maaf saya kepada Lia dan Aaron juga. Saya tahu salah saya. Saya ingatkan saya boleh dapatkan hati you balik, Haider. I just.... I promise that you will not see me again" kata Maria berlalu pergi.

Sophie, Haider, dan Elaine hanya diam menyaksikan Maria menarik bagasi dengan wajahnya yang sugul.
*********

Lia sedang merenung gambar suaminya. Dia merindukan suaminya dan mengusap perut yang sudah melihatkan bentuknya. Makannya juga besar. Tu pun, setelah dipaksa oleh Tok Puan.

"I need my great grandchildren healthy, Sayang" kata Tok Puan. Dia mengusap gambar Haider.

"I just miss you, Abang.. I remember when my first time I work here. You are not Hamzah that I know back when we at Rumah Anak Yatim. You are Haider, my master and my husband. And, I miss you so much Abang" emosi sikit Lia, dia sangat merindukan suaminya.

Ketukan di pintu kedengaran, Lia mengusap air matanya. Lia membuka pintu dan kelihatan Aaron menatang dulang makanan.

"Puan.. susu" kata Aaron. Lia terketawa.

"Susu lagi... Hemmm" adu Lia.

"Supaya my master inside your tummy healthy" kata Aaron. Lia diam dan terus minum susu yang diberikan.

"I miss my husband, Aaron" kata Lia. Aaron diam, dia ingin memaklumkan bahawa suaminya dalam perjalanan ke sini. Namun, dia terpaksa rahsiakan. Biarlah menjadi kejutan untuk Lia nanti.

"Sabar lah Puan. Puan jangan sedih-sedih ye." pujuk Aaron. Lia semenjak mengandung, emosinya sukar dikawal. Mungkin, Lia memerlukan suaminya di sini.

Lia menganggukkan kepalanya. Setelah habis susu itu diminum, Lia ingin masuk tidur.

"Terima kasih Aaron, saya tidur dulu" kata Lia, menutup pintu. Aaron membawa gelas ke bawah.

"Lia dah tidur Aaron?" soal Tok Puan.

"Dah Tok Puan. Bila agaknya Master sampai?" soal Aaron.

"Mungkin esok malam. Kesian juga saya tengok isteri cucu saya tu. Teringat masa saya mengandung Luthfi dulu. Suami saya pun selalu tinggalkan saya, boleh jadi gila tau takda suami. Ditinggalkan dekat mansion tu, siapa sanggup... Nasib lah ada mak ayah kamu waktu tu Aaron" cerita Tok Puan.

Aaron tersenyum, memang zahirnya Tok Puan adalah figura yang paling dihormati dalam kumpulan mereka. Namun, raut wajah inilah yang menyimpan seribu satu duka. Suami Tok Puan dibunuh ketika baru beberapa bulan melahirkan anaknya masih diingati oleh Aaron yang ketika itu diceritakan sewaktu dia masih kecil.

Dan, siapa tidak kenal Tok Puan. Keberaniannya, kepandaiannya, dan kebijaksanaannya menjadikan dia Tok Puan yang paling digeruni. Semoga sahaja pewaris seterusnya berbangga bahawa dia ialah cicit kepada Tok Puan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now