CHAP 59

148 2 0
                                    

Haider sudah berada di kapal terbang milik keluarga mereka. Elaine menyertainya Master untuk pulang ke UK. Namun, tidak bagi Sophie.

Beberapa jam lalu...

"Aik... Sophie, kenapa tak kemas barang lagi? Kita nak balik dah ni.." tegur Haider yang dilihat Sophie bermalas-malasan di sofa.

"Can i live here. After all, Alan here. Biar Sophie tengokkan syarikat kita dekat sini" kata Sophie. Faham lah Haider kenapa adiknya tidak mahu balik. Hatinya ada di sini. Dekat dengan Alan. Dan, Haider bersyukur Alan yang akan menjaga adiknya.

"Okay.. hati-hati ye. Jaga diri" kata Haider. Sebelum mereka pergi ke lapangan terbang. Sempat dia singgah ke rumah Puan Sally, kebetulan ada Alan di sana.

"Saya nak balik dah Puan, Alan. Terima kasih kerana selama ini jaga isteri saya. " Alan sudah sedia maklum mengenai rancangannya mereka dahulu mengenakan Maria. Memang mulanya, dia orang yang paling risau apabila Lia dihalau keluar namun setelah mendengar cerita daripada Sophie. Dia mengerti semuanya.

"Alan.. Jaga adik aku baik-baik ye. Kalau kau dah nak sunting adik aku. Kau cakap je. Tolong terima segala kekurangan dia" kata Haider, selaku abang. Dia amat menyayangi adiknya itu.

"Jangan risau bro. Aku akan tengokkan dia. Anyway, aku ingat nak kahwin dengan dia hujung tahun ni. Boleh kau sampaikan perkara ini dengan Tok Puan." kata Alan, walaupun Haider kawannya. Namun, dia menghormati Haider sebagai bakal abang iparnya.

"Boleh.. Jangan risau. Aku yakin Tok Puan akan jadi orang yang paling gembira. Anyway, aku tengok kesihatan Lia dulu ye. Aku tak janji akan datang sini ataupun macam mana. Sebab takut Lia dah sarat" kata Haider, terlepas cakap. Ingatkan dia mahu bagi kejutan kepada Alan.

"Wait.. Lia? Pregnant? Mommy.. Alhamdulillah" kata Alan, gembira. Puan Sally menitis air mata gembira. Lia dijaganya selama tiga tahun. Lia seperti anak perempuannya yang pernah hilang dulu.

"Jaga Lia baik-baik Haider. Sampaikan salam Aunty dekat Lia. " kata Puan Sally.

"Baik Puan" kata Haider.
*********

"Saya tak sabar nak jumpa isteri saya, Elaine" kata Haider.

"Saya faham Master. Saya pun..." kata Elaine.

"Anyway Elaine, saya nak tanya awak sikit. Aaron tu sama tugas dengan awak ke? Jadi butler? ke macam mana?" soal Haider, misteri betul Aaron ini dirasakan. Memang lah Aaron kawan lamanya namun terlalu banyak yang dirahsiakan oleh Aaron daripada dirinya.

"Aaron, Master... Ya Master. Tapi, saya rasa tugas Aaron jaga Puan" kata Elaine. Sedikit cemburu Haider apabila Aaron menjadi penjaga isterinya.

"Tapi, lebih tepat.. bukan isteri Master.. Dia akan menjadi penjaga anak Master. Lagipun, anak tu kan dalam perut Puan" kata Elaine.

Haider sedikit menarik nafas lega. Dalam hatinya berbisik, "nasib anak aku dia jaga. Kalau Lia, aihhh makan penumbuk Aaron kang. Aku tahulah nak jaga isteri aku" kata Haider.

Elaine sudah sedikit tersenyum. Dia tahu Masternya sedikit cemburu.
*********

"Terima kasih Aaron. Tahu-tahu je anak saya nak makan benda ni" kata Lia. Puas Aaron berpusing satu UK untuk roti canai ini Nasib baik di UK, segala makanan sudah boleh dijumpai di sini.

"Sama-sama Puan. Puan mesti rindu makanan Malaysia kan?" soal Aaron. Lia terhenti suapannya. Ya, suaminya yang berada di Malaysia pun dia rindu.

"Bila mereka nak datang Aaron?" soal Lia, emosi orang mengandung lagi.. Hampir bercucuran air mata Lia.

"Puan.. makan lah, kata orang.. masih panas sedap dimakan. Ni kalau dah sejuk, tak sedap daa. Puan makan ye" kata Aaron, tidak sanggup dia melihat air mata Lia.

"Dah, jom makan sekali nak.." kata Lia. Aaron pun terpaksa makan bersama Lia.
********

Malam itu, ketika dia sedang memerhati gambar suaminya yang ada di dinding. Dia.mengusap perutnya. Belum dipastikan apakah jantina anaknya.

"Baby... did you miss daddy. Me too. I miss him... So much" kata Lia. Kata Tok Puan, kena selalu berinteraksi dengan baby. Ketukan di pintu kedengaran.

"Ni mesti Uncle Aaron baby, hantar susu. Jom minum ye" kata Lia membuka pintu.

"Asal Aaron je susu.... Abang !!!!!" jerit Lia, terkejut dia melihat figura suaminya di depan pintu menatang dulang susu.

Dia terus memeluk suaminya. Dia rindukan suaminya. Menangis mereka berdua, merindukan antara satu sama lain.

Tok Puan, Aaron, dan Elaine gembira melihat mereka.

"Like i say Elaine... sebanyak mana pun dendam seseorang, akan dipatahkan oleh cinta dan kasih sayang. Jom turun, biar mereka" kata Tok Puan.

Elaine sudah gembira. Teringat dulu, dendam Master kepada perempuan yang bernama Lia Ilysa. Dan, sekarang... Cinta yang menyatukan mereka.

Mereka meninggalkan pasangan itu.
*****

"Tok Puan dah bagitahu mereka ke?" soal Elaine, cabaran mereka belum berakhir. Menjadi ibu bapa kepada waris bukannya mudah.

"Belum Elaine. Biarkan mereka dahulu... Nanti Tok Puan beritahu. Kamu rehat dulu Elaine, biar Aaron uruskan semua." kata Tok Puan.

Elaine hanya senyum kepada Aaron. Melihat pujaan hatinya senyum. Hatinya berbunga-bunga. Dikenalnya sejak dahulu lagi, membuatkan Aaron memang jatuh cinta kepada Elaine.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now