CHAP 19

201 4 0
                                    

Selepas sahaja keluarga Maria balik, Tok Puan memanggil Lia ke bilik bacaan. Ada sesuatu yang dia ingin bincangkan bersama gadis tersebut.

"Lia... Tok Puan belum sepenuhnya kenal Lia. Cuba ceritakan dengan Tok Puan. Apa benda yang Lia minat sekali?" Kata Tok Puan sambil menghirup tehnya.

"Sebenarnya Tok Puan. Saya suka buat kek. Saya ingat lagi dulu, keluarga angkat saya ada berniaga kecil-kecilan kek. Dan, saya ingat lagi. Saya tolong mereka dan jual kek" cerita Lia kepada Tok Puan.

"Keluarga angkat kamu mana sekarang?" Soal Tok Puan kepada Lia. Suram muka Lia apabila menceritakan mengenai keluarga angkatnya.

"Mereka dah meninggal Tok Puan. Selepas sahaja mereka pergi, saya tinggal dengan kawan saya, Yna. Tapi...." Tidak sanggup Lia bercerita. Lagipun Yna tidak lagi menganggap bahawa Lia kawannya. Memang dia sendiri sekarang.

Lia sudah mengalirkan air matanya. Tok Puan hanya diam. Banyak yang sudah dilalui oleh isteri cucunya ini. Namun, kenapa Haider tidak memaafkan gadis ini.

"Lia.. come here" kata Tok Puan. Lia terus ke arah Tok Puan dan membaringkan kepalanya di riba Tok Puan. Tok Puan mengusap kepala Lia.

Lia bersyukur. Walaupun hidupnya begini, masih ada yang sayang dengannya. Elaine, Sophie, dan Tok Puan selalu berada di samping Lia.

"Kalau Tok Puan nak hantar kamu pergi belajar buat kek, kamu nak Lia?" Soal Tok Puan.

Lia mengangkat kepalanya. Tidak faham maksud Tok Puan.

"Tok Puan ada kawan, dia pun ada bakery. Di Malaysia. Nanti Tok Puan risik-risik kalau dia boleh ajar Lia. Tapi, janji dengan Tok Puan. Lepas sahaja kamu belajar dengan kawan Tok Puan. Buka bakery.. boleh kan?" Cadang Tok Puan.

Hati Lia gembira. Dia bersyukur. Lia menganggukkan kepalanya.

"Anggaplah ini hadiah perkhawinan daripada Tok Puan. " Kata Tok Puan.

Lia mengelap air matanya dan berkata, "Tok Puan, boleh kah saya nak minta sesuatu?" Soal Lia.

"Apa dia, Lia?" Kata Tok Puan.

"Pada hari Master kahwin, hari tu juga saya akan balik ke Malaysia. Boleh Tok Puan?" Kata Lia.

Tok Puan berfikir sejenak.

"Boleh. Tiada masalah. Tapi, dengan syarat..." Kata Tok Puan.

"Apa syaratnya Tok Puan?" Soal Lia.

"Nanti kamu akan tahu. Dah mari, kita pergi kebun. Nak tengok bunga Tok Puan. Jom" ajak Tok Puan.
*********
Mereka bergelak tawa di kebun bunga. Senang Lia dengan sikap Tok Puan. Penuh dengan keibuan.

Haider yang baharu sahaja pulang selepas keluar dengan Maria mendengar gelak tawa dari arah kebun. Haider memanjangkan kakiknya ke kebun.

"Tok Puan.. buat apa tu?" Soal Haider, namun matanya ke arah Lia.

"Hemm.. Haider. Dah balik kamu ye. Ini Tok Puan nak naik atas kijap. Kamu tolong Lia ni, kijap ye" kata Tok Puan meninggalkan mereka.

Haider menolong Lia. Namun, senyap sahaja mereka. Terpaksa Haider memulakan perbualan.

"Kata Tok Puan, kalau nak tanam bunga.. hati kena gembira, kena senyum.." kata Haider.

Lia merenung muka Haider. Dia senyum di depan muka Haider. Haider pula melekapkan tangannya dan menarik mata Lia agar mata itu turut tersenyum.

Haider tersenyum sedikit. Lia menghentikan perlakuan Haider.

"Dah lah tu Master.. cepatlah siapkan bunga ini" kata Lia, laju tangannya membuat kerja.

Haider diam. Baru dia ingin bergurau dengan isterinya. Dihentikan perlakuan itu oleh Lia. Lia melihat muka Haider yang muram.

"Anyway, Master.. Pertama kali saya tengok Master senyum dekat saya" luah Lia. Ya memang betul pun. Kali pertama Haider senyum dengannya dan dirasakan senyuman itu ikhlas. Selama ini, senyuman Haider penuh dengan sinis dan muslihat.

Haider terdiam. Ya, betul yang dikatakan oleh Lia.

"Dah siap rasanya ne. Saya masuk ke dalam dulu Master" Lia berdiri. Belum sempat dia berdiri.. tangannya ditarik oleh Haider.

Haider memeluknya. Entah kenapa. Lia juga terkejut.

"Master... Saya nak masuk ke ...." Belum sempat Lia bercakap, Haider sudah memotong percakapannya.

"Stay with Abang kijap. Boleh kan?" Kata Haider. Lia hanya diam. Membiarkan Haider memeluknya. Lagipun, penceraian mereka tinggal menghitung hari lagi.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now